Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara

RESEPI : CHEWY GOEY BROWNIES

Brownies ni mempunyai kerak diatas.. bila makan tu asik nak mengunyah-ngunyah tu yang dinamakan chewy goey kot... A: 250g butter - potong kiub 400g choclate masakan - potong kiub cairkan secara double boil sejukkan *daku panaskan dulu butter sampai cair baru masukkan choc  tapi api kena slow B: 5 telur size A 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu besar choc emulco 290g gula perang C: 90g tepung gandum - ayak 50g serbuk koko - ayak 100g nuts ( dipanggang & disalut dgn tepung ayak td tu ) Cara-cara: panaskan oven 160`c loyang dialas & gris sedikit minyak (loyang 9" x 12") pukul telur, esen vanilla, emulco, gula hingga larut *guna whisk saje satukan bahan A & B dan kacau rata masukkan bahan C dengan segera *guna spatula saje  (kena masuk cepat sebab dia akan likat dengan cepat) jangan over kacau, sekadar rata saja bakar selama 45 min keluarkan dari oven biar selama 10 minit poton

WHAT IS A MAN?

krikk... krikkk... krikkkk...

DRAGONBALL MENENTANG DRAGONFRUIT?

Satu ketika dulu...di satu tempat... "Kak...nak air apa?" "Dragon ball" krik...krik..krikkk.. Ntah macamanalah boleh tersebut gitu...nak cakap dragon fruit sebenarnya...haihhh...gara-gara dok tegur anak pasal katun.... Moral d stori...jangan banyak membebel bila nak makan...

MISI BERJALAN KAKI DARI BESUT KE KUALA LUMPUR BERMULA

Pukul 3 petang tadi keluar nak amik anak sekolah...daku ternampak sesuatu ditepi jalan...ada kereta polis...ada kereta pengiring...pastu nampak sekumpulan orang berjalan kaki...oh ye lah...itukan orang yang bernazar nak berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur...nampaknya beliau sedang mengotakan apa yang dikata... So daku pirau pusing banyak kali ni nak amik gambar punya pasal...terlindung dek pokok lah...dek kereta laa...ter'miss' lah...hahaha...hadoiii..suruh si kecik amik gambar pon tak dapat...cehhh...akhirnya dengan sedikit kecekapan sambil ku memandu kereta (diketika itu kurasakan mataku juling terbelah 4...ye la sambil drive nak tengok depan... kiri... kanan....belakang....nak amik gambo lagik) akhirnya....'chrettt'...berjaya! Daku google jap carik nama penuh....Nama beliau ialah  Mohd Noor Mat,48 tahun (tapi ada yg kata 42 ), anak kelahiran Besut. Pada tahun 2008 pernah berjalan kaki dari Besut ke Kemaman sejauh 380 kilometer selama 4 hari. perghh

MIRROR MIRROR ON THE WALL

Oopsss!!...kebanyakkan orang menyangka...penghinaan yang dia terima disebabkan ada orang dengki...orang cemburu...busuk hati...bla..bla...blaa... dengan dirinya...itu memang ada benarnya tapi satu perkara yang mereka terlupa....samada sedar atau separa sedar....tersengaja atau saja-saja... Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina...jadi tanya- tanyalah pada cermin di dinding...

YANG MENARIK DI KUANTAN...PATIN TEMPOYAK - AKOB PATIN HOUSE

gambar yang ni ku amik orang punyer.. sebab tak berkesempatan nak snap dari depan anak & somi yang tolong amik lauk... kiranya masa ni...ku berserah... sambal tempoyak yang menggoda perasaan Jangan tak tahu... sebenarnya ku tak bape nak lalu makan ikan sungai ni...tapi selalu kena paksa dek suami...kena pergi beli ( beli yg fresh punyer tau)...kena masak...dah masak makanya kenalah makan kan...sibbaek penjual tu ada servis mengatok dan menyiang ikan...mengatok?...ha...ye la..katok tu ketuk....kena ketuk kepala dia dulu...eh...bukan kepala orang yg jual ikan tu...kepala ikan ler...kasi kojol...pastu baru disiang...(actually tak kojol mana pon tengok bergerak-gerak lagi...) Selalunya sebelum pergi ke sesuatu tempat ku akan google carik tempat makan yang femes sedap...jalan-jalan tempat orang mestilah nak cuba makanan dorang kan...kalau carik benda yang sama...baik masak sendiri...(ark...macam tererlah sangat)...google punya google...banyak kat blog orang k

HIDUP YANG PENUH DENGAN KETAKUTAN?

Dari kecik lagi sampaiiiilah ni... kita hidup penuh dengan keTAKUTan ...takut itu takut ini...takut nak masuk sekolah...takut cikgu...takut exam...takut nak amik result peksa...takut mak marah kalau tak pass exam...takut nak sunat (bg bdk lelaki ler...)...takut nak jumpa doktor...takut lipas... errr...takut hantu! Bila nak cari kerja...takut nak pegi interview...takut tak dapat kerja...takut nak berhenti kerja....takut tak cukup duit nak kawin...takut mak bapak girlfrien/boyfriend tak suka...takut...takut...takut... Yang nak cari duit lebih...takut nak cuba...takut tak cukup masa.. .takut tak boleh tahan...takut tak berjaya...takut malu...takut persaingan... takut rejection...takut tak de jaminan...errr...takut tak da pencen! Hadoiii...banyak lagi keTAKUTan dalam hidup kita ni sebenarnya ye....nak disenaraikan boleh sampai terseliuh jari menaipnya... serba serbi tak kena...itu takut...ini takut...yg peliknya langgar peraturan... langgar larangan....buat salah tak takut pulak ek.

HANTARAN TINGGI

Wahai para lelaki budiman di luar sana...janganlah isu hantaran dijadikan alasan dan kutukan...memang takkan ada duit nak nikah kalau kamu tak da niat untuk menyimpan ke arah itu...memang tak kan boleh buat kenduri sebab kamu tak berniat pun untuk semua itu...hendak menjadi lelaki budiman biarlah punya wawasan...punya kesungguhan...punya niat yang betul...bila kamu pasang niat yang betul... insyaallah, Allah akan permudahkan....janganlah jadikan wang hantaran sebagai isu pokok semata....janganlah nak orang lain permudahkan urusan dan kemahuan diri anda saja....kena usaha...kalau belom berjaya juga mungkin jodoh anda yang sebenarnya belom tiba... Sekian...

PILIH ORANG UNTUK MEMBERI?

Ada orang sangat memilih orang untuk memberi, terutamanya memberi wang atau bersedekah. Fikiran dah terlalu disempitkan.... bila memberi tu hanya pada orang miskin atau orang kurang upaya atau ibu tunggal atau anak yatim.  Bila fikiran kita sempit dan kepercayaan kita bersedekah hanya pada orang-orang yang disebut tadi, bermakna bila orang-orang yang kita sebut tadi tu tak muncul depan kita, kita tak nak bersedekah...kita tak nak memberi.. Sebenarnya, kalau kita suka memberi....kita tak akan memilih orang untuk memberi....kita tak akan ambil tahu pun latarbelakangnya,  kalau kita betul-betul ikhlas nak memberi... Kalau kita tahu dia sebenarnya anak orang kaya contohnya...kita tak nak memberi pada dia... sebab ibu bapanya mampu dan tak perlu diberi...Sebenarnya, anak orang kaya atau tidak, tapi...perasaan mereka yang menerima pemberian kita itu terutama kanak-kanak , yang akan membuatkan ada satu perasaan indah dalam jiwa kita... Begitu jugak bila pergi kenduri kahwin....orang

DENGKI & IRI HATI

3 sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak senang duduk dan tidak tenteram hidupnya iaitu :  IRI,  DENGKI & AKHLAK BURUK.  3 sifat inilah yang akhirnya akan melukakan dirinya sendiri. Kenapa orang iri & dengki? 1. Kerana mereka mahu jadi seperti anda! 2. Kerana mereka tidak selesa dengan diri mereka sendiri. 3. Kerana mereka melihat anda sebagai satu ancaman! Perasaan iri  adalah keinginan untuk menyakiti seseorang  yang memiliki sesuatu kerana dia tidak memilikinya.  Itu sebenarnya merupakan satu pancaran atau manifestasi yang menunjukkan ada kedengkian bersarang di hati. Akhirnya timbullah pula perasaan dengki yang  biasanya berpunca dari rasa sakit hati dan iri hati yang melampau.  Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-ora

ADA APA PADA NAMA?

BH 14 September 2013 Gambar 1992 menunjukkan Janice 'Lokelani' Keihanaikukaukahiluliheekahaunaele bersama suaminya, Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele ketika perkahwinan mereka di Honaunau-Napoopoo, Hawaii. Janice tidak mempunyai kad pengenalan rasmi kerana pegawai pendaftaran tidak dapat memuatkan nama keduanya dalam lesen kereta atau kad pengenalan negeri. ******************************** Biar betul ni...tu diaaa...punyalah panjang nama...fengsan nak menaip..nak menyebutnya sampai tak de bunyi...bayangkanlah kalau nak akad nikah...pak imam tak pass nak menyebut...sudahnya pengantin lelaki sampai ke esok esoknya tak sah jugak... hadoiii....macam-macam hal...

SELAMAT HARI MALAYSIA KE 50

16 September 1963 adalah hari penubuhan Malaysia menyatukan Tanah Melayu,  Sabah, Sarawak & Singapura. Yang akhirnya Singapura telah keluar dari Malaysia. Dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.  Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang DiPertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.  Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966. Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan

KHATAM AL-QURAN

Kenapa kebanyakkan ibu bapa nak anak-anak mereka cepat khatam Al-Quran ? Mereka juga akan mendesak ustaz/ustazah yang lambat mengajar anak mereka mengaji. Maka berebut-rebutlah anak-anak tu mengaji.... sehinggakan ustaz/ustazah tidak dapat menyampaikan/mengajar hukum tajwid dengan sempurna. Lepas khatam nak buat apa? Tutup Quran? Jadi, kalau anak yang umur 11 tahun dah khatam..itulah saja masa dia baca Quran..dah khatam makanya taklah pegi mengaji lagi...tak pergi mengaji adakah di rumah akan mengaji jugak? atau sampai ke tua tak pernah nak selak dah?... Itulah masalahnya...bila dah khatam, TUTUP QURAN!....Ada yang langsung tak bukak-bukak dah....Umur dah semakin banyak....tapi last sekali bukak Al-Quran masa majlis khatam Quran tu lah. .. Ada betul ke tidak ni? Kenapa macam tu? Kenapa nak cepat?.. Bangga nak bagitau kat kawan-kawan anak dia umur sekian-sekian dah khatam? Itu je sebabnya? Lepas khatam boleh buat kenduri kendara bagitau sekampung anak dia dah khatam Qur

ANAK LELAKI NAKAL & TAK RETI DUDUK DIAM?

Gambar dari ihsan Google Apa benda yang sering buat kita  marah  dengan budak lelaki ni??... Tak de benda lain lagilah...  Mereka "tidak berkelakuan seperti sepatutnya" dalam erti kata lain tak reti duduk diam, buat bising, tak  mendengar kata & tak mematuhi peraturan.  Pendek kata 'huru hara' dalam rumah, 2 orang pon sudah cukup meributkan suasana...apatah lagi yg ramai...eh sorang pon boleh jadik jugak tau... hihihii...sabo je la ye ibu-ibu... Kita ni kan ibu dan tentunya seorang perempuan, tu yang buat kita terlupa anak lelaki BERBEZA daripada anak perempuan.  Bila tengok ada jugak anak orang lain yang boleh tahan duduk diam dalam waktu yang agak lama...sungguhlah jeles rasanya kan....tak tahulah kat rumah dorang boleh diam gitu ke tidak...tapi memang ada kan... Menurut kata pakar kebanyakkan anak lelaki tidak dilahirkan begitu. Mereka sebenarnya dilahirkan untuk kehidupan penuh aksi.  Adakalanya tindakan mereka itu secara spontan. Jika ditanya

HARGAILAH APA ADANYA

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik.... Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan.... Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa.... Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan. Sebelum mengeluh bahawa kita 'buruk'.... Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda.... Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup.... Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita.... Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang tidak 'selesa'... Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan. Dan di saat kita letih

SIAPA TIRU SIAPA

Yang tunggang motosikal kapcai langgar undang-undang, yang bawak kete ribu-riban langgar undang-undang, yang bawak kete 1 juta pon langgar undang-undang.  Yang beza cuma saiz poket. Corak pemikiran & minda mereka sama. Jadi....siapa tiru siapa?? Yang menunggang motosikal kapcai tiru yang pandu kete ATAU yang pandu kete tiru yang nunggang motor kapcai??

POKET 'BOCOR' KERANA KERETA

Saya terjumpa satu artikel yang sangat menarik...ada kebenarannya  dan saya nak kongsikan di sini.... copy & paste... nanti nak suruh anak saya yang sulung 16 tahun tu baca artikel ini...jangan nak banyak cingkadak dia punya berangan karang....kannn... ================================================================= Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg installment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. Pun biasa dengar kan?? Biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling panjang. Janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama.  Dalam fikiran graduan yg baru dapat kerja ni cepat jer ternampak kereta-kereta seperti Honda Civic, Elantra, Forte, Cerato, Golf, Accord, Sonata, Jetta dan lain-lain.  Kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata orang sekeliling. Tapi apa yg ramai tak nampak bahawa 1.5k instalment tu tak abis di situ saja

DUA PERKARA UNTUK HIDUP SENANG

Nak hidup SENANG walaupun tak lah sampai kaya raya kita perlu faham dua perkara asas kewangan iaitu ASSET dan LIABILITI. Asset dan liabiliti akan menentukan status kewangan anda justeru konsep asset dan liabiliti ini mestilah difahami dengan sebaik mungkin. Secara ringkasnya, asset dikategorikan kepada ASSET PELABURAN dan ASSET BUKAN PELABURAN. Asset pelaburan adalah asset yang menjana aliran wang, dan memberi pulangan kepada anda dalam bentuk dividen, keuntungan modal, sewa atau pendapatan.  Contoh asset pelaburan ialah simpanan, deposit tetap, saham, pelaburan unit amanah, KWSP, pelaburan hartanah serta perniagaan anda yang anda miliki. Asset bukan pelaburan pula adalah asset yang tidak menjana sebarang aliran wang. Contoh asset bukan pelaburan adalah seperti rumah yang anda tidak gunakan untuk pelaburan dan kenderaan anda. Walaupun memiliki asset-asset ini telah menjadi sebahagian daripada milik anda namun asset ini sebenarnya tidak cukup untuk menjana pendapatan d

KUASA DOA

Assalam.... Mari kita mendoakan kebaikan untuk semua...samada untuk orang yang kita sayangi,  orang yang menyakitkan hati,  yang kita menyampah, orang yang kita benci... Orang yang mendoakan orang lain nescaya doanya itu dikembalikan kepadanya berkali ganda...kembalinya mungkin juga diwaktu yang tidak  dijangka... Jadi berdoalah yang baik-baik...agar ia kembali pada diri sendiri yang baik-baik belaka....

SUKARNYA UNTUK BERSABAR

Nak jadi jahat...khianat...derhaka... kurang ajar dan yang seangkatan dengannya memang mudah. Semudah...tap...tap...tap...petik jari ala-ala Diva Anita Sarawak gitu... Tetapi nak jadi baik memang susah. Sepayah mak suruh pegi kedai beli barang...memang berat rasa sebab nak kena berjalan kaki di tengah panas terik....pastu kena lalu depan rumah Mak Temah yang ada bela angsa... nasib tak baik jumpa anjing giler....hihihiii...boleh pakai ke perumpamaan cenggitu.... Sebab orang baik kena banyak bersabar. Dan sifat sabar tu memang sukar. Jadi  kalau ada orang berbuat baik dengan anda ketika kalian bergaduh, bertelagah atau bertikam lidah. Tolonglah hargainya..... Kerana bukan mudah untuk orang itu memilih untuk bersabar....sedangkan dia boleh saja jadi kurang ajar. Kesabaran itu bukan bermaksud kita sanggup menerima segalanya, tetapi kesabaran itu adalah bagaimana kita sabar dalam mencari penyelesaian pada setiap permasalahan yang ada. Dan kadang-kadang kurang ajar itu juga di

KELAKUAN PELIK TAPI BENAR

Masih lagi pasal isu minyak...biasalah benda tengah hot memang gitu...macam ditimpa gempa dia punya kecoh...macam akan berakhirnya hidup... Tetiba kan  alih-alih muncul macam banyaknya  orang-orang yang sangat prihatin akan nasib orang-orang bawahan....hingga mengeluarkan kata-kata penuh sampah... Ntah-ntah sebelum ini adakah mereka terfikir akan nasib orang-orang bawahan ini bila makan KFC tak sampai pon menjilat jari...bazir sana buang sini...ataupun prihatin akan kesusahan orang-orang yang melangut lama menanti di hentian bas mau pon teksi...manalah tahu sama destinasi bolehlah mereka tumpang sekaki naik kereta berbau wangi... Ada ke?? Jadi berhentilah mengeluarkan kata-kata yang menghina kepada yang "menyusahkan diri"