Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG

Hidup ini kita tak pernah terjangka dan menjangka. Kita ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat di tengahari. Macam itulah bila hidup berumahtangga. Tak pernah terlintas dan terdetik pon akan putus di tengah jalan.Kita selalu membayangkan ianya akan kekal abadi tapi kita sering terlupa dalam hidup ini tiada yang kekal apatah lagi jadi milik kita abadi. Nyawa kita sendiri pon bukan kita yang punya. Apa pun yang DIA beri itulah yang terbaik untuk kita. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Hampir 3 tahun saya rahsiakan status diri dari pengetahuan umum, hanya family terdekat je yang tahu. Bukan sebab saya malu. Sebab saya tiada jawapan bagi setiap pertanyaan yang bakal mereka tanyakan.  KENAPA?  MACAMANA BOLEH JADI?  KENAPA BERCERAI? SEBAB APA? Tapi itulah, bila dah diberi jawapan nanti, mereka tetap inginkan jawapan yang 'berada di dalam minda mereka sendiri'. 😊 Begitulah.

10 PERKARA YANG ISTERI HARAPKAN DALAM DIAM

Isteri ni dia tak mengharap banyak sangat dari suami. Tapi kalau dapat kesepuluh semua ni pon dah memadai. Kan isteri kan. 😉 1. Pujian. Dipuji buat kopi sedap pon dah buat hati isteri berbunga-bunga. kan kan kan. Ala tak rugi sesen pon kalau beri pujian. Kata sayang isteri. 2. Berikan masa untuk isteri bersendirian. Bila ada anak kecil ni si isteri memang dah tak ada hidup sendiri. Hidupnya hanya mikir anak-anak dan suami. Kadang kadang tu teringin nak bersendirian dan buat aktiviti yang disukai. Suami bawalah anak-anak keluar, tak payah seharian, dapat lepas beberapa jam seminggu sekali pon dah memadai. Lama-lama sangat kan rindu pulak kat anak-anak. 3. Buang sampah Benda ni memang nampak remeh tapi sangat-sangat dihargai. Kebiasaannya si isteri dah siap bungkus cantik-cantik, tinggal suami angkat dan buangkan je. 4. Raikan minat Setiap orang mesti ada minat masing-masing kan. Dulu ada masa untuk buat sesuatu yg isteri suka. Tetapi bila menjadi isteri dan ibu, hampi