Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

YANG KE 17 TAHUN, OUR SWEET SEVENTEEN

Hari ini 24hb Februari adalah Ulang Tahun Perkahwinan kami yg ke 17.  Segala pahit maung, suka duka, bergaduh berselisih pendapat, susah dan senang kami harung bersama demi mempertahankan rasa cinta dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.  Bukan senang tu, sebab kami sangat sangat berbeza dari perwatakan. Kiranya kami memang tak ada persamaan langsung. Mesti orang kata bohonglah...tapi itulah realitinya. Apa yang kita suka dia tak suka...apa yang dia tak suka memang kompom kita tak suka jugak...hihihi...macam magnet utara dgn magnet utara...menolak je...ada masanya daya kesabaran perlu diletakkan pada tahap tertinggi melampaui sempadan, tapi dah namanya jodoh...mungkin juga kami bersesuaian & serasi dgn cara macam tu. Aku dilahirkan pada 24 hb Januari 1973, suami plk 24hb Jun 1970 dan kami diijabkabulkan pada 24hb Febuari 1996. Sebenarnya tarikh ini kami tidak rancang langsung, tidak terlintas mahu pun  terfikir langsung untuk mencari tarikh 24hb pada mana-mana b

PENTINGNYA BERTERIMA KASIH

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud: "Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah." (Riwayat al-Tirmizi)

AYAT BUDAK BUDAK SEKARANG

i lov u tooww... muqchx!, shqyunk ktqt.. titew hnya cinta awk corg jew taww sayew tatit pewut buleyh ta jangan kacaw shayew yagiew wimash aa ylqh awk nyh qn,kwoz cqt lq bwu tqw Ouuhh..hary niw aq jumper satuw balaq encem kard shop tadiw Faham tak ayat atas tu...aduhh..letih bila baca bahasa budak-budak sekarang kan...kalau diperhatikan ayat-ayat dorang...perasan tak yang dorang banyak guna huruf 'W' dan 'X'. Sebab suka buat muka duck face kot tu yang jadi gitu...hahaha...jangan marah...jangan marah...kalau marah betullah tu... Kalau dulu mak abah kita pening bila dengar kita bercakap bahasa terbalik atau penambahan suku kata...sekarang turn kita pulak yg putar bijik mata....hihihi... *ayat-ayat atas tu saya petik dari pokok pokcik google ^_^

RESIPI : DAGING KAPRAU

saya guna daging rebus lebihan masa buat stew Bahan: 250g daging batang pinang (hiris) 2 sudu makan pes tomyam 5 cili api-ketuk kuatkuat 2 bawang besar dibelah dada  8, pastu cerai-ceraikan  1 sudu makan kicap manis 1 sudu makan sos thai daun selasih Kak edahnya: -perap daging dgn pes tomyam, 1/2 jam   -tumis bawang dan cili hingga garing - masuk daging, goreng hingga kecut -masuk kicap, sos dan daun selasih

CARA SOLAT JAMAK & QASAR

Ketika bermusafir, solat boleh dikerjakan dgn memilih s alah satu di bawah, kalau pilih tak nak solat memang nk kena LEMPANG . Allah dah bg dah kemudahan itu pon jadi susah ke, alasan tak sempat mmg tak masok diakal. 1. Jamak  (dihimpunkan saja) 2. Qasar  (dipendekkan rakaatnya saja) 3. Jamak & Qasar (dihimpunkan & dipendekkan rakaatnya) 4. Solat sempurna seperti biasa. Syarat perjalanan yg dibenarkan utk solat jamak/qasar 1.musafir utk tujuan yg baik, bukan kemaksiatan 2.destinasi dituju melebihi 2 marhalah lebih kurang 90km 3. tahu destinasi yg nak dituju (tahu jalan dan tidak sesat) _________________________________________________________________________________ 1.  JAMAK Jamak bermaksud dihimpunkan 2 solat fardu dlm satu masa. -Zohor dgn asar  atau Asar dgn zohor -Magrib dgn isyak atau isyak dgn magrib *subuh tak boleh dijamakkan Jamak ini terbahagi 2: 1. Jamak Takdim mendirikan solat pd waktu solat yg pertama iaitu solat zohor dgn asar pa

RESIPI: STEW DAGING/TULANG

enak di makan dgn roti/pasta/roti canai segera nak makan dgn nasi pon boleh jgk ikut suka anda ^_^ Bahan: 1 kilo daging/tulang  3 bawang holland sederhana besar * dadu halus 3 bawang putih * ketuk & cincang halus 4 tomato * dadu halus 3 daun bay 1 sudu teh parsley 1 1/2 sudu teh lada hitam * tumbuk halus 1/2 botol sos cili 1 kiub daging ( optional) garam lada benggala/capsicum merah & hijau *hiris ( belasah je lada merah hijau pon boleh ) 1 lobak merah * dadu kecil 2 kentang * dadu kecil 2 sudu besar kacang peas ( optional ) daun ketumbar * hiris Kak edahnya: -daging/tulang rebus dgn garam hingga empuk  *kalau nk guna ayam, goreng separuh masak -tumis bawang hingga layu -masukkan tomato tumis hingga layu di tasik madu -masukkan daging/tulang bersama air rebusannya -masuk lobak, kentang & kiub daging, masak hingga didih & empuk -masuk sos cili, lada hitam, daun bay, pasley & garam  *sebelum masuk garam tu rasa dulu ye...karang masin

* MIMPI AIR, BERMAKSUD...

Orang  kata kalau mimpi air bermaksud rezeki...mungkin ada kebenarannya...tapi tak tahulah jenis air dlm mimpi tu mcmana...banyak kali jgklah mimpi air ni... dan satu ketika saya pernah mimpi air...mencurah-curah masuk dari syiling..kebetulan rumah kami tu baru je renovation...buat cornis dekat ruang tamu dan dapur...punyerlah sedih...benda tu baru je siap...abis dihanyutkan barang-barang dapur...dalam mimpi tu saya nak kutip...tapi suami tak izinkan...Alhamdulillah, tak lama kemudian kami dimurahkan rezeki...dapat rezeki yg tak disangka-sangka...syukur padaMU Ya Allah... Dan malam tadi, saya bermimpi air lagi...hujan turun dgn lebat dan saya tengah menunggu turn utk naik ke atas platform utk buat acara terjunan papan anjal tu...ala...acara lompat dlm kolam renang mcm perserta olimpik tu...hahaha..padahal manalah saya pandai berenang pon...kuak tenggelam tau ler...kuak-kuak tenggelam...kuak-kuak tenggelam... tak bergerak ke depan pon...kihkihkih...aduhhh...dlm hati macamana ni.

SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI

Saya nak kongsikan sesuatu dari buku Membina Hati Bahagia dari  Dr HM Tuah , ini adalah pandangan beliau sebagai seorg LELAKI & SUAMI. 1. Ada suami yang gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dgn dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengelap kasutnya dan sebagainya. 2. Kebanyakkan lelaki cukup cerewet tentang kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dgn rupa & rambut kusut masai, anak-anak yg comot & rumah bagaikan kapal pecah. 3. Sesetengah lelaki suka di layan seperti raja. Dia suka isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya utk mandi & berdiri ketika dia hendak pergi kerja atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti , "abg nak makan dulu atau mandi dulu," cukup utk membuat suami tersenyum & mengurangi penatnya. 4. Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak begitu seberapa nilainya. Kalau rasa ta

* DRAMA "AYAH,KUBUR MAK MERAH LAGI"

Petang semalam ada tertengok drama terbitan Suhan..ala Rosyam Noor punya tu...tajuknya   "Ayah,kubur mak masih merah lagi" ...tak tahulah citer baru ke lama...jap ye...ku goolgle jap...sahlah memang citer lama...ku je yg tertinggal bergerabak-gerabak keretapi...hihihi... Kisah si ayah yg baru kematian isteri...anak-anak bertelingkah...bukan bertelingkah pasal harta tapi paksa si ayah ikut dorang...sebab tak de siapa yang akan menjaganya. Si ayah mestilah berkeras tak mahu. Tapi tengok citer tu dia ada seorg anak perempuan...tapi tak pasti menantu ke anak...tapi yang peliknya kenapa dia tak tidur situ sebaliknya lepas tolong uruskan si ayah dia balik tumpang duduk rumah Kak Ton (seorg janda muda yg duduk hujung kampung)... Akhirnya si ayah membuat keputusan utk berkahwin lagi. Keputusan ayah itu ditentang hebat semua anak-anaknya. Dengan alasan kononnya malu dgn org kampung sebab arwah mak dorang baru je meninggal tapi ayah nak berkahwin lagi. Bermacam-macam tuduhan

* GEROBOK LAUK LAMA

ini gambar  bukan saya yang punya  Tengah berfikir-fikir nak masuk topik apa yg menarik sambil tu googlelah apa yg patut...tetiba bijik mataku terpandang satu gambar gobok lauk lama dulu... Teringat mak punya..lebih kurang mcm tu la tapi bukan cermin...semuanya jaring-jaring warna hijau...mungkin asalnya cermin tapi pecah kot...ntah ye lupalah...kat bawah kaki tu mak letak mangkuk isi air utk elak semut naik carik lauk...hihi.. Ada nostalgia tentang gobok ni...saya suka curi ikan goreng yg mak baru masak...kan sedap ikan panas2...ikan kerisi pulak tu...lembut...manis je isinya kan...mula-mula dok jengah-jengah je...lepas tu hidu-hidu...pelan-pelan bukak gobok tu...cubit sikit...sikit lagi...eehh cukuplah kang mak perasan pulak...tapi tangan tu macam ditarik-tarik...datang lagi...cubit sikit lagi...sudahnya tinggal separuh...alamak mesti mak marah...jadi terbalikkanlah ikan tu...hihihi...macamlah mak tak tahu nantinya kan... bila mak tanya...mati-matian tak ngaku...cakap kucin

* AMALAN DOA SUPAYA MUDAH BERSALIN

Banyak-banyaklah baca ayat-ayat suci Al Quran bila rasa sakit utk bersalin. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. 1. Surah Al-Anbiya' ayat 87 2. Ayat Kursi. 3. Surah Al-A'raf ayat 54 4. Surah Al-Falaq 5. Surah An-Nas Jika bayi itu lelaki hendaklah walinya mengucapkan lafaz azan di telinga kanan anaknya. Jika bayi itu perempuan maka hendaklah mengucapkan lafaz iqamah di telinga kanan anak tersebut.

* AMALAN SEMASA MENGANDUNG

Semasa mengandungkan ketiga-tiga anak lelaki saya dulu inilah yg saya amalkan setiap hari sepanjang mengandung 9 bulan tanpa jemu, ada masanya satu hari satu surah je....  Alhamdulillah sepanjang membesarkan mereka masa kecil dulu, emosi mereka tak terlalu meragam, tak terlalu nakal & banyak jgk mendengar kata. Nakal- nakal sikit tu normallah. 1. Membaca surah Al Fatihah dan ayat Kursi. 2. Membaca surah Yassin hingga akhir. 3. Membaca surah At Taubah hingga akhir.     *oleh kerana surah ni panjang, jadi saya baca bersambung-sambung. 4. Membaca surah Yusuf hingga akhir.      * agar memperolehi anak yg soleh, sihat, cantik & sempurna. 5. Membaca surah Luqman.      * agar memperolehi anak yg taat. 6. Membaca surah Maryam hingga akhir.      * agar memperolehi anak yg sabar & taat 7. Membaca surah An-Nahl ayat 78. "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dlm keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, pengliha

RESEPI : LAKSA JOHOR

Bahan 1 kg ikan parang / 2kg ikan selayang 250g udang isi 1/2 cawan udang kering *kisar 6 bawang kecil *kisar 4 bawang putih *kisar 1/2 inci halia *kisar 1/2 inci kunyit*kisar 1/2 inci lengkuas*kisar 7 serai *kisar 3 sudu makan cili kisar 3 sudu makan rempah kari daging 2 sudu makan kerisik 4@5 asam keping santan garam gula Bahan sampingan Spagetti *rebus Timun *hiris keliling,buang empulur (nanti dia akan membentuk bulat)- hiris halus daun selasih *hiris daun pudina *hiris daun kesum *hiris bawang merah *hiris togeh limau kasturi sambal belacan lobak asin *potong halus Kak edahnya - ikan direbus, pilih isinya & kisar - udang dikupas, kulitnya  dikisar tapis amik airnya - udang dikisar - tumis bahan kisar hingga naik bau - masukkan udang kering, rempah kari hingga garing - masukkan udang kisar & air kulit udang tadi masak hingga didih - masukkan isi ikan, santan pekat, kerisik, asam keping,garam, gula - masak hingga kua

RESEPI : SOTO

Ayam sekor Nasi himpit Togeh Suun *digoreng Kacang tanah goreng Bahan utk sup: 10 bawang merah *kisar 5 bawang putih *kisar 1/2 in halia *kisar 1 buah keras *kisar 1 serai *ketuk sup bunjut 1 kiub ayam 3 sudu makan rempah kurma *bancuh dgn sedikit air 3 sudu makan rempah sup - ayam direbus dgn 1/2 inci halia dlm 20 min hingga didih, toskan & carik isinya - tumis bahan2 kisar, serai hingga agak garing - masukkan rempah kurma, tumis hingga garing - tuang pada air rebusan ayam tadi, masak hingga didih - masukkan kiub ayam, rempah sup masak hingga didih lagi Begedil udang kering 5 biji kentang *basuh dan rebus dgn kulit sekali 1/2 cawan udang kering *rendam & ditumbuk halus sedikit tepung ubi sedikit serbuk lada hitam daun sup dihiris - kentang rebus dibuang kulit & dilenyek - gaulkan dgn semua bahan, bulatkan - simpan dlm esbok kejap - celup dgn telur semasa nk menggoreng Sambal kicap 7 biji cili padi 3 u

* CARA MENENTUKAN WAKTU SUBUR

penting bagi setiap wanita untuk mencatat hari pertama datang haid pada setiap bulan jangan lupa tu.. Lazimnya *ovulasi berlaku 12 hingga 14 hari sebelum kedatangan haid. Ovum yang dikeluarkan hanya hidup selama 48 jam manakala sperma dapat hidup selama 4 hingga 5 hari di dalam organ reproduktif wanita. *Ovulasi ialah  telur ovum yg matang dilepaskan dari ovari dan akan bergerak ke tuib fallopian untuk disenyawakan. Agak sukar untuk mengenal pasti secara tepat tempoh ovulasi setiap wanita. Bagaimanapun, jangkaan tempoh ovulasi boleh ditentukan melalui beberapa cara : 1. di antara 12 & 14 hari sebelum haid yang akan datang. 2. kehadiran cecair serviks yang jernih & melekit (spt putih telur yg mentah). 3. suhu badan naik sedikit ketika ovulasi. 4. mengikut kitaran haid. 5. peningkatan hormon LH (luteinizing hormon). Peralatan ini mengukur tahap hormon melalui air kencing, jika ada peningkatan LH, kemungkinan besar ovulasi akan berlaku dalam tempoh 24-48 ja

* PESAN ORANG LAMA (1)

gambar dari google JANGAN MAKAN SISA ANAK Mak saya pernah berpesan... ambil makanan untuk anak sikit-sikit, jangan ambil sekali banyak, nanti tak habis....membazir... Tak pe mak nanti kita tolong habiskan...Mak kata, "tak boleh...tak elok tu.." Nape mak? Kata mak....makanan anak yg tak habis jangan sesekali si ibu habiskan...kelak  si ibu selalu sangat dengar kata anak...pendek kata lembut sgt hati tu dgn anak. Habis tu kalau nak kongsi? Mak kata, "amik pinggan lain..asingkan atau ibu makan dulu." Kalau makan sama-sama dalam dulang? Mak kata lagi, "boleh...tapi jangan habiskan apa yang anak tak habis makan." Cerita mak lagi, "org dulu-dulu selalu kunyah-kunyahkan dulu makanan tu baru suap ke mulut anak-anak...i tulah sebabnya jarang orang-orang dulu menghambakan ibu kandung sendiri...tapi tengoklah orang sekarang." # Percaya atau tidak, terpulanglah...mungkin ada kebenaran sebab org tua dulu-dulu berpesan atas pengalaman

* RESIPI : PAVLOVA

Bahan: 4 putih telur 1/2 cwn gula castor 2 sudu makan tepung jagung 2 sudu kecik cuka 1/2 sudu teh esen vanilla 1 cwn non diary whipping cream * dipukul hingga pekat kental buah kiwi, strawberry (buah2an yg masam) * kalau nk buat bertingkat doublekan bahan2 kak edahnya: - panaskan oven 150`c - alas loyang * tp saya alaskan baking tray tu je..sepek2 situ - pukul telur hingga berbuih - masukkan gula sikit2, pkl sampai jd merigue - masuk tepung , cuka * kaup balik je - masuk dlm loyang/letak je atas dulang pembakar - turunkan suhu 120`c, bakar 1 jam 20 min * penting: bila dah masak, biar dia dok bersantai dlm oven tu dlm 10 min, pintu oven direnggangkan sikit. - masukkan whipping cream dlm piping bag, pipekan kt atasnya (payah2 sgt tepek2kan je) - hias dgn buah2an masam.

* JIKA TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Harap-harap janganlah ya...mohon di jauhkan... Kepada semua kawan sebelum menaiki kenderaan/memandu kenderaan selain baca doa naik kenderaan...amalkan baca : "SALAAMUNG QAULAM-MIRRABBIRRAHIM" insyaallah dgn izinNYA akan terselamat dari mara bahaya. _______________________________________________________ incik google yg bagi *sumber ni saya dpt dari buku nota Rakan  Cop PDRM. Jika berlaku kemalangan buat laporan di cawangan trafik berhampiran/di mana mana balai polis yang berhampiran. Perkara yg anda perlu tahu untuk membuat laporan 1. tarikh & masa kejadian 2. tempat kejadian 3. kenderaan yg terlibat 4. cara kemalangan berlaku Dokumen yang perlu di bawa 1. kad pengenalan 2. lesen memandu 3. kad pendaftaran kenderaan 4. polisi insurans * tertakluk pada jenis kemalangan Tindakan Pegawai Penyiasat (IO) 1. temuduga anda 2. periksa & mengambil gambar kenderaan 3. pergi ke tempat kejadian 4. rakam percakapan anda * tertakluk k