Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MOTIVASI DIRI

BELOM TENTU REZEKI ITU KITA YANG PUNYA

Sedikit peringatan utk bersama lebih-lebih lagi utk diri sendiri.. Bila kita dah usaha...jadi apa yang ada di depan mata itulah rezeki utk kita pada hari itu... andai lauk di curi dek kucing jangan dihamun jangan diherdik..  itu dah rezeki utk dia...diberi melalui kita.. lauk yg kurang...nasi yg hangit..yang ditatang tertumpah..  berlapang dada lah... kalau nak makan sedap...usahalah sendiri kalau nak banyak...pon berusahalah sendiri... andai pergi kenduri lauk dah abis..memang bukan rezeki kita aritu... sikit atau banyak bersyukurlah apa yg kita dapat... Selagi tak dapat disuap ke dalam mulut itu bermakna bukan rezeki kita kadang-kadang benda dah masuk dalam mulut pon belom tentu sampai ke perut Jom kita sentiasa berlapang dada kerana  Allah akan selalu menguji kesabaran & usaha-usaha hambaNYA

BURUK SANGKA DENGAN DUIT

Benar kan kite selalu memikirkan duit adalah sumber kejahatan...kite selalu fikir nanti KALAU kaya akan jadi kedekut...nanti KALAU kaya kite sombong...nanti KALAU kaya akan pandang rendah pada orang lain...nanti KALAU kaya jadi lupa diri...pendek kata semua yg buruk-buruk belaka tiada yg tak burok melainkan yang buruk saja...kan...Kiranya memang tak pernah nak berbaik sangka...pastu nak mengeluh..itu susah..ini susah..itu tak cukup..ini kurang...ngeeeee... Adakah sekarang kite yang tak bape nak ada ni  tak sombong?...adakah kite sekarang ni tak kedekut??...adakah kite sekarang ni tak lupa diri??? Nak tahu jawapannya ye atau tidak...tengok apa reaksi bila anda didatangi orang mintak sedekah ataupon yg datang utk berjual sambil beramal...di situlah jawapannya... KALAU AKU KAYA Aku nak gaya hidup aku berubah Alangkah indah kalau dah tak susah Jadi pemilik bukan sewa rumah Makan tak habis minum tak sudah Bil api air semua bayar awal Tulis cek selamba tak ri...

KITA POSITIF ATAU NEGATIF?

Adakah kita ni jenis orang yang positif atau negatif? Jika anda  seorang yang SELALU komplen, bermakna anda adalah orang yang negatif. Dan, jika anda jenis yang SUKA memberi alasan, itu juga adalah orang yang negatif. Perhatikan dengan jujur kehidupan anda. Jika kerjaya, bisnes, kewangan, kesihatan dan perhubungan anda dengan suami/isteri, anak-anak, ibu bapa anda dan orang yang berada disekeliling anda adalah dalam keadaan yang baik, bermakna anda adalah orang yang positif. Kalau sekarang ni anda sedang tertekan dengan segala macam masalah, anda adalah di kalangan orang yang negatif sebenarnya. Agak-agak nak akuinya tak....atau kita tetap nak bagi alasan atas semua masalah yang menimpa? Kalau kita dah boleh mengaku dan nampak yang kita sebenarnya ada sifat yang negatif dalam diri kita, insyaallah kita akan nampak banyak jalan penyelesaiannya. Selagi kita tak boleh nak mengaku keburukan, sifat negatif dalam diri, selagi itulah kita akan sentiasa terperangkap di da...

SOMBONG SANGAT!

Ada satu hamba Allah ni...sombong lah sangat...sepanjang hidup tak pernah  nak solat...baik di rumah...apatah lagi di masjid... Satu hari tu...tau-tau dia sampai kat masjid... masuk je... terus ambil tempat depan sekali... dahlah gitu...depan imam pulak tu... kalau berdiri tak apa...ini dah terbaring!

PERKARA YANG PERLU DILEPASKAN UTK HIDUP BAHAGIA

Setiap orang mempunyai satu matlamat yang sama dalam hidup iaitu untuk hidup bahagia. Faktor sebenar yang menghalang kita daripada mencapainya adalah diri kita sendiri. Sedar tak sedar kita terlalu menghadkan pergerakan kita hanya kerana kita pernah melalui pengalaman buruk.  Berhenti membuat perkara menjadi rumit dan jalani kehidupan seperti biasa. Lihat senarai di bawah perkara-perkara yang anda perlu lepaskan untuk hidup bahagia.  Pandangan orang Lain   Kenapa perlu kisah tentang pandangan orang lain? Jika anda yakin dengan keputusan anda, tiada siapa boleh menghalang anda. Cuba anda fikirkan, jika anda berhenti membiarkan pendapat orang lain mengatur cara kehidupan anda, anda mampu mencapai kebahagiaan sebenar.  Kemarahan/kebencian  Kemarahan boleh memberi kesan teruk kepada diri anda secara mendalam daripada kemarahan akan timbul kebencian dan seterusnya anda menyimpan dendam. Belajar untuk memaafkan dan berdamai secara elok. Ingatlah, Memaafi ...

PAKSA DIRI UNTUK IKHLAS

Macamana nak datangkan rasa ikhlas itu...kalau tak cuba pasti tak tahu boleh atau tidak kan... Cuba try acu Cuba kita maafkan orang lain dengan sepenuh hati...ikhlaskanlah...apa yg kita dapat jika tidak memaafkan orang lain...hepi?...puas hati? atau padan muka?...samada kita sedar atau tidak...ntah-ntah diri kita ada menyakitkan orang lain juga...ntah-ntah diri kita sendiri ada orang lain  yg memendam dendam...kita ingat kita ni baik dah...tak de buat aniaya kat orang...mari kita cuba dulu memaafkan perkara-perkara yang kecil apatah lagi yang remeh temeh...manalah tau satu hari nanti kita boleh memaafkan perkara-perkara yg besar... Paksa Paksa diri untuk beri...mungkin seminggu sekali...setiap kali solat jumaat kat masjid...masuk duit dalam tabung masjid... RM1 pun dah ok... Kalau nak nampak effectnya..bagi pada budak-budak..pasti dorang suka..atau beli sebungkus nasi lemak atau kuih seringgit bagi pada cleaner yang kita jumpa kat mana-mana..Orang macam ni, dorang ...

IKHLASKAH AKU?

Kenapa kita tak Ikhlas?...adakah sebab kita sendiri tak ikhlas menerima?.. yang akhirnya kita pon jadi tak ikhlas memberi?... Menerima Ikhlaskah kita menerima pemberian orang lain...adakah kita hargainya? senyuman...hadiah...atau adakah buruk sangka timbul?...  alamak... apalah niat dia senyum ni...ada udang disebalik batu ke bagi hadiah ni... Atau pernah tak cuba resepi yang orang bagi tapi tak jadi... Almaklum selalu buat menjadi belaka...tup-tup kali ni tak menjadi langsung...kenapa tak jadi?...cuba fikir balik...mungkinkah dari awal mind set kita tak bape nak baik...betul ke resepi tu...ikhlas ke ni...ntah-ntah ada yg disembunyikan tak...eh...ye la...kan dia buat meniaga...mana mungkin dia nak bagi resepi yang sebenar-benarnya...kenapa boleh timbul prasangka begitu?..  Adakah kita juga tak ikhlas dalam memberi sesuatu? Memberi Kita senyum dengan manisnya... tapi ikhlaskah senyuman itu?... atau senyuman yang diberikan hanya pada orang yang kenal sahaj...

KEBENARAN ATAU KEDANGKALAN?

MIRROR MIRROR ON THE WALL

Oopsss!!...kebanyakkan orang menyangka...penghinaan yang dia terima disebabkan ada orang dengki...orang cemburu...busuk hati...bla..bla...blaa... dengan dirinya...itu memang ada benarnya tapi satu perkara yang mereka terlupa....samada sedar atau separa sedar....tersengaja atau saja-saja... Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina...jadi tanya- tanyalah pada cermin di dinding...

HIDUP YANG PENUH DENGAN KETAKUTAN?

Dari kecik lagi sampaiiiilah ni... kita hidup penuh dengan keTAKUTan ...takut itu takut ini...takut nak masuk sekolah...takut cikgu...takut exam...takut nak amik result peksa...takut mak marah kalau tak pass exam...takut nak sunat (bg bdk lelaki ler...)...takut nak jumpa doktor...takut lipas... errr...takut hantu! Bila nak cari kerja...takut nak pegi interview...takut tak dapat kerja...takut nak berhenti kerja....takut tak cukup duit nak kawin...takut mak bapak girlfrien/boyfriend tak suka...takut...takut...takut... Yang nak cari duit lebih...takut nak cuba...takut tak cukup masa.. .takut tak boleh tahan...takut tak berjaya...takut malu...takut persaingan... takut rejection...takut tak de jaminan...errr...takut tak da pencen! Hadoiii...banyak lagi keTAKUTan dalam hidup kita ni sebenarnya ye....nak disenaraikan boleh sampai terseliuh jari menaipnya... serba serbi tak kena...itu takut...ini takut...yg peliknya langgar peraturan... langgar larangan....buat salah tak takut pulak ek....

PILIH ORANG UNTUK MEMBERI?

Ada orang sangat memilih orang untuk memberi, terutamanya memberi wang atau bersedekah. Fikiran dah terlalu disempitkan.... bila memberi tu hanya pada orang miskin atau orang kurang upaya atau ibu tunggal atau anak yatim.  Bila fikiran kita sempit dan kepercayaan kita bersedekah hanya pada orang-orang yang disebut tadi, bermakna bila orang-orang yang kita sebut tadi tu tak muncul depan kita, kita tak nak bersedekah...kita tak nak memberi.. Sebenarnya, kalau kita suka memberi....kita tak akan memilih orang untuk memberi....kita tak akan ambil tahu pun latarbelakangnya,  kalau kita betul-betul ikhlas nak memberi... Kalau kita tahu dia sebenarnya anak orang kaya contohnya...kita tak nak memberi pada dia... sebab ibu bapanya mampu dan tak perlu diberi...Sebenarnya, anak orang kaya atau tidak, tapi...perasaan mereka yang menerima pemberian kita itu terutama kanak-kanak , yang akan membuatkan ada satu perasaan indah dalam jiwa kita... Begitu jugak bila pergi kenduri kahwin...

DENGKI & IRI HATI

3 sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak senang duduk dan tidak tenteram hidupnya iaitu :  IRI,  DENGKI & AKHLAK BURUK.  3 sifat inilah yang akhirnya akan melukakan dirinya sendiri. Kenapa orang iri & dengki? 1. Kerana mereka mahu jadi seperti anda! 2. Kerana mereka tidak selesa dengan diri mereka sendiri. 3. Kerana mereka melihat anda sebagai satu ancaman! Perasaan iri  adalah keinginan untuk menyakiti seseorang  yang memiliki sesuatu kerana dia tidak memilikinya.  Itu sebenarnya merupakan satu pancaran atau manifestasi yang menunjukkan ada kedengkian bersarang di hati. Akhirnya timbullah pula perasaan dengki yang  biasanya berpunca dari rasa sakit hati dan iri hati yang melampau.  Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat keb...

KHATAM AL-QURAN

Kenapa kebanyakkan ibu bapa nak anak-anak mereka cepat khatam Al-Quran ? Mereka juga akan mendesak ustaz/ustazah yang lambat mengajar anak mereka mengaji. Maka berebut-rebutlah anak-anak tu mengaji.... sehinggakan ustaz/ustazah tidak dapat menyampaikan/mengajar hukum tajwid dengan sempurna. Lepas khatam nak buat apa? Tutup Quran? Jadi, kalau anak yang umur 11 tahun dah khatam..itulah saja masa dia baca Quran..dah khatam makanya taklah pegi mengaji lagi...tak pergi mengaji adakah di rumah akan mengaji jugak? atau sampai ke tua tak pernah nak selak dah?... Itulah masalahnya...bila dah khatam, TUTUP QURAN!....Ada yang langsung tak bukak-bukak dah....Umur dah semakin banyak....tapi last sekali bukak Al-Quran masa majlis khatam Quran tu lah. .. Ada betul ke tidak ni? Kenapa macam tu? Kenapa nak cepat?.. Bangga nak bagitau kat kawan-kawan anak dia umur sekian-sekian dah khatam? Itu je sebabnya? Lepas khatam boleh buat kenduri kendara bagitau sekampung anak dia dah khatam Qur...

HARGAILAH APA ADANYA

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik.... Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan.... Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa.... Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan. Sebelum mengeluh bahawa kita 'buruk'.... Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda.... Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup.... Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita.... Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang tidak 'selesa'... Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan. Dan di saat kita letih...

SUKARNYA UNTUK BERSABAR

Nak jadi jahat...khianat...derhaka... kurang ajar dan yang seangkatan dengannya memang mudah. Semudah...tap...tap...tap...petik jari ala-ala Diva Anita Sarawak gitu... Tetapi nak jadi baik memang susah. Sepayah mak suruh pegi kedai beli barang...memang berat rasa sebab nak kena berjalan kaki di tengah panas terik....pastu kena lalu depan rumah Mak Temah yang ada bela angsa... nasib tak baik jumpa anjing giler....hihihiii...boleh pakai ke perumpamaan cenggitu.... Sebab orang baik kena banyak bersabar. Dan sifat sabar tu memang sukar. Jadi  kalau ada orang berbuat baik dengan anda ketika kalian bergaduh, bertelagah atau bertikam lidah. Tolonglah hargainya..... Kerana bukan mudah untuk orang itu memilih untuk bersabar....sedangkan dia boleh saja jadi kurang ajar. Kesabaran itu bukan bermaksud kita sanggup menerima segalanya, tetapi kesabaran itu adalah bagaimana kita sabar dalam mencari penyelesaian pada setiap permasalahan yang ada. Dan kadang-kadang kurang ajar itu jug...

PILIH BAHAGIA ATAU DERITA

Jika seseorang ada membenci kita...rilexlah.. sebab... ada masanya kita pon ada benci, menyampah, meluat, nak muntah, tak berkenan, tak suka,  berbulu bijik mata kat orang lain juga... Jika seseorang ada sakitkan hati kita....coollah... sebab... kita mungkin tanpa sengaja ada menyakitkan hati orang juga... Jadi... janganlah rasa susah hati sangat....janganlah rasa sakit hati sangat sikit-sikit sudahlah  anggaplah itu sebagai balasan yg kita terima...bersihkan dosa kata orang tua.... dengan itu kita akan  rasa  lebih  tenang...lebih bahagia... nak  bahagia atau  derita pilihan di tangan kita saya pilih bahagia.... ^_^ V

HI 5!! JOM KEMPEN SIMPAN SI HIJAU

KEMPEN SI HIJAU Saya ada terbaca pasal kempen  SI HIJAU  ni... idea yang sangat bernas & menarik... kepada sesiapa yang sukar menyimpan wang, inilah kaedah yang baik & seronok untuk dicuba. CARANYA Setiap kali dapat SI HIJAU ni...terus simpan dalam satu tabung khas...kalau boleh cari tabung lutsinar supaya kita rasa semangat bila melihat simpanan semakin bertambah... TAPI TAPI TAPI...kena pastikan tabung itu tidak mudah untuk dibuka, hokeyyy.... Amacam... rasanya boleh tak amanah pada diri sendiri.... JOM!!! mari kita cabar diri sendiri....Malaysia boleh kita pasti boleh... kan...kan... KENAPA SI HIJAU? Supaya tidak menjadi satu tekanan & bebanan bagi yang payah untuk menyimpan...seringgit mudah dapat....so banyak nanti nantinya (bertangguh)....sepuloh hengget rasanya macam...errrr.... hihihi...faham-faham sendirilah ye.... Setiap kali berbelanja kalau dapat je wang baki...andai ada SI HIJAU  tak kiralah berapa keping pon...masukka...

SUAMI BENCI ISTERI

7C  Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dr Dr Fadzilah Kamsah) 1. CABAR SUAMI Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata ; "Kalau awak berani cubalah!" (cabar suami cari perempuan lain)  Dr Fadzilah kata....nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ... 2. CABUL Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua . 3. CELUPAR Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang-kadang terlepas cakap. 4. COMOT Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot. Ada isteri kata - mekap untuk suami,  tapi kat rumah tak mekap pun. Kat rumah macam hantu, kat luar macam ratu. 5. CEMBURU Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan, sikit-sikit telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah ditanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan. 6. CEREWET Suami tak suka ...

HAK ANDA UNTUK MEMAAFKAN ATAU TIDAK

Setelah seseorang melakukan kesalahan, kita berhak untuk memberinya kemaafan atau pun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya. Kita gembira dalam duka kerana mendapat pahala hasil perbuatannya terhadap kita...manakala dia pula memikul dosa-dosanya hingga hari kiamat...kerana kesalahan yang tidak selesai di dunia ini akan berlanjutan hingga ke akhirat...dihitung ditolak dibagi...akhirnya muflis... Bagaimana? adakah kita rasa lega? Memang tiada salahnya pendirian sebegini, sebab ia akan menjadi satu PENGAJARAN yang amat bagus kepada si pesalah tadi...serik...dan benar-benar menyesal... Tapi andainya andalah orang yang bersalah itu, bagaimana rasanya?anda bersungguh-sungguh meminta maaf tapi orang tidak maafkan... Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Seboleh mungkin janganlah melakukan kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hal-hal yang sangat besar kerana implikasinya juga sangat besar. Dan janganlah dijadikan perbuatan maaf itu sebagai...

TOPENG APA YANG ANDA PAKAI

Setiap orang benci menyampah kalau tengok citer watak-watak jahat...watak watak curang...watak watak penggoda....watak watak zalim...watak watak busuk hati....penderhaka...pendek kata yang jahat & burok belaka dalam drama kan...macam nak sepak-sepak je...meluat..sakit hati...kan..kan... Dan kalaulah kita diberi peluang berlakon...agak-agaknya watak apa yang ingin kita lakonkan? mestinya nak watak hero kan..tak pon watak yang baik-baik belaka...tak seronoklah kalau bawak watak jahat... satu Malaysia tengok...mak ayah...saudara mara...kawan-kawan...malu...pelakon tu lainlah...itu dah memang kerja dorang... Tapi itulah rasa meluat menyampah benci cuma tengok dalam lakonan je...tapi realitinya ramai yang macam tu...melakukannya dengan bangga...anehkan dalam filem watak jahat yang dibenci tetapi dalam realiti watak jahat itulah yang menjadi identiti diri.