Skip to main content

Posts

Showing posts with the label FESYEN

MOUSSE ATAU HAIRSPRAY?

Mousse  utk apa? hairspray utk apa? mana satu yang elok? mana satu nak guna ekk? blurrr ke??... Kalau nak rambut nampak tebal dan bouncy, guna mousse. Mousse lebih berkesan jika digunakan pada rambut lembap.   Untuk menaikkan sedikit bahagian rambut atas kepala yg leper,  guna hairspray hairspray lebih efektif pada rambut yang kering.

FESYEN TOPI

Di malam yang sepi..pi..pi.. Pak Mat jual topi..pi..pi.. Topinya koyak..yak..yak Pak Mat jual tempoyak (silalah sambung sesuka hati anda...^_^) Topi ada banyak jenis rupa bentuk dan gaya. Bukan setakat nak cover kepala dan wajah je...sebagai aksesori penambah gaya pon ye juga.  Hati-hatilah ye, jangan tersalah menggayakannya... CLOCHE Tersenarai sebagai perhiasan penting kerana kegunaannya yang mudah. Tidak kira apa arah tujuan.  Boleh digayakan pada musim panas, sejuk, bunga dan luruh sebagai pelengkap imej. FEDORA Diperbuat menggunakan fabrik seperti felt. Gandingkan dengan aksesori tambahan seperti lilitan bunga atau kulit sebagai penyeri WIDE BRIM Sesuai untuk percutian musim panas di pantai Topi ini diangkat sebagai persalinan utama bagi golongan atasan  untuk ke majlis rasmi BEANIE Lazimnya diperbuat daripada fabrik seperti felt atau benang kait.  Dipakai dalam cuaca sejuk. VI...

TIP BERPAKAIAN UTK PEAR LADY

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ TIPS MENGALIHKAN TUMPUAN __________________________________________________________________________ T.SHIRT : GAYA SANTAI Ramai wanita yang beranggapan apabila memakai T-Shirt yang besar akan menutupi punggung yang besar atau ‘saddlebags’.  Namun T-shirt dengan kolar bulat dan menggelebeh akan membuatkan anda kelihatan lebih besar dan kurang menarik. Bagi mengimbangi bahagian punggung yang sedikit berisi ini, pemakaian t-shirt ‘slash neck’ iaitu dengan kolar yang lebar potongannya akan membuatkan bahu lebih terletak dan kelihatan tegap.  Satu ilusi keseimbangan bentuk badan akan terhasil dan membuatkan kelemahan ‘saddlebag’s ini ditutup serta merta.  Jangan lupa, pastikan labuh T’Shirt melepasi paras punggung. ________________________________________ YES! ______...

JENIS KEMEJA LELAKI

Lipatan belakang pada kemeja (pleat), ada 3 jenis: Box pleat - sesuai untuk perut yang berisi (1 pack), Side pleats - sesuai untuk bahu bidang dan sasa, No pleats - sesuai untuk bentuk tubuh H (straight cut).

JENIS KASUT YG SESUAI

Selain resume yang baik, personaliti yang menarik & pakaian yang sesuai...pilihan bentuk kasut yang betul juga akan memberi persepsi yang baik  semasa datang untuk temuduga. Jangan pandang ringan & menganggapnya sesuatu yg remeh temeh. A - formal, untuk bentuk kaki yang kecil dibahagian jari kaki B - formal, untuk bentuk kaki yang lebar dibahagian jari kaki C - santai (tidak formal), tidak sesuai dibawa ke temuduga dan kerja.

GAYA UMUR 40-AN

gambar hiasan saje... Apabila dah mencapai umur 40-an, tak de lagi dah istilah must do atau must wear, dan tak perlu terlalu mengikut aliran fesyen.  Yang perlu diketahui adalah bentuk badan sekarang & bagaiman rupa bila mengenakan itu dan ini. Penampilan perlu yakin dan lebih tertib dengan ambil kira budaya dan elak pandangan negatif masyarakat. Bergaya ringkas adalah paling sofistikated. Bagaimanapun, wanita berusia begini masih bebas mencuba gaya TETAPI ada batasan perlu dijadikan panduan. Baju sendat Perlulah dielakkan sama sekali. Lebihan isi yg terbentuk apabila semakin meningkat usia akan lebih jelas kelihatan. Hanya satu pengecualian - gaun petang atau gaun koktel Seluar kulit sendat dan skirt pendek Ia amat tidak sesuai kerana akan menyerlahkan bahagian tubuh yg semakin dimamah usia. HANYA mereka yang berkaki lurus ramping tanpa ada lebihan lemak saja yang cantik menggayakannya. Baju berlapis Hanya kerana tidak sopan berbaju sendat, ia tidak berm...

PILIH WARNA YANG SESUAI DGN KULIT

Jika tersalah memilih warna akan menyebabkan kulit kelihatan kusam. Nampak kelihatan lebih tua daripada usia yg sebenar. Menyebabkan kelihatan berisi & besar berbanding biasa. Menyerlahkan warna gigi yg mungkin kekuningan. Kulit putih kulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun,  tiada masalah dengan warna-warna yang lain.  Kulit kuning langsat Disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.  Kulit sawo matang Sesuai dengan warna-warna lembut, namun boleh juga mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon.  Kulit gelap eksotik Serlahkan gaya dengan warna tanah yang lembut. Boleh juga mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya.  Selamat bereksperimentasi dgn warna!