Skip to main content

Posts

Showing posts with the label INFO

ASID URIK & GAUT

Pernah dengar asid urik tak? (tetiba kan pepeling jadi pakar gitu..) Setelah digoogle asid urik ni terjadi secara semulajadi  di dlm tubuh kita.  Ianya terhasil dari Purine. Fungsi asid urik dlm tubuh ialah bertindak sebagai antioksidan yg kuat.  Pada manusia,lebih separuh kapasiti antioksidan  plasma darah adalah dari urik asid. Oleh kerana ia adalah antioksidan maka ia juga ada  kebaikkannya utk mencegah kerosakan sel-sel dlm tubuh kita. Purine Adalah bahan yg biasanya ditemui di hampir semua jenis sel-sel kehidupan.  Dalam setiap sel dlm tubuh dan sel  darah merah terdapat purine. Purines dihasilkan secara semulajadi oleh badan Ia juga terdpt dlm makanan yg kita makan. Makanan yg tinggi purin dan perlu dielakkan : - Otak,hati,buah pinggang,limpa -organ dalaman Ikan bilis,sardin,tenggiri,telur ikan Estrak daging,angsa kepah,kerang Yis Makanan yg sederhana purine dan perlu dikurangkan juga : - Aspa...

SALAH GUNA ANTIBIOTIK

Antibiotik bukanlah ibu ubat segala penyakit.. bila dapat je antibiotik rasa lega je...betul tak ada yg rasa gitu..bila hanya dpt ubat demam saje..mesti kata biar betul doktor ni..kan kan kan Ada jugak bila demam g farmasi beli antibiotik..betul tak?..pendek kata tak de antibiotik memang demam tak hilang... Perlu faham isu utama di sini adalah pengambilan antibiotik di saat yg tidak perlu. Kalaupun setiap kali kita ambil antibiotik yg tidak perlu tu dicover dengan pengambilan probiotik, ia tetap tidak mengubah keadaan di mana bakteria berevolusi untuk menjadi rintang antibiotik.  Apakah Kerintangan Antibiotik? Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Oleh itu antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Kerintangan terhadap antibiotik terjadi apabila bakteria mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik. Kerintangan antibiotik adalah disebabkan ol...

BAHAYA STEROID

MARI KENALI STEROID Bahaya steroid Krim sapuan steroid juga dikenali sebagai kortikosteroid topikal . Hydrocortisone antara krim yang popular meredakan keradangan digunakan oleh para pengamal perubatan bagi pesakit yang mempunyai masalah kulit samada masalah kulit biasa seperti ruam biasa sehinggalah kepada masalah alergi kulit yang berkaitan autoimun seperti ekzema atau psoriosis. Malah, krim-krim steroid ini sangat mudah didapati di kaunter-kaunter farmasi dan sesiapa boleh membelinya dengan mudah! Ianya juga terdapat dalam bentuk suntikan. Krim steroid memang akan menampakkan kesan pemulihan kulit dalam masa yang singkat, namun kulit akan kembali meradang apabila pengambilan steroid ini dihentikan kerana kulit sudah 'ketagih steroid' dan kebanyakan pesakit akan terus menerus mengambil steroid bagi mengelakkan peradangan kulit yang mana akan menyebabkan kebergantungan pada steroid seumur hidup! Ini akan menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang buruk kepada tubuh...

MINUM AIR SECUKUPNYA

Setiap 25kg berat badan = 1liter air 55kg/25kg= 2.2 liter air sehari diperlukan Malas minum sebab asyik nak membuang? Secara purata, kita buang air kecil enam hingga lapan kali sehari. Namun kekerapan buang air kecil juga tertakluk kepada jumlah dan jenis minuman diambil. Lebih banyak kita minum, lebih kerap kita berulang ke tandas. Malah, individu yang banyak minum kopi atau mengambil ubat tertentu seperti ubat untuk tekanan darah tinggi juga kerap kencing kerana ia mempunyai sifat diuretik - yang membuatkan anda sukar untuk berjauhan dengan tandas. Kerap buang air kecil pada waktu siang adalah perkara baik kerana ini proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksin dan bahan buangan daripada badan. Namun keadaan akan jadi tidak normal jika kita terpaksa bangun melebihi sekali pada waktu malam untuk buang air kecil.  Minum air secukupnya ikut keperluan bukan berlebihan Jangan minum melebihi dari keperluan kerana dikhuatiri akan menyebabkan jumlah...

BUTTERCUP ITU BUTTER?

Omaigucciii!!!!..rupernya Buttercup bukan butter lahh!!? Tipah tertipu Tipah kena tipu hidup hidup??? omaiiii.... menipu je gamaknya eh dorang ni ehhh?? opppsss.... jangan tuduh yang bukan-bukan Cik Tipah..karang kena saman tatau... takde sapa menipu di sini... ce tengok betul-betul packagingnya..baca betul-betul... ada tak dia buh perkataan butter selain namanya 'Butter'cup tu... ada tak?? BUTTERCUP itu bukan butterdalamcup (err cup apa eh dlm bahasa melayu..cawan eh ke piala(eh..hihihi) Asal buh nama Butter ingat butter eh.. dah tu pesal balut je tak buh dalam 'cup'? cucur badak ada badak tak dalamnya? eh kena mengena ke dgn citer ini? Buttercup ialah marjerin gred AAA..kira highclass marjerin.. dan - - - - - BUTTERCUP itu adalah sejenis bunga http://hello-zura.blogspot.com/2014/06/mentega-asli-vs-mentega-susu-lepa.html baca..baca..baca.. yang betul-betul butter buh kat luar cepat je ...

YUNNAN PUERH TEA

PUERH GREEN TEA Pada suatu ketika dulu, teh ini sangat eksotik di negeri Cina, namun sekarang telah dikenali seluruh dunia. Pu-erh adalah teh hijau yang dibiarkan matang atau menjadi tua secara perlahan-lahan menggunakan kulat.  Proses penapaian ini akan memberikan rasa yang unik pada teh puerh. Bukan setakat rasa sahaja yang unik, proses ini juga berpotensi memberikan banyak manfaat serta kebaikan yang tidak dimiliki oleh mana-mana teh yang lain.   Teh puerh dihasilkan dengan daun teh yang dipanaskan untuk memusnahkan enzim dan kemudian melalui proses penapaian. Aroma dan rasa teh puerh ini berbeza dari teh yang lain.  Pu-erh teh berbeza dengan teh hitam, hijau, Oolong, ataupun Putih  kerana prosesnya yang berbeza dengan keempat teh tersebut.  Proses produksinya melibatkan  waktu yang sangat lama , dalam hitungan tahun.  Teh puerh akan melalui beberapa siri proses penapaian atau diperam (fermentation) yang biasanya mengambil masa 30 h...