Skip to main content

DENGKI & IRI HATI


3 sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak senang duduk dan tidak tenteram hidupnya iaitu : IRI,  DENGKI & AKHLAK BURUK. 

3 sifat inilah yang akhirnya akan melukakan dirinya sendiri.

Kenapa orang iri & dengki?

1. Kerana mereka mahu jadi seperti anda!

2. Kerana mereka tidak selesa dengan diri mereka sendiri.

3. Kerana mereka melihat anda sebagai satu ancaman!


Perasaan iri  adalah keinginan untuk menyakiti seseorang  yang memiliki sesuatu kerana dia tidak memilikinya.  Itu sebenarnya merupakan satu pancaran atau manifestasi yang menunjukkan ada kedengkian bersarang di hati.

Akhirnya timbullah pula perasaan dengki yang  biasanya berpunca dari rasa sakit hati dan iri hati yang melampau. 


Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
         Surah An-Nisaa’ ayat 32

Dengan itu, mereka sibuk mendedahkan, menyebarkan, menguar-uarkan kekurangan & kelemahan yang anda ada kerana mereka iri hati dengan kelebihan yang anda miliki.

Tak perlulah kita iri hati & dengki dengan orang lain, buat hati kita sendiri yang jadi sakit, membuak-buak rasa, yang akhirnya akan buat kita hilang pertimbangan, hilang rasa malu dan hilang nilai diri. Hidup pun rasa tak tenteram sebab asik memikirkan orang yang kita irikan tu.
Dahlah banyak kelemahan & kekurangan berbanding dengan orang yang kita dengkikan tu, akhirnya bertambah lagi profil kekurangan & kelemahan yang sedia ada dengan perangai buruk sendiri. Percuma saja. Malulah sikit kat orang. kan.....





Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...