Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

UBAT BATUK SEMULAJADI

Elakkan pengambilan madu/delima jika demam atau batuk disebabkan panas badan. Kerana madu/delima bersifat panas. Mengenal batuk kahak  Kahak jernih = badan sejuk  Dirawat dengan madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas. Kahak pekat/kuning/hijau = badan panas Dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk. Penambahan: Jus delima (buang kulit, blend dan tapis ) boleh dicampur dgn air suam , minum untuk hilangkan kahak (umur 7-10bulan). Bayi di bawah umur satu tahun tidak sesuai diberikan madu. Bagi sesiapa yang mahu melakukan amalan bertahnik, tidak menjadi masalah, kerana bertahnik cuma mencalitkan sedikit madu pada lidah anak, bukan beri makan atau minum hingga sesudu madu. Kenapa tidak selamat? Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang boleh menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Spora ini sangat sukar dibunuh juga ianya tahan panas walaupun dididihk

1 AKAL ATAU 9 AKAL?

Daku tak faham dengan sesetengah lelaki...dok pakat gelak dan ada yang sampai  menghina kami...megah sangat dengan kelebihan yang dorang miliki...tanpa sedar sebenarnya dorang ni mentertawakan diri sendiri... kasihan...kasihann... Oohhh...apalah yang  daku membebel ni...tak de apa cuma nak berkongsi... yang dorang dok pakat gelak bila dikata perempuan punya 1 AKAL 9 NAFSU...maka bersorak sakanlah sesetengah dorang ni...kembang tak kempis-kempis hidung bila dirinya dikata ada 9 AKAL 1 NAFSU... Pada yang berkenaan.... 1 AKAL kami ini sudah memadai utk kami mengawal 9 nafsu kami... 1 AKAL kami ini sudah cukup kuat utk kami memantau 9 nafsu kami... Berbanding kamu perlu ada 9 akal utk mengawal hanya 1 nafsu yg kamu miliki... Jadi disini siapa yg hebat? siapa disini yg cerdik? siapa disini yg cekap? Pernah dengar tak mak nenek makan anak? pernah tak? Dalam dunia ni siapa yg paling byk buat onar dan kemusnahan? Siapakah tokeh balak? ketua gengster? along? rempit? peragut? per

AKU TIDAK BERSALAH

Yakinilah bahawa kita tidak pernah bersalah dalam hidup. Semasa kecil, kita selalu terjatuh ketika belajar berjalan, itu bukan salah kita tetapi salah ibubapa yang meminta kita belajar berjalan. Sewaktu di sekolah kita ditangkap kerana ponteng sekolah. Kita tidak bersalah kerana rakan kita yang memujuk kita untuk ponteng sekolah. Bila masuk ke tempat haram. Kita tidak bersalah kerana premis-premis demikian sudah sedia ada. Masuk ke universiti, pointer kita sering kurang memuaskan. Ini juga bukan salah kita, sebaliknya ini salah kerajaan kerana pendidikan tinggi tidak diberi percuma menyebabkan kita sibuk berdemo untuk menuntut 'hak' kita. Apabila bekerja, kita gagal mendapat pekerjaaan yang baik dan pendapatan yang selesa, ini juga salah kerajaan kerana tidak menyeragamkan gaji dan mengenakan syarat kelulusan minimum bagi mendapatkan pekerjaan. Sedarlah...kita tidak pernah bersalah dalam hidup! Bangau oh bangau kenapa engkau kurus? macamana aku tak kurus,

RESEPI : MEE KARI

Bahan kisar : 8 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 10 cili kering 1 cawan udang kering (kisar asing) Bahan dititik: 2 in halia 2 in lengkuas 2 btg serai Bahan lain : mee kuning 1/2 kg daging dihiris nipis 10 ekor udang isi kerang fishball/fish cake tauhu sponge 1 cawan rempah kari daging 1 mangkuk santan pekat 3 asam keping garam gula Bahan sampingan : timun dihiris nipis taugeh telur rebus daun sup/bawang dihiris halus limau kasturi bawang goreng Lada jeruk Cara-cara : Tumiskan bahan kisar hingga wangi masukkan udang kering masukkan bahan yg dititik masukkan rempah kari yg dibancuh dengan sedikit air masak hingga pecah minyak masukkan daging hiris masak hingga empuk masukkan air (lebihkan jika nak kuah lebih) biar sampai didih masukkan isi kerang masukkan santan, asam keping last sekali masukkan udang, fishball,tauhu sponge perasa gula & garam Lada Jeruk pilih lada yg sega

NAIK! NAIK! NAIK!

Sikit sikit sudah ler....yang dok g buang masa mengeluh atau mencarut buat apa....apapontakbolehblah....buat macam tu dapat ke menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barang yang sedang melanda Malaysia saja  ? Silalah fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah dunia harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah dunia kos sara hidup akan menurun, itulah  sistem ekonomi yang telah wujud. Apakah dengan mencarut berbakul-bakul dapat mengubah sistem ekonomi dunia? Nape benda-benda ni buat macam hidup dah musnah... cut off je la mana-mana yg kurang perlu tu...yang disuruh cut off tu bukan bermaksud jangan makan gula...jangan makan ayam...jangan makan tepung....jangan bawak kereta...jangan itu...jangan ini....tak kanlah hal ekonomi yg bukan dalam bidang, yg ada ilmunya pon sikit pandai bercakap...pandai beri buah fikiran...pandai itu memandai ini....fikirlah sendiri...jadilah orang yang bijak bertindak...bukan bijak bercakap....tak de

BILA SUAMI SUKA MEMBANDING

Bila si Suami suka membanding-bandingkan isteri dgn perempuan simpanan... Si Suami : Ustaz..ppuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya...tapi isteri                 saya gemuk.. Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke?            tentu tak kan? sebab dia lebih sayangkan bentuk tubuhnya dari kamu.            Isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya utk  kamu             kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk  tubuh badannya. Si Suami : Tapi ustaz..ppuan simpanan saya lebih manja dan lemah lembut..                isteri saya jarang ada masa utk saya dan ada kalanya garang.. Ustaz : Perempuan simpanan kamu tak ada tanggungjawab utk dipikul            tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan            minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak             gembira bila bersama kamu. Tapi isteri kamu memikul semua beban             masalah kamu, masanya terpaksa dibahagi-bahagi antar

KISAH SEBIJI BURGER

Alkisah sebiji burger… Malam itu, Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.  Tiada syiling pun untuk menelefon rumah atau sesiapa untuk meminta pertolongan. Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Fidah tiba di satu gerai burger, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah. Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit. Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya… “Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu. “Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Fidah dengan sipu-sipu. “Tak apa, pakcik belanja. Mari, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Fidah. Beberapa minit kemudian, Fidah mengalirkan air mata… “Mengapa dik?” tanya penjual burger. “Tiada apa. Cuma terharu de

TIPS RAWATAN DEMAM PANAS

Sudah menjadi tabiat kebanyakan ibu-ibu termasuklah diriku ini...bila anak baru nak demam  terus berikan PCM dengan alasan takut melarat. Jadi, lama-kelamaan, sistem badan anak sudah jadi imun dan tidak lagi berupaya untuk melawan. Itu yang kekadang demam anak on off, lebih-lebih lagi waktu malam. Dan yang paling tidak bagus ubat SUPP (ubat demam masuk 'tut') dijadikan stok dan diberi pada anak supaya lekas sembuh.  Tahukah ibu sekalian, ubat demam dan SUPP (ubat demam masuk 'tut') lama kelamaan boleh merosakkan organ hati.  Sepatutnya kita fokus kepada usaha turunkan panas badan anak bukan dengan mencari jalan mudah bg ubat demam baiklah dia.  Demam bukan penyakit tetapi cara tubuh badan melawan utk membina sistem ketahanan. TIPS UMUM RAWATAN DEMAM PANAS : 1. Pastikan semak suhu sentiasa. Tidak boleh agak-agak. 2. Teknik Sponging/lap:     Kawal darjah kepanasan dengan sponging.      Letak tuala lembab dengan air biasa di kepala atau jerlum kepala d

MELATIH OTAK KANAN..

Yang menggunakan tangan kanan...dia banyak gunakan otak kiri...yg kidal banyak gunakan otak belah kanan... Otak kanan melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhannya dan lain -lain aktiviti yg seumpama dengannya. Otak kiri bertugas dlm mengingati ilmu, data dan fakta, menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisis, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri. Terlalu menggunakan otak kiri umpama melahirkan manusia robot, sedangkan dalam hidup manusia perlu banyak mencetuskan idea. 1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia dengan sepenuh  hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak  soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dan apa-apalah perkara yang baik dan positif.  Ramas-ramas jari atau tangan anak semasa an

PAKSA DIRI UNTUK IKHLAS

Macamana nak datangkan rasa ikhlas itu...kalau tak cuba pasti tak tahu boleh atau tidak kan... Cuba try acu Cuba kita maafkan orang lain dengan sepenuh hati...ikhlaskanlah...apa yg kita dapat jika tidak memaafkan orang lain...hepi?...puas hati? atau padan muka?...samada kita sedar atau tidak...ntah-ntah diri kita ada menyakitkan orang lain juga...ntah-ntah diri kita sendiri ada orang lain  yg memendam dendam...kita ingat kita ni baik dah...tak de buat aniaya kat orang...mari kita cuba dulu memaafkan perkara-perkara yang kecil apatah lagi yang remeh temeh...manalah tau satu hari nanti kita boleh memaafkan perkara-perkara yg besar... Paksa Paksa diri untuk beri...mungkin seminggu sekali...setiap kali solat jumaat kat masjid...masuk duit dalam tabung masjid... RM1 pun dah ok... Kalau nak nampak effectnya..bagi pada budak-budak..pasti dorang suka..atau beli sebungkus nasi lemak atau kuih seringgit bagi pada cleaner yang kita jumpa kat mana-mana..Orang macam ni, dorang akan

HIDUP UMPAMA SEBUAH TIN KOSONG

"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!" Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & isteri, kawan-kawan, business, orang tua kita, 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah kisah tin biskut dan dua cawan kopi. Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas. Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh. Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!” Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf. Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penu

SAMAN & GANTUNG LESEN

Sumber BH Jumaat 11 November 2013. Berkuat kuasa Januari tahun depan, pesalah yg disaman menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dikenakan mata demerit Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) selain boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM300 jika lewat membayar saman. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad, berkata, Jika mendapat 15 mata demerit dlm tempoh setahun, lesen memandu boleh digantung. Bagaimanapun, jika membayar saman dlm tempoh 3 bulan, mata demerit tidak akan dikenakan. Kompaun maksimum RM300 dikenakan jika membayar saman selepas tempoh 30 hari drpd tarikh notis dikeluarkan. Manakala yg membayar dalam tempoh 1- 14 hari hanya perlu membayar RM150 dan yg membayar dalam tempoh 15-30 hari sebanyak RM200. Kadar berkenaan hanya utk kesalahan memandu melebihi 1 kilometer hingga 40 kilometer sejam dari hadlaju yg ditetapkan & melanggar lampu isyarat merah. Bagi yg melebihi 40 kilometer sejam daripada hadlaju, kadar kompaun k

IKHLASKAH AKU?

Kenapa kita tak Ikhlas?...adakah sebab kita sendiri tak ikhlas menerima?.. yang akhirnya kita pon jadi tak ikhlas memberi?... Menerima Ikhlaskah kita menerima pemberian orang lain...adakah kita hargainya? senyuman...hadiah...atau adakah buruk sangka timbul?...  alamak... apalah niat dia senyum ni...ada udang disebalik batu ke bagi hadiah ni... Atau pernah tak cuba resepi yang orang bagi tapi tak jadi... Almaklum selalu buat menjadi belaka...tup-tup kali ni tak menjadi langsung...kenapa tak jadi?...cuba fikir balik...mungkinkah dari awal mind set kita tak bape nak baik...betul ke resepi tu...ikhlas ke ni...ntah-ntah ada yg disembunyikan tak...eh...ye la...kan dia buat meniaga...mana mungkin dia nak bagi resepi yang sebenar-benarnya...kenapa boleh timbul prasangka begitu?..  Adakah kita juga tak ikhlas dalam memberi sesuatu? Memberi Kita senyum dengan manisnya... tapi ikhlaskah senyuman itu?... atau senyuman yang diberikan hanya pada orang yang kenal sahaja... pada

TAK KAYA TAPI HATIKU SENANG?

Selalu orang akan kata.. tak kaya pon tak apa janji hati senang...ye..memang senang dikala tidak ditimpa apa-apa masalah yang besar...Dapat pegi umrah dan bawak anak-anak pegi melancong ok la tu...Tapi pernah tak bawak mak pak sedara atau adik beradik ke Mekah? Ibu bapa sendiri pun ada yang tak lepas...macamana nak bawak mereka...kan? atau bila mak pak sedara atau adik beradik tiba-tiba perlu duit sebab sakit...nak tengok gitu je ke? atau sekadar simpati? agak-agak hati tu rasa senang lagi ke tak dapat nak tolong dorang? lebih-lebih lagi orang yang disayangi? boleh senang hati lagi ke? atau tak kisah sebab itu semua tanggungjawab anak-anaknya sendiri atau tanggungjawab kerajaan?  macamana kalau tiba-tiba diri sendiri sakit... tak berupaya nak kerja, adakah hati yang senang dan tenang tadi tetap senang atau semakin kusut? DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA TETAPI  SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT

KEBENARAN ATAU KEDANGKALAN?