Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

TIPS MELANCARKAN DARAH NIFAS

Ada dikalangan ibu-ibu dalam pantang nifas mereka cepat kering. Nifas dah mula tinggal sedikit pada minggu ke dua. Kalau nifas tak lancar, ibu mudah diserang sakit kulit selepas bersalin, bau nifas yang busuk, alat sulit berbau busuk, hormon tak stabil. Hormon yg tak stabil ni akan membawa masalah meroyan atau depresi, anxiety dan mood disorder selepas bersalin dan masalah keguguran rambut kronik selepas bersalin. Ada tak yang alami gatal-gatal kulit semasa dalam pantang atau selepas pantang? Inilah salah satu puncanya. So amalkan air rebusan sireh ni selama 7 hari berturut-turut bagi melancarkan kembali darah nifas. Ambil 1 helai sireh 3 hiris halia halba secubit. Direbus dengan 2 cawan air sehingga tinggal 1 cawan. Sejukkan. Tambah madu sebelum diminum dan minum 7 hari berturut-turut sebelum breakfast. Antara penyebab darah nifas berhenti awal ialah prosedur cucuk ubat berhenti darah ketika prosedur bersalin (normal dan pembedahan). Tujuan ubat ini untuk elakkan ibu

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot