Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

YES....I HAVE A MAGIC!

TAJUK : IBU SAYA ADA MAGIC Selasa, 6 pagi : Bermakna hari ni hari kokokurikulum....anak pengakap...selalu dia main tibai je seluar sekolah kaler hijau...tup meletup pagi tadi dia kata kena pakai seluar kaler biru atau hitam...ko ghaser berhangin ke sepoi-sepoi je dgr dia kata gitu? huhu...hai anak...mana ibunya ni nak cekau seluar slack kaler gitu di waktu awal-awal pagi buta ni...ingat ibunya ni ada magic stick atau penyapu hajaib ke? maka apalagi...siaplah ibunya ni baca kitab ta de baris...hamek situ! Pling! Pling! the seluar blue kaler is olready to wear... mujur ada simpan seluar lama yg nak didonate pada yg sudi...mujur jgk dia muat cuma singkat sikitlah...ingatkan dah selesai...alih-alih dia tanya skarf pengakap yg dah berzaman dia tak pakai...apa lagi...makanya keluarlah jampi serapah pulak... Pling!pling! the sekaf olready depan bijik mata... dan mujur dalam kelam kibut nak g antar dia sekolah sebab dah agak lambat...daku boleh ingat simpan benda alah tu yang

GARIS PANDUAN UTK TUGASAN ANAK-ANAK

Don't underestimate your child independence can start early at home

TIP BERPAKAIAN UTK PEAR LADY

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ TIPS MENGALIHKAN TUMPUAN __________________________________________________________________________ T.SHIRT : GAYA SANTAI Ramai wanita yang beranggapan apabila memakai T-Shirt yang besar akan menutupi punggung yang besar atau ‘saddlebags’.  Namun T-shirt dengan kolar bulat dan menggelebeh akan membuatkan anda kelihatan lebih besar dan kurang menarik. Bagi mengimbangi bahagian punggung yang sedikit berisi ini, pemakaian t-shirt ‘slash neck’ iaitu dengan kolar yang lebar potongannya akan membuatkan bahu lebih terletak dan kelihatan tegap.  Satu ilusi keseimbangan bentuk badan akan terhasil dan membuatkan kelemahan ‘saddlebag’s ini ditutup serta merta.  Jangan lupa, pastikan labuh T’Shirt melepasi paras punggung. ________________________________________ YES! ____________________

JENIS KEMEJA LELAKI

Lipatan belakang pada kemeja (pleat), ada 3 jenis: Box pleat - sesuai untuk perut yang berisi (1 pack), Side pleats - sesuai untuk bahu bidang dan sasa, No pleats - sesuai untuk bentuk tubuh H (straight cut).

TURNING 41

JUMAAT  24HB JANUARI 22 Rabiulawal Happy Bestday to me! I am proudly announce that I am turning to 41 berkuat kuasa hari ini...^_^ Thanks Allah for the loves, happiness, healthy, kindness... and for everythings that YOU gave to me...  Thanks for the lovely wishes and doa may Allah bless you all too...  huhu sebak...almaklum...semetif dahh... emak... your lovely daughter is getting more older...ouch! Terspeaking london plk... ermmm ..FYI...i'm cucu mat salih...kan mak kan... your father's name is Mat salih...tan..tan..tan... hikhikhik :P

NOMBOR EKOR

ko hada? daku mmg ta de...^_^ kalau daku hada..kompom ku merempit dgn 'ego'nya...vavava Lama dah citer ni...puluh belas tahun rasanya...almaklum bila dah banyak umur ni...tetiba memori lama terimbau semula.... Satu malam tu ada mimpi kete mewah...kaler merah lagi... ta tau sapa bawak tengok-tengok dia terjunam dalam air yang jernih...jelas dengan nombor platya sekali...kata pakar, selepas 5 minit bangun tido kite akan lupa 50 peratus tentang mimpi kite...tapi yg ni daku ingat lagi kete tu memang kaler merah...air dan suasana keliling tu tak ingat ada kaler ke tidak...tapi tang nombor plat tu...kalau ditanya diketika ini memang dah lupa sangat dah... So pagi tu kat tempat keje...sajelah citer-citer buat lawak pasal mimpi kete tu...tak disangka...ada org amik seyes tentang nombor tu...jadi dia g belilah...dan binggooo!! first prize katanya!! Tapi...tapii...tapiii.... Malang sungguhlah orang tu dan beruntungnyalah diriku...aisshh...daku tak de beli hokayyy....orang t

SWEDEN LET THEM GO!

ANTARA HAK ASASI, AJARAN AGAMA DAN PERTEMBUNGAN 'BUDAYA' Atas nama pelindungan hak asasi manusia, pasangan suami isteri, Azizul Raheem Awalludin, pegawai Pelancongan Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Norshal seorang guru yg mengambil cuti tanpa gaji utk mengikut suaminya, ditahan oleh pihak berkuasa Sweden atas kesalahan 'memukul' anak mereka kerana tidak solat. Anehnya, suami yg sedang bekerja di pejabat juga ditahan ketika isterinya didakwa 'memukul'. Mereka juga langsung tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anak dan tidak dibenarkan sesiapa juga berjumpa dengan mereka. Anak-anak mereka telah diserahkan sementara kepada keluarga angkat yg bukan beragama islam. Untuk pengetahuan, Sweden pernah mempunyai undang-undang yang bukan saja membenarkan anak dipukul tetapi isteri juga dipukul. Pada 1920 an, satu undang-undang dikenali sebagai 'Husaga' di negara itu membenarkan ketua keluarga memukul isteri, anak dan orang gaji mereka. Se

FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR

Tahukah anda? Semasa tidur, otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki & mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Masa tidur bergantung pd umur, kira-kira 16 jam utk bayi, 10 jam utk 3 tahun hingga 18 tahun, 8 jam utk 19 tahun  hingga 55 tahun, 6 jam sahaja bg golongan berusia lebih 55 tahun. Tubuh manusia lebih sesuai tidur 4 jam dua kali sehari berbanding tidur berterusan 8 jam. Jika manusia tidak tidur empat hari, dia akan mula berhalusinasi, Mamalia yg paling lama tidur ialah koala (22 jam), kelawar (19 jam), tenggiling (18 jam). Mamalia yg tidur paling sekejap ialah zirafah (2 jam), rusa (3 jam), gajah asia (3 jam lebih sikit) Biasanya kita bermimpi tentang seseorang yg kita pernah lihat, tidak kira samada kita masih mengingatinya atau tidak. Sebanyak 12 peratus dari mimpi kita selalunya dlm hitam putih. Peratusan ini sgt tinggi suatu ketika dulu sebelum tv berwarna dicipta. Kesimpulannya  tv juga boleh mempengaruhi mimpi anda. Parasomnia atau "tidur ber

RAHSIA ERAT KASIH SAYANG

Kata pakar & kata hati wanita : 1. Wanita mengharapkan cinta Sikap semulajadi wanita sentiasa ingin dimanja, dikasihi dan dibelai. Luah dan ungkapkan kata cinta supaya mereka rasa dikasihi. 2. Isteri juga tahu bosan Cuba bantu isteri buat kerja rumah dan beri peluang mereka membuat aktiviti sendiri. 3. Bawa keluar jalan-jalan Cuba luangkan masa. Bawa mereka bersiar-siar.  Sesekali selepas abis waktu bekerja bawa mereka bersiar-siar  di waktu petang. 4. Wanita sukakan pujian Puji masakan atau pakaian dan tindakannya utk memberi keyakinan serta  rasa dihargai. 5. Cemburu sifat wanita Jangan bandingkan dgn wanita lain kerana mereka mudah tersentuh dan tercabar.  Hargai dirinya. 6. Bimbing isteri jadi muslimah Lakukan bersama-sama untuk mencapai kehidupan lebih bermakna. 7. Jangan buat wanita membebel Wanita suka membebel kerana mereka cepat risau dan banyak berfikir dalam satu tempoh.  Cuba tenangkan fikiran dan fahami apa yg di

ISU SUAMI ISTERI

"Tangggungjawab mencari nafkah untuk keluarga terletak sepenuhnya atas bahu suami, dan isteri tidak diwajibkan mencari nafkah. Justeru, apabila isteri reda bekerja mencari nafkah bagi membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentu suami perlu bertolak ansur. " "Mustahil Allah dan malaikat akan melaknat isteri yang bekerja siang dan malam bagi membantu suami membina keluarga sempurna. Sebaliknya, suami yang gagal meringankan kerja isteri sepatutnya dihukum. Tambahan pula kerja rumah seperti memasak dan membasuh bukan tanggungjawab isteri, tetapi SUAMI! " - Ustaz Rohidzir Rais —

PERANCANGAN HARTA PUSAKA

Perancangan harta pusaka....penting ke?    tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia pada 31 Mac 2011. Mengikut kajian Amanah Raya Bhd (ARB), nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat yang kini dianggar mencecah RM42 bilion dan melibatkan kira-kira satu juta kes. Apabila berlaku kematian semua aktiviti berkaitan si mati akan terhenti. Semua aset, pegangan saham, akaun-akaun di bank akan dibekukan.  Proses utk mencairkan harta memakan jangkamasa yg panjang berkemungkinan sehingga 5 tahun atau lebih tanpa wasiat.  Sanggupkah kita membiarkan waris kita menanggung akibatnya. Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi : As-Salihin Trustee Berhad Johor Airudin Jamaludin 013 7445030 Mahfuza Mahzan 013 7447104 keratan akhbar 2011

MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1435H

Maulidur Rasul adalah hari kelahiran  Nabi Muhammad SAW  pada 12 Rabiulawal bersamaan 23 April 571 M Selawat dan salam ke atas baginda Allahumma Solli'ala Muhammad Wa'ala alihi Wasohbihi Wasalam

JENIS KASUT YG SESUAI

Selain resume yang baik, personaliti yang menarik & pakaian yang sesuai...pilihan bentuk kasut yang betul juga akan memberi persepsi yang baik  semasa datang untuk temuduga. Jangan pandang ringan & menganggapnya sesuatu yg remeh temeh. A - formal, untuk bentuk kaki yang kecil dibahagian jari kaki B - formal, untuk bentuk kaki yang lebar dibahagian jari kaki C - santai (tidak formal), tidak sesuai dibawa ke temuduga dan kerja.

AZAM DAN TAHUN BARU 2014

ini semua adalah impian & harapan kita semua semoga dipermudahkan & mendapat apa yg dihajati.. aamiin Selamat datang 2014 ini bermakna semakin menghampiri usia lebih tua azam? ke mana-mana nak bawak cermin muka... letak dalam handbeg...nak tampal kat cover hepon.. hihihi.. azam nak cermin-cermin diri sendiri lebih kerap... ^_^