Skip to main content

Posts

Showing posts with the label AGAMA

BELOM TENTU REZEKI ITU KITA YANG PUNYA

Sedikit peringatan utk bersama lebih-lebih lagi utk diri sendiri.. Bila kita dah usaha...jadi apa yang ada di depan mata itulah rezeki utk kita pada hari itu... andai lauk di curi dek kucing jangan dihamun jangan diherdik..  itu dah rezeki utk dia...diberi melalui kita.. lauk yg kurang...nasi yg hangit..yang ditatang tertumpah..  berlapang dada lah... kalau nak makan sedap...usahalah sendiri kalau nak banyak...pon berusahalah sendiri... andai pergi kenduri lauk dah abis..memang bukan rezeki kita aritu... sikit atau banyak bersyukurlah apa yg kita dapat... Selagi tak dapat disuap ke dalam mulut itu bermakna bukan rezeki kita kadang-kadang benda dah masuk dalam mulut pon belom tentu sampai ke perut Jom kita sentiasa berlapang dada kerana  Allah akan selalu menguji kesabaran & usaha-usaha hambaNYA

PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN

SOLAT SUNAT TERAWIH 8 RAKAAT & WITIR 3 RAKAAT 1. Buat 2 rakaat dahulu  Penentuan sesuatu surah selepas AlFatihah hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakaat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya. *Digalakkan utk berselawat sebelum menyambong solat semula* 2. Bangun semula utk sambung solat 2 rakaat lagi 3. Selesai semua terus baca doa di bawah ini: 4. selesai berdoa, bangun utk sambung solat tarawih berbaki 4 rakaat lagi (dilakukan sama seperti di atas, buat 2 rakaat + 2 rakaat) 5. Sudah selesai baca doa Terawih ini 6.  Selesai solat Terawih buat Solat sunat Witir 3 rakaat (mula-mula buat 2 rakaat dulu) Bacaan selepas Fatihah: Raka’at pertama: Surah Al-A’laa Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun (boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.) 7. bangun dan sambong semula solat witir 1 rakaat Selepas Al Fatihah, baca ...

9 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1.Berkata-kata dengan sengaja Kata-kata dimaksudkan selain daripada bacaan AlQuran, doa & zikir. Kata-kata dianggap yang membatalkan solat ialah kata-kata yg mengandungi dua huruf atau lebih walaupun tidak memberi apa-apa pengertian. Turut terbatal dgn satu huruf yg mempunyai makna. 2. Melakukan perbuatan yg banyak Dimaksudkan ialah pergerakan yg banyak dan berturut-turut selain drpd perbuatan solat kerana ia bertentangan dgn peraturan solat. Ukuran perbuatan banyak yg membatalkan solat ialah 3 kali pergerakan dan lebih. 3.Terkena najis pd pakaian atau badan Syarat sah solat ialah suci badan dan pakaian drpd najis. Apabila najis kena mana-mana bahagian pakaian atau badan orang bersolat, solatnya batal jika najis itu tidak dibuang dengan segera. Namun, jika terkena najis yg ditiup angin dan sebagainya serta dapat dibuangkan dengan segera kerana najis itu kering, solat berkenaan tidaklah batal. 4. Terbuka aurat Seseorang dengan sengaja membuka auratnya k...

PERTANYAAN YANG BUAT DAKU LOYA

Allah SWT berfirman, “ bagi Allah jualah hak milik segala yang ada  di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, dan mengurniakan anak- anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, atau Ia mengurniakankan kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa  yg dikehendakiNYA : mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”  (asy-Syura: 49-50). petua?..amalan?...teknik? kenalah usaha?...whatever lah...do i care? saya tetap bersyukur diberi peluang menjadi ibu kepada 3 orang anak lelaki.. sekian harap maklum

ISU SUAMI ISTERI

"Tangggungjawab mencari nafkah untuk keluarga terletak sepenuhnya atas bahu suami, dan isteri tidak diwajibkan mencari nafkah. Justeru, apabila isteri reda bekerja mencari nafkah bagi membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentu suami perlu bertolak ansur. " "Mustahil Allah dan malaikat akan melaknat isteri yang bekerja siang dan malam bagi membantu suami membina keluarga sempurna. Sebaliknya, suami yang gagal meringankan kerja isteri sepatutnya dihukum. Tambahan pula kerja rumah seperti memasak dan membasuh bukan tanggungjawab isteri, tetapi SUAMI! " - Ustaz Rohidzir Rais —

JEBAK AJARAN SESAT

Kita kadang-kadang tertanya...kenapa ada orang boleh terjebak dgn ajaran sesat..adakalanya mereka yg tergolong dalam golongan profesional & terpelajar pulak tu... Di sini daku nak kongsikan satu artikel berkenaan topik ni...daku amik yg penting-penting saje..panjang sesangat... Wujud kekosongan jiwa Apabila manusia terlalu fokus kpd kehidupan keduniaan & mengenepikan kehidupan rohaninya akan wujud kekosongan jiwa. Manusia terdiri drpd 3 unsur, jasmani, akal & roh. Setiap unsur ada makanannya. Roh makanannya ialah ibadat & Tuhan. Oleh itu kalau  hidup tidak ada ibadat, roh akan kelaparan. Jadi walau berjaya tetap merasa kosong tidak bermakna & hilang arah tuju. Akhirnya kita akan mencari agama. Individu jenis ini amat mudah terjerat kerana tiada asas agama yg cukup. Jalan pintas Sesetengah individu ingin mendekati agama tapi enggan belajar mengikut urutan & susulan ilmu. Terus melompat ke atas tanpa memahami ilmu asas seperti fardu ain, syariat, f...

SALAH SIAPA? DIA?

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yg termasyur bernama Syaqiq telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan itu. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya, "Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli atau penanam?" Kemudian Syaqiq meneruskan kata-katanya, "Adapun si penjual sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barang yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang baik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada PENCIPTA buah tembikai ini.  Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNYA. " Pernahkah peristiwa begini berlaku pada kita? Jawapannya sudah tentu bahkan ...

NAMA-NAMA BURUK YANG DILARANG

Di dalam perawatan Islam terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada anak-anak  kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya : 1. Balqis – ketua jin 2. Qistina/Kistina – penghulu jin 3. Najwa – bisikan 4. Zaqwan/Zaquan – anak jin 5. Haikal/Haiqal – tengkorak 6. Badrisha/Badlisha/Herisha Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya. Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda : A Abiqah - Hamba yang lari dari tuannya Abkam - Tidak celik, buta Afinah - Yang bodoh Amah - Hamba suruhan perempuan Asiah - Wanita yang derhaka Asyar - Paling jahat Asyirah - Yang tidak bersyukur atas nikm...

KUASA DOA

Assalam.... Mari kita mendoakan kebaikan untuk semua...samada untuk orang yang kita sayangi,  orang yang menyakitkan hati,  yang kita menyampah, orang yang kita benci... Orang yang mendoakan orang lain nescaya doanya itu dikembalikan kepadanya berkali ganda...kembalinya mungkin juga diwaktu yang tidak  dijangka... Jadi berdoalah yang baik-baik...agar ia kembali pada diri sendiri yang baik-baik belaka....

PERBAIKI CARA SOLAT KHAS UNTUK WANITA

Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik.   Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yang tak sempurna dan tak berkualiti.   Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yg Esa. 1. 2 perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat (sewaktu kita berdiri tegak) :         a. Minit pertama -              Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.             Kenangkan kembali dosa-dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tak               layak untuk diberi peluang menghadap Yg Esa. Pendek kata, kesali diri sendiri dan               insaflah.         b. Minit kedua -            ...

USIA 40 TAHUN

Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun,   Allah memberi perhatian khusus tentang angka 40 ini:  “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah  mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan  menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh  menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu/berserah diri).”-  (Al-Ahqaf [ 46 ] : 15) Ayat ini menyatakan umur 4...

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

BACA....HAYATI...FAHAMI... & SEMATKAN DALAM HATI SERTA INGATAN

5 KESALAHAN DALAM RUKUN QAULI SOLAT

SILA AMIK PERHATIAN YG SERIUS!

PENTINGNYA BERTERIMA KASIH

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud: "Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah." (Riwayat al-Tirmizi)