Jika tersalah memilih warna akan menyebabkan kulit kelihatan kusam. Nampak kelihatan lebih tua daripada usia yg sebenar. Menyebabkan kelihatan berisi & besar berbanding biasa. Menyerlahkan warna gigi yg mungkin kekuningan. Kulit putih kulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun, tiada masalah dengan warna-warna yang lain. Kulit kuning langsat Disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat. Kulit sawo matang Sesuai dengan warna-warna lembut, namun boleh juga mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon. Kulit gelap eksotik Serlahkan gaya dengan warna tanah yang lembut. Boleh juga mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya. Selamat bereksperimentasi dgn warna!