Kita kadang-kadang tertanya...kenapa ada orang boleh terjebak dgn ajaran sesat..adakalanya mereka yg tergolong dalam golongan profesional & terpelajar pulak tu...
Di sini daku nak kongsikan satu artikel berkenaan topik ni...daku amik yg penting-penting saje..panjang sesangat...
Rasulullah SAW bersabda;
'Kalau ada benih dalam tangan kamu, hendaklah kamu tanam walaupun esok dunia akan kiamat'.
Sumber : Ahmad El-Muhammady Harian Metro 29 Nov 2013.
Di sini daku nak kongsikan satu artikel berkenaan topik ni...daku amik yg penting-penting saje..panjang sesangat...
Wujud kekosongan jiwa
Apabila manusia terlalu fokus kpd kehidupan keduniaan & mengenepikan kehidupan rohaninya akan wujud kekosongan jiwa. Manusia terdiri drpd 3 unsur, jasmani, akal & roh. Setiap unsur ada makanannya. Roh makanannya ialah ibadat & Tuhan. Oleh itu kalau hidup tidak ada ibadat, roh akan kelaparan. Jadi walau berjaya tetap merasa kosong tidak bermakna & hilang arah tuju. Akhirnya kita akan mencari agama. Individu jenis ini amat mudah terjerat kerana tiada asas agama yg cukup.
Jalan pintas
Sesetengah individu ingin mendekati agama tapi enggan belajar mengikut urutan & susulan ilmu. Terus melompat ke atas tanpa memahami ilmu asas seperti fardu ain, syariat, fiqh & tasawuf secara berperingkat. Apatah lagi kalau ajaran itu selari dengan tuntutan nafsu seperti tidak perlu solat, puasa, zakat, nikah mutaah dan sebagainya.
Tebus dosa silam
Apabila tersedar, dia ingin mencari agama utk menebus dosa lampau & memperbaiki kesilapan. Niatnya sangat baik malangnya jika tidak berhati-hati, amat mudah terpikat dengan tawaran dibuat oleh ajaran sesat.
Lari daripada kehidupan dunia
Terdapat juga fahaman yg percaya dunia sudah hampir kiamat, maka kita perlu bertaubat & meninggalkan keseronokkan dunia & menghabiskan hidup dgn beribadat. Fahaman ini juga amat berbahaya. Sebenarnya ini adalah fahaman yg dibawa oleh David Koresh, Ashoko Asahara & Jim Jones.Rasulullah SAW bersabda;
'Kalau ada benih dalam tangan kamu, hendaklah kamu tanam walaupun esok dunia akan kiamat'.
Kejahilan mengenai ilmu agama
Tidak mempunyai asas akidah, fiqh dan tasawuf yang cukup untuk menjadi pendinding dan penimbang terhadap fahaman yang baru ditemui. Akibat kekurangan ilmu ini, ditambah berjumpa dgn guru yg salah, amat mudah mereka terjebak secara sedar atau tidak.Sumber : Ahmad El-Muhammady Harian Metro 29 Nov 2013.
Kalau tak silap, mereka yang terjebak tu terdiri dari mereka-mereka yang semasa sekolah dulu sukatan pelajaran agama sudah ditingkatkan. Jadi samada mereka degil tak mau concentrate masa kelas agama atau syllabus agama masih banyak yang kurang isinya atau penyampaiannya.
ReplyDeletemungkin ada kebenarannya en Mael..taksub dengan perubahan diri atau taksub dgn diri sendiri pon berkemungkinan juga...mudah2an kita semua tidak dibolak balikkan hati...
ReplyDelete