Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

FENOMENA PUTIH SATU BADAN

Pernah tak minum supplement yg boleh memutihkan kulit dalam masa terdekat?? (opkoslah ni semua mmg dikejar2)  Tahu tak macamana proses asal gelap jadi putih? Okay dalam kulit kite ada lapisan melanin.  Fungsi melanin ni adalah utk melindungi kulit dari bahayanya sinar matahari.  Lapisan ini kalau makin tebal..kulit kite sgt sihat tetapi supplement pemutihan ini akan menghakis melanin tu dan buat kulit kite putih... tahu tak apa effect dia? potensi senang dapat kanser kulit! benda yang natural tak beri kesan yang cepat..yg cepat tulah  adalah 100% bahan kimia. macam tu jugak dgn produk kecantikan Lapisan epidermis fungsi dia adalah utk melindungi kulit dari sinar matahari dan juga kekotoran Lapisan dermis pula menjaga kolagen dan kelembapan kulit kalau pakai peeling ia akan menghakis bahagian epidermis.. bila  lapisan ini tiada, kotoran akan terus masuk kedlm lapisan kulit dermis dan akan mengakibatkan kulit akan keluar mcm2, kemerahan dan sebagainya.

DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia. "Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju. Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecema

LUKA AKIBAT KEMALANGAN DAN BUAH NENAS

Jika terlibat dengan kemalangan jalanraya dengan luka-luka, bengkak dan kesakitan yang tidak memerlukan admission .....  makan nenas terutamanya empulurnya untuk mempercepatkan surutnya bengkak. Empulur nenas ni kaya dengan bromelin. Serbuk bromelin mahal harganya. Jadi baik makan nenas terus .....sakit kurang sedap pun dapat.. Perkongsian dari Dr Zulkifli Sharif

SOALAN MAUT YANG SELALU DITANYA SEMASA TEMUDUGA

1. "Apa rancangan anda utk masa depan?" 2. "Lima tahun dari sekarang di manakah anda berada?" 3. "Apa cita-cita anda?" 4. "Kalau kami ambil anda bekerja hari ini, firasat anda di manakah karier anda akan berakhir nanti?" Bersedialah & fikirkanlah jawapan yg cemerlang...tak perlu panjang berjela..cukuplah jawapan yg padat, tepat & mudah difahami. Jawapan yg bagus & berkualiti akan meletakkn anda dlm senarai prioriti. Semoga berjaya!

CARA ELAK SALAM DGN SOPAN

dapat satu soalan ‪#‎sehariseinci‬ tentang mengelak salam. ok bismillah. ambik yang elok, buang yang tidak. ok? segala perkongsian adalah didasarkan pengalaman sendiri dan fahamilah aku langsung bukan yang selayaknya berbual agama. . but here goes. cara2 sopan mengelak bersalam dengan yang bukan mahram kita. . tip no 1: tangan letakkan bersilang atas dada. kemudian tunduk sedikit macam jepun. sikit je. toksah tahap ruku' pulak. tau2 tegak-- terus sujud lak. haha. . ala. mcm pekerja hotel la kalau sambut guest. atau mcm tourism thailand. gitu. org hulur-- buat camtu. jgn lupa senyum. insyaAllah. orang faham. kalau dia tak faham-- pura2 pitam kat situ. takde point kau nak explain. hahaha. . tip no 2: angkat tangan dua2 ke atas. macam main hensap2 koboi tu-- pastu minta maaf sbb tengah ada wudhu'. jangan lupa senyum. dan cakap sori dengan sungguh2, tau. . tapi tip kedua ini kena method acting la. kalau tadi kau baru kentut bersepah-- alasan ni memang t

BAGI KE TAK??

Tak pernah bagi duit kat parent? Kenapa? sengkek? gaji sikit? Lupa? Ini kisah saya. Apa yang berlaku dekat saya, tak semestinya sama dengan semua orang. Saya kongsikan serba sedikit. Dulu, income saya tak banyak.Jadi, saya takdelah terfikir nak bagi duit kat parents. Satu hari, saya ada dengar satu ceramah, dia kata,   "bukan soal berapa banyak, tapi soalnya kita bagi ke tak?"  Sejak daripada tu, saya bagi je setiap bulan, walaupun sikit.Berapa sikit? Sikit sangat . First time saya nak bagi tu, saya malu sangat-sangat.  Jumlah dia : RM5 yeap, RM5 je .... saya malu nak cerita ni sebenarnya. . . Saya bagitahu, "Ummi, ni je yang saya mampu bagi buat masa ni, doakan rezeki saya murah, boleh bagi lebih lagi" Masa saya bagi tu, malu ada, sebak ada dan macam-macam perasaan masa tu.Saya nak cerita ni semula pun, ada rasa sebak lagi. Tapi mak saya jawab, "Terima kasih, Ummi doakan rezeki awak sekeluarga sentiasa bertambah".

TIPS MUDAH UTK HILANGKAN SAKIT KEPALA

Seperti kata doktor, sakit kepala disebabkan ketidakseimbangan elektron/ion di dalam sel otak.  Sebagai rawatan alternatif,   Campurkan air isotonik 100plus/Revive dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan satu/dua cawan air kosong. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan menyebabkan tekanan darah menurun dari kepala anda. Cubalah dulu..jangan bergantung sangat dengan paracetamol @ Panadol..