Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

RAWATAN UTK DEMAM DENGGI

Natural treatment for dengue fever. 1) Add half Lemon juice in 1 glass pure fresh apple juice and drink it 2-3 times daily. One of the best natural tip to treat dengue fever.  2) Compress the juice of Papaya fresh leaves and take 2 tablespoons daily 1-2 times during the day. Never boil and cook leaves to get the juice. 3) Daily drinking Grapefruit juice 2-3 times is also beneficial for dengue fever. 4) Try to drink Orange, Lemon and Lime juice 2-3 times during the day much as you can. Orange juice is the best for dengue recovery. 5) Use of Lemon grass boiled water with honey is very good for dengue patients. 6) Use of Onion soaked in vinegar with your every meal as salad is very much effective to cure dengue fever after effects. Use of onion soaked in vinegar in dengue fever season is best to cure from dengue mosquito bites. 7) Black Grapes, Tomatoes, Pomegranate, Cherries and Watermelon juices have strong antioxidant properties to increase the platelet level. These j

SETAHUN BERLALU

Alhamdulillah... semalam 29hb Disember genaplah setahun umur blog daku ni...setakat entry ni ditype sudah ada sebanyak 24701 yg mem'view'... terima kasih banyak-banyak nak ucapkan pada yang sudi singgah... terima kasih sekali lagi....

PERSONALITI MELALUI GINCU BIBIR

Dikatakan personaliti seorang wanita dapat dibaca melalui bentuk gincu bibir yang dipakainya. Ini bukannya kebetulan tetapi tanpa sedar anda memilihnya lebih kerap berbanding bentuk lain. Itulah yang menggambarkan karekter diri anda sendiri. Yang mana satukah bentuk gincu bibir anda?  sharp angled is mine! no matter how hard I try to get it to other shape, it will end up sharp.  oh yeay....

TEKNIK FISIOTERAPI UTK KELUARKAN KAHAK PADA KANAK- KANAK

* Sedikit kekesalan...daku lupalah nk copy link info ni....daku amik dari blog "mat salih"...nak carik kat history dah tade... :( Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah.    Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.  Teknik tepukan percussion.  1. Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut        dan bantal itu tidak terlalu tebal. 2. Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah      dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.  3. Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan        kekuatan dari pergelangan   tangan untuk menepuk perlahan di belakang        baby.  4.Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby    pula.  Sebelum memulakan tek

DAUN KUCAI UTK TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Daku dapat informasi ni dari tenet...korang type je banyaklah yg share cerita pasal kucai ni... Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.  Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. Daun kucai juga mengandungi vitamin-vitamin yg sangat tinggi dan berfungsi utk menambah selera makan.  Caranya : - Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih. - Patah-patahkan - Tuang air suam 1/2 baldi kecik saja, rendam kucai - Mandikan anak macam biasa, pastu baru mandikan ank dengan air yg   dire

KITA POSITIF ATAU NEGATIF?

Adakah kita ni jenis orang yang positif atau negatif? Jika anda  seorang yang SELALU komplen, bermakna anda adalah orang yang negatif. Dan, jika anda jenis yang SUKA memberi alasan, itu juga adalah orang yang negatif. Perhatikan dengan jujur kehidupan anda. Jika kerjaya, bisnes, kewangan, kesihatan dan perhubungan anda dengan suami/isteri, anak-anak, ibu bapa anda dan orang yang berada disekeliling anda adalah dalam keadaan yang baik, bermakna anda adalah orang yang positif. Kalau sekarang ni anda sedang tertekan dengan segala macam masalah, anda adalah di kalangan orang yang negatif sebenarnya. Agak-agak nak akuinya tak....atau kita tetap nak bagi alasan atas semua masalah yang menimpa? Kalau kita dah boleh mengaku dan nampak yang kita sebenarnya ada sifat yang negatif dalam diri kita, insyaallah kita akan nampak banyak jalan penyelesaiannya. Selagi kita tak boleh nak mengaku keburukan, sifat negatif dalam diri, selagi itulah kita akan sentiasa terperangkap di dalamn

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan bahan kena mar

SOMBONG SANGAT!

Ada satu hamba Allah ni...sombong lah sangat...sepanjang hidup tak pernah  nak solat...baik di rumah...apatah lagi di masjid... Satu hari tu...tau-tau dia sampai kat masjid... masuk je... terus ambil tempat depan sekali... dahlah gitu...depan imam pulak tu... kalau berdiri tak apa...ini dah terbaring!

PETUA UTK SEDAPKAN MASAKAN KARI

utk kari ikan : 1. minyak menumis kena betul-betul panas 2. tumis bawang hiris sampai layu saja 3. tumis rempah kari hingga betul-betul garing, guna api kecik je 4. Dalam halba campur ada macam-macam khazanah dalamnya kan, ada biji sawi, halba, jintan halus, jintan kasar. - jintan kasar jangan guna. 3. campurkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk selepas rempah kari dah betul-betul garing. (anggaran utk 1 kg ikan punye masak lah) 4. kuah dah betul-betul gelegak baru masukkan ikan, api kena kuatkan, bila ikan dah masak  baru kecikkan api semula. utk kari ayam/daging : 1. Rempah kari tak perlu dibancuh, lepas dh tumis bawang semua tu masukkan dan kacau segera, pastu bubuh sikit air je utk rempah cair sikit, kacau lagi, kalau kering lagi buh lagi sikit air, ulang sampai terbit minyak dan cukup masak tapi, jangan sampai hangus, api kena kecik takut hangus 2. Bila dah terbit minyak baru masukkan ayam/daging masak sampai kecut, baru boleh tam

RESEPI : PATIN SINGGANG PEDAS

nampak tak tu..minyak semulajadi.. kompom kalau amalkan selalu korang awet muda... sebab itu ikan tak pernah nampak tua kan...sama je.. 1 ikan patin 3 bawang merah 1 bawang putih 3 lada merah 5 cili padi merah 1/2 in kunyit 1/2 in halia 1/2 in lengkuas sedikit belacan *blend semua*  asam keping garam gula daun kesum -rebus semua bahan-bahan blend kecuali ikan -rebus sampai didih -dah betul-betul didih baru masukkan ikan (api kena kuat..kalau boleh tutup periuk tu supaya kuah tetap mengelegak... kalau tak kuah akan berbau hamis ikan) masukkan garam, gula, daun kesum *nak sedap lagi buh kiub/serbuk pati ikan bilis

10 TIPS BERGUNA DARI CHILD PSYCHIATRIST

Terjumpa satu info yg sangat berguna..daku copy paste sedikit infonya, sila baca sampai habis ke bawah...hokay...maceehhh... 1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan      plastesin.     2. Don't expose to too much things in a box.- TV ipad, phone,tablet 3. Stimulate their imitation skills. 4. Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc. 5. Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence. 6. Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss. 7. Bila anak buat salah. Explain instead of marah. 8. Overly-attached to one person is not a good sign. 9. Bila bermain, follow his interest.  10.Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak. PENTING : Lepas dah baca 10 perkara kat atas tu...dinasihatkan para ibu bapa sekalian...sila   klik blog bawah ni, daku amik info atas tu dari situ...perkongsian yang sangat-sangat berguna... kenapa dan mengapa...ada sesuatu cerit

GAYA UMUR 40-AN

gambar hiasan saje... Apabila dah mencapai umur 40-an, tak de lagi dah istilah must do atau must wear, dan tak perlu terlalu mengikut aliran fesyen.  Yang perlu diketahui adalah bentuk badan sekarang & bagaiman rupa bila mengenakan itu dan ini. Penampilan perlu yakin dan lebih tertib dengan ambil kira budaya dan elak pandangan negatif masyarakat. Bergaya ringkas adalah paling sofistikated. Bagaimanapun, wanita berusia begini masih bebas mencuba gaya TETAPI ada batasan perlu dijadikan panduan. Baju sendat Perlulah dielakkan sama sekali. Lebihan isi yg terbentuk apabila semakin meningkat usia akan lebih jelas kelihatan. Hanya satu pengecualian - gaun petang atau gaun koktel Seluar kulit sendat dan skirt pendek Ia amat tidak sesuai kerana akan menyerlahkan bahagian tubuh yg semakin dimamah usia. HANYA mereka yang berkaki lurus ramping tanpa ada lebihan lemak saja yang cantik menggayakannya. Baju berlapis Hanya kerana tidak sopan berbaju sendat, ia tidak bermakna

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.  Penceramah: Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda. Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.  Penceramah: Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.  Penceramah: Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut... Penceramah : Hapus 2 nama lagi...  Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.  Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.  Tiba-tiba penceramah berkata: Silakan padam 1 nama lagi! Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya. Penceramah : Silakan pilih 1 nama lagi! Lelaki tersebut menjadi bingung.

KERANA MULUT BADAN BINASA

Rakyat kita dipenjara hina bendera Indonesia Jakarta: Seorang rakyat Malaysia dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Daerah Dumai semalam selepas didapati bersalah menghina bendera Indonesia. Panel hakim mendapati Broderick 'Achin' Chin Teck Fui bersalah melanggar Perkara 154 Kanun Jenayah kerana menghina atau menunjukkan permusuhan atau kebencian terhadap kerajaan Indonesia. Achin, pengurus operasi PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia, juga didapati bersalah melanggar Perkara 66 Undang-undang No. 24/2009 terhadap bendera negara, bahasa, lambang dan lagu kebangsaan, lapor akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Post semalam.  Kejadian berkenaan berlaku pada 16 Ogos lalu apabila kakitangan syarikat itu menyediakan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Achin bertanya kepada orang bawahannya sama ada mereka mempunyai bendera baru. “Jika kamu tidak mempunyai bendera baru, gunakan saja seluar dalam putih saya. Untuk merah,

KEBAIKAN PISANG

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa & glukosa yg digabung dengan gentian. Pisang memberikan tenaga dengan kadar segera dan berterusan. Kajian menunjukkan 2 biji pisang mempunyai tenaga utk senaman selama 90 minit. Pisang juga amat sesuai utk mencegah & merawat beberapa penyakit. Tekanan / stress Pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yg bertukar kepada serotonin dlm tubuh manusia, yg menyebabkan seseorang berasa tenang. Neutralkan paras gula Mengandungi Vitamin B6 yg mampu meneutralkan paras glukosa dlm darah. Anemia Mengandungi zat besi yg tinggi, mampu mengawal hemoglobin dalam darah. Tekanan Darah Tinggi Mengandungi kadar Potassium yg tinggi, garam rendah, menjadikannya sempurna utk menstabilkan tekanan darah. Penghadaman Mempunyai gentian tinggi sesuai utk diet seharian yg membantu menstabilkan tindakan usus kecil & besar. Keletihan Salah satu cara terbaik utk menghilangkan keletihhan dgn membu

RESEPI : ROTI GEBU

*adunan boleh dapat 2 loyang/14 biji* 5 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula 1 sudu kecil garam 2 sudu besar marjerin sepaket mauripan (11gm) 2 telur 1 cawan air suam 2 sudu besar tepung susu - tepung+susu tepung+gula+garam+marjerin gaul rata sehingga peroi - buat lubang kat tengah-tengah - masukkan yis dan air suam sikit-sikit sambil masukkan telur (saya buat yis dibancuh dgn air suam tambah gula sikit, pastu biarkan kembang berbuih) - uli 10-15 min tambahkan sikit tepung/air suam jika perlu -doh dibentuk bulat & sapukan sedikit minyak pada bahagian luarnya - ketepikan lebih kurang 1 jam - tumbuk doh utk keluarkan angin - bulat-bulatkan mcm bola golf - susun dalam loyang yg dah disapu sedikit minyak - ketepikan lagi 1/2 jam -panaskan oven 170`c - sapu atas roti dgn telur yg dah dipukul dgn sedikit air -tabur bijan/kismis - bakar 15-20 min atau warna keemasan - keluarkan dari oven dan sapu marjerin atasnya semasa panas

PEMASANGAN AUTO BREAK TIDAK DIBENARKAN

(alamak aiii...tak snap gambo betul-betul!!) pembetulannya : MERUJUK PERKARA DI ATAS, KAMI INGIN MENEGASKAN BAHAWA PUSAT SERVIS KAMI TIDAK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN "PEMASANGAN AUTO LOCK" 3 hari lepas pergi pusat servis Perodua...ternampak notis ni.... alamak aii lagi...lupa nak tanya dorang kenapa...carik jugak maklumat dengan pak cik Google ni...dia tak tahu...makanya daku pon tak tahu lah...rasanya sebab banyak kes budak terkunci dalam kenderaan kot...atau atas sebab keselamatan lain agaknya...ntah... Kereta daku yang comei ni masa beli dulu tu memang dah tersedia ada auto lock ni...tanya kawan yang baru beli Alza...tak ada katanya...kereta comei dia yang lama ada... Bagi daku selamatlah sebab bawak budak kecik...dan dakukan perempuan...masuk kerete...start enjin dulu... tekan break sikit...'tap' automatik terkunci semua pintu...jadi bolehlah daku betul-betulkan tudung dulu...lap-lap peluh...pakai gencu...uruskan anak...(anak kendian ko...hihii)...pakai s

JEBAK AJARAN SESAT

Kita kadang-kadang tertanya...kenapa ada orang boleh terjebak dgn ajaran sesat..adakalanya mereka yg tergolong dalam golongan profesional & terpelajar pulak tu... Di sini daku nak kongsikan satu artikel berkenaan topik ni...daku amik yg penting-penting saje..panjang sesangat... Wujud kekosongan jiwa Apabila manusia terlalu fokus kpd kehidupan keduniaan & mengenepikan kehidupan rohaninya akan wujud kekosongan jiwa. Manusia terdiri drpd 3 unsur, jasmani, akal & roh. Setiap unsur ada makanannya. Roh makanannya ialah ibadat & Tuhan. Oleh itu kalau  hidup tidak ada ibadat, roh akan kelaparan. Jadi walau berjaya tetap merasa kosong tidak bermakna & hilang arah tuju. Akhirnya kita akan mencari agama. Individu jenis ini amat mudah terjerat kerana tiada asas agama yg cukup. Jalan pintas Sesetengah individu ingin mendekati agama tapi enggan belajar mengikut urutan & susulan ilmu. Terus melompat ke atas tanpa memahami ilmu asas seperti fardu ain, syariat, fiqh