Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

FUH YOOO ATAU POYO?

Memang banyak perkara yang 'ntah hapa-hapa' yang pernah berlaku  atau  pernah kite buat kan... dan selalunya...yang tukang ketuk tu akan lari lepas ketuk dan yang paling kerap...bincang punyer bincang...belum ketuk..  cikgu pon keluar.. penyudahnya dua dua kena ketok...ermmm... rasa sakit sudah semestinya kan...tapi nak tanya soklan bodo apa perasaan anda ketika itu?? hahaha..rasa macam nk bagi kokodai slap penampo buaya sedas dua...tapi pada sapa??? nak marah?? tapi pada sapa ekkk...ggrrrrrr... hahaha...malas nak citer... yang selalunya lepas je spray lipas...saya akan lari lintang pukang dulu... manala tahu alih-alih dia terbang ke kita...tak ke giler dibuatnya... huhuhu... ini semua memang poyooooo...

CARA BERMAKEUP YANG BETUL

Orang nak makeup..ko pon nak makeup jugak...tapi ada yang tak hagak-hagak...hihihii... kicap bukan sebarang kicap..Makeup jangan sebarang makeup... bayangkanlah korang bersolek gaya ini... berjalan-jalan di tengah kota (gambar ehsan Google ler) makcik pon tak bape reti nak makeup...lagilah tang mata..sebab makcik pakai spek...tapi makcik dari dulu sampai la ni..memang suka lipstik kaler merah...rasa SEKsiii(kononnye...) Tip yang mudah Serasikan warna lipstik dengan gaya makeup di bahagian mata. Kalau di bahagian mata sudah tebal dan tampak menonjol, sebaiknya pilih lipstik dengan warna yang lembut atau natural. Begitu juga sebaliknya. Wajah akan kelihatan terlalu menonjol dan pelik dengan solekan tebal di kedua-dua bahagian mata dan bibir. warna lipstick yg terang terutama merah sesuai dipakai apabila eyeshadow tidak tebal dan menonjol. (gambar ehsan Google) warna lipstick yg natural sesuai dipakai pada solekan eyeshadow teb

SENAMAN KEGEL

Sila baca dan fahami ni dulu...penat tau mencari maklumat yang mudah dan senang orang nak faham.. Kegel ni mudah je tapi jadi payah sebab tak tahu teknik yang betul.. saya ada beberapa senaman yang memang saya selalu buat... senaman tu bukan saja utk membentuk tubuh tapi memang sesuai utk kegel jugak.. sabar naa...saya kena carik gambar-gambar berkenaan.. kalau tak ada jugak..nampak gayanya saya kena jadi model lah gamaknya... okay... pelajari dan amalkan ni dulu...boleh dilakukan bila-bila masa saja...di mana-mana saja... anytime anywhere bebeh!  (tap!tap!tap! sambil petik jari ala-ala Kak Anita Sarawak) sebab orang bukan tahu pon asalkan janganlah buat dengan mimik muka sekali... tak sesuai...hikhikhik.. ************************************************************** Asal senaman ini dipelopori oleh Dr Arnold Kegel pada tahun 1945. Tujuan awalnya adalah utk terapi bagi menangani masalah tidak boleh mengawal kencing. Gangguan ini terjadi disebabkan masalah rahim

PETUA AWET MUDA

Teruja kan... opkoslah kan... semua orang mestilah nak awet muda... bukanlah nak awet sampai 20 30 tahun bezanya... tak sensuai...tu buatlah pastik sejeri  plastic surgery...hihihii.. dapat beza 5 tahun pon syukur kan..apatah lagi 10 tahun 15 tahun waahhh... boleh gitu... tak pon dapat kesihatan tubuh badan yang baik pon syukur sangat...kann... umum semua sudah tahu...kalau ditanya amalan utk awet muda....rata-rata akan bagitahu... rajin berwuduk..berzikir...solat...amalkan doa bertenang..maafkan orang...membaca al quran... tu semua dah klise bunyinya...artis selalu buat stetmen gitu...... jangan salah faham....bukanlah menidakkan akan kebenarannya... betul dah tu... teruslah diamalkan..tapi kalau boleh jangan lah niat utk awet muda...niat utk Allah... bila hati tenang...hati bersih...memang akan terpancar cahaya di wajah tu... Selain makan sayur, buah-buahan dan supplement kali ni nak share yang lain...itu semua dah biasa kite dengar.. check it o

CARA BERPANTANG KETIKA BERSALIN

Nak ikut omputih katanya...lasak...moden... pantang dulu-dulu kuno...tak releven... katanya, "tgk mat salih tu...ok je...tak de pon dorang amalan pantang-pantang ni..." iyo lah dik oiii... hang duk dalam masyarakat depa kah...ada dengar tak keluh kesah depa... ada tahu kah.. tak tahu kan... lagipon teknologi pastik sejeri  plastic surgery dorang maju... apa susah...suntik sana...sedut sini..masuk sinun... ko hader?? sekarang umur tengah muda...memanglah tak rasa... jangan nanti "tua" sebelum waktunya... 1. Dilarang tidur tak berbantal akan mengalami sakit kepala, kemungkinan darah kotor susah nak keluar dan angin naik ke kepala. 2. Memakai stokin agar kaki tak sejuk dan dimasuki angin, jika angin menguasai badan akan melemahkan kesihatan. 3. Jangan duduk mencangkung boleh mengakibatkan rahim yang masih tak kuat dan lemah itu terkeluar dan boleh jadi tumpah darah. 4. Mandi duduk dibangku cara ini tidak menggunakan banyak tenaga

PETUA MERAWAT KENCING MANIS

info ni dah lama terperap dalam simpanan... bulan lapan 2013...punyerlah kan... aduii 8 bulan dah... baru lah ni berkesempatan tengok apa benda khazanah yang  saya perap sekian lama... saya copy paste dari  facebook Siti Sarah Ab Karim terima kasih atas perkongsiannya ---------------------------------------------------------------------------------------------- Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan hj dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kera

HIDUP PENUH MISTERI

Hidup penuh misteri.. yang tak dija ngka.. yang tak disangka... yang tak diduga... menyapa fikirkan tidak.. fikirkan tak akan..  fikirkan tak mungkin... tapi iye  Anehnya hidup ini penuh dengan teka teki

BURUK SANGKA DENGAN DUIT

Benar kan kite selalu memikirkan duit adalah sumber kejahatan...kite selalu fikir nanti KALAU kaya akan jadi kedekut...nanti KALAU kaya kite sombong...nanti KALAU kaya akan pandang rendah pada orang lain...nanti KALAU kaya jadi lupa diri...pendek kata semua yg buruk-buruk belaka tiada yg tak burok melainkan yang buruk saja...kan...Kiranya memang tak pernah nak berbaik sangka...pastu nak mengeluh..itu susah..ini susah..itu tak cukup..ini kurang...ngeeeee... Adakah sekarang kite yang tak bape nak ada ni  tak sombong?...adakah kite sekarang ni tak kedekut??...adakah kite sekarang ni tak lupa diri??? Nak tahu jawapannya ye atau tidak...tengok apa reaksi bila anda didatangi orang mintak sedekah ataupon yg datang utk berjual sambil beramal...di situlah jawapannya... KALAU AKU KAYA Aku nak gaya hidup aku berubah Alangkah indah kalau dah tak susah Jadi pemilik bukan sewa rumah Makan tak habis minum tak sudah Bil api air semua bayar awal Tulis cek selamba tak risau

OBSESI?? FANATIK??TAKSUB??

Obsesi?? dalam bahasa omputihya ialah obsession yang bermaksud kegilaan terhadap sesuatu atau seseorang yang memiliki keinginan yang terlalu pada sesuatu. Fanatik ialah minat keterlaluan pada sesuatu atau seseorang. Err..cam kurang lebih..lebih kurang je..Taksub pulak ertinya taat melulu. Tak delah...saje dok letak tajuk gitu...yang benonya nak stori mori pesal hobi budak Ameer ni...hihi.. Kereta adalah sesuatu objek yang sangat menarik perhatiannya...apa saja...box pencil...buku...baju...sticker...majalah kereta...suratkhabar yang ada gambar kereta...termasuklah dalam ruangan iklan...dia akan baca  tengok belek...sampai lunyai... dan dia akan simpan... ini adalah sebahagian darinya...tiap hari dia belek..tengok tanpa jemu.. ikut asalnya banyak lagi...dah buang separuh sebab lunyai banyai....dia marah tu.. mujur makan pujuk..                                           minat hanya pada yang comel...yang besar dia tak pandang pon..tak tahu kenapa.. ini semua koleksi ker

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

JOM PEGI ZOO!

WELKAM TO THE ZU Pagi tu, hubungi jiran lama Kak Syidah namanya...nak mintak nomor talipon suaminya...atas arahan suami daku ler...nak mintak tolong sesuatu...cam biasa ler...walau dah selalu jugak talipon..tapi mesti nak kenalkan diri kan...ialah kite bercakap dgn org yg lebih tua...takkan nak main larong je... kan... Sedang daku bercakap-cakap...tetiba... Ameer, anak daku yg kecik umur 6 tahun tu le..bersorak girang ala-ala kanak ribena...sakan sungguh...katanya "yeayyy!!!...betul ke bu...bila-bila??!!..bla..blaa..blaa.." adalah ku dengar dia sebut sebut nama abang-abang dia...ntah apa lagi yg dia cakap...kuda lah..rimau lah..sampai payah ibunya nak berbual...mula-mula rasa pelik jugak..apesal dia dok girang gitu...siap dgn aksi-aksi menunjukkan betapa excitednya dia...oohhh....ruper-rupernya....hahahaha... Utk pengetahuan ananda ku Ameer...sesungguhnya nama ibundamu ini bukannya 'IBU' saje...ada org panggil ibundamu ini 'ZURA'...ada jgk panggil ibu

GARAM PUNYER PASALLAH NI

ungkapan yg selalu kita sebut dan dengar.. Makanlah banyak-banyak garam...nanti kena darah tinggi "Aku ni lebih banyak makan garam dari ko..Budin" kata Pak Semeon. Tahu tak? Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas.  Maksudnya kalau hendak masak, jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" mcm  orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan.  Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas, garam hanya tinggal  sodium. Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi. Bukan sebab makan banyak garam boleh dapat darah tinggi...rupernya kita yg silap cara... Cara garam dihasilkan proses menghasilkan garam perlu dilakukan ketika musim kemarau. petak sawah akan disediakan utk menakung air masin   Sebelum air laut dimasukkan