Skip to main content

SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI






Saya nak kongsikan sesuatu dari buku Membina Hati Bahagia dari Dr HM Tuah, ini adalah pandangan beliau sebagai seorg LELAKI & SUAMI.


1. Ada suami yang gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dgn dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengelap kasutnya dan sebagainya.

2. Kebanyakkan lelaki cukup cerewet tentang kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dgn rupa & rambut kusut masai, anak-anak yg comot & rumah bagaikan kapal pecah.

3. Sesetengah lelaki suka di layan seperti raja. Dia suka isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya utk mandi & berdiri ketika dia hendak pergi kerja atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti , "abg nak makan dulu atau mandi dulu," cukup utk membuat suami tersenyum & mengurangi penatnya.

4. Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak begitu seberapa nilainya. Kalau rasa tak suka dgn pemberian itu, ucaplah dulu terima kasih, barulah beritahu apa yg disukai. Misalnya, "terima kasih abg, cantiknya, saya suka, tapi kalau lain kali nak beli saya nak warna kelabu pulak."
Suami taklah tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isterinya & akan cuba perbaiki.

5. Suami akan bosan jika isterinya 'cerewet' & selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa & sebagainya. Bagi mereka banyak tanya itu lebih kurang macam berleter juga.

6. Jika anda menghidangkan makanan utk dia, anda perlu menemaninya.

7. Suami senang dgn kefasihan isteri berkata-kata, bijak dalam bertindak & menjadi partner yg baik dlm berdiskusi.

8. Jangan kuat membangkang pendapat suami. Ingat, ibarat dia raja anda perdana menteri. Mana ada raja yg boleh terima kalau asyik dibangkang perdana menteri. 
Isteri yg kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Kalau tak sependapat pun simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian masa & tempat. Pendekata seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.

9. Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari bukan duri yg asyik menyucuk perasaan suami. Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.

10. Jangan sambut kepulangan suami dgn berbagai-bagai masalah anak-anak & urusan dapur yg remeh temeh. Mulailah pembicaraan yg menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dgn masalah di tempat kerja.

11. Pantang bagi suami jika tidurnya terganggu.

12. Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada.

13. Jangan kuat merajuk & tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dgn masalah. 

14. Jangan pulak banyak tanya, biarkan suami sendiri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yg tidak tepat & bertentangan dgn pendapatnya akan membuahkan perasaan geram/marah. Dan sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.

15. Jangan perkecil-kecilkan kemampuannya. Dorong dia & selalu rangsang prestasinya.

16. Kebanyakkan suami tidak suka ruang tidurnya dimasuki orang tanpa izin.

17. Suami juga suka jika isterinya kreatif dlm soal memasak & menghias rumah serta mengurus diri & melayani dirinya.


Mungkin diantara anda yg telah melakukan kesemuanya tapi suami masih tidak perform dgn baik. Sabar, lambat laun, hatinya akan terbuka jua utk menghargai semua pengorbanan anda. Hanya ketakwaan anda yg dpt membantu suami anda membentuk peribadi muslim & menjadi suami yang ideal.


Lelaki tidak mudah tertambat hatinya dgn ungkapan cinta, tetapi cukup dgn keluhuran anda dlm  berkorban utk taat & menyayangi dirinya.

Tidak ada kebahagian & pahala yg besar yang diberi Allah kpd pasangan suami isteri, kecuali mereka dapat saling memberikan apa yg dimahukan oleh pasangan masing-masing.


"Biar apapun keadaannya, bukankah setiap insan itu ada kebaikan & keburukannya, ada kelebihan & kelemahannya."



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...