Skip to main content

ASID URIK & GAUT

Pernah dengar asid urik tak?
(tetiba kan pepeling jadi pakar gitu..)
Setelah digoogle asid urik ni terjadi secara semulajadi di dlm tubuh kita.
 Ianya terhasil dari Purine.

Fungsi asid urik dlm tubuh ialah bertindak sebagai antioksidan
yg kuat. 
Pada manusia,lebih separuh kapasiti antioksidan plasma darah adalah dari urik asid.
Oleh kerana ia adalah antioksidan maka ia juga ada 
kebaikkannya utk mencegah kerosakan sel-sel dlm tubuh kita.

Purine
Adalah bahan yg biasanya ditemui di hampir semua jenis
sel-sel kehidupan. 
Dalam setiap sel dlm tubuh dan sel darah merah terdapat purine.
Purines dihasilkan secara semulajadi oleh badan
Ia juga terdpt dlm makanan yg kita makan.

Makanan yg tinggi purin dan perlu dielakkan : -
Otak,hati,buah pinggang,limpa -organ dalaman
Ikan bilis,sardin,tenggiri,telur ikan
Estrak daging,angsa
kepah,kerang
Yis

Makanan yg sederhana purine dan perlu dikurangkan juga : -
Asparagus,kobis,bayam,cendawan
Roti dan bijirin mil penuh,oat meal
Kekacang,lentil(lentil? apakah..hihi )
Ikan keli,belut,udang,ketam,tiram,sotong
Daging lembu,kambing, itik,babi, ayam

Makanan rendah purine dan tiada had utk mkn : -
Roti putih,bijirin bukan mil penuh
Buah & Jus buah
Susu
sayur selain dr dinyatakan di atas
Rempah ratus

Bila kandungan urik asid yg tinggi dlm tisu dan saluran darah jadilah penyakit Gout.
Ini terjadi kerana 2 sebab:
* Tubuh menghasilkan lebih urik asid
* Urik asid dlm badan tidak dibuang dgn berkesan(Tubuh
mereka mempunyai masalah dlm mengeluarkan asid urik dari badan
melalui buah pinggang atau ginjal)

Org yg gout kenalah diet iaitu : -

* Minum byk air
*Turunkan berat badan
*Elakkan makanan tinggi purine
*Elakkan pengambilan alkohol


 Petua nak turunkan asid urik

Carrot,btg saderi dan nenas di blender ambik jusnya aje terus
minum tanpa gula dan air.


Image result for gaut


Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...