Skip to main content

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 

Penceramah: Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda.

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

Penceramah: Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

Penceramah: Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut...

Penceramah : Hapus 2 nama lagi... 

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. 

Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba penceramah berkata: Silakan padam 1 nama lagi!

Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

Penceramah : Silakan pilih 1 nama lagi!

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?" 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 

Lalu lelaki itu menjawab: 

”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. 

Sayangi & hargai keujudan isteri. 




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...