Skip to main content

IKHLASKAH AKU?



Kenapa kita tak Ikhlas?...adakah sebab kita sendiri tak ikhlas menerima?.. yang akhirnya kita pon jadi tak ikhlas memberi?...


Menerima

Ikhlaskah kita menerima pemberian orang lain...adakah kita hargainya? senyuman...hadiah...atau adakah buruk sangka timbul?... alamak... apalah niat dia senyum ni...ada udang disebalik batu ke bagi hadiah ni...

Atau pernah tak cuba resepi yang orang bagi tapi tak jadi...
Almaklum selalu buat menjadi belaka...tup-tup kali ni tak menjadi langsung...kenapa tak jadi?...cuba fikir balik...mungkinkah dari awal mind set kita tak bape nak baik...betul ke resepi tu...ikhlas ke ni...ntah-ntah ada yg disembunyikan tak...eh...ye la...kan dia buat meniaga...mana mungkin dia nak bagi resepi yang sebenar-benarnya...kenapa boleh timbul prasangka begitu?.. 
Adakah kita juga tak ikhlas dalam memberi sesuatu?


Memberi

Kita senyum dengan manisnya... tapi ikhlaskah senyuman itu?... atau senyuman yang diberikan hanya pada orang yang kenal sahaja... pada customer...sebab tak nak dia lari atau beli dengan orang lain... beri senyuman pada boss saja sebab dia yang bagi gaji... orang lain yang tak punya kepentingan atau tak ada kait mengait dengan hidup nak buat apa senyum? silap haribulan senyuman tak berbalas...ermmm hampeh...malaslah nak senyum kat dia lagi...buang karen! benarkah kita mengharap balasan dengan apa yg kita dah berikan?


Sedekah

Kita bising kanak-kanak datang beraya...ini nak raya ke nak duit? kang bagi lebih dia datang lagi siap bawak kawan-kawan...mulalah kita bersyarah... inilah buruknya bagi duit raya pada kanak-kanak...raya dijadikan bulan kutip duit...jadi kita sedekah hanya pada orang-orang yang kenal saja...pada anak-anak...mak bapak...jiran-jiran...kawan-kawan...tapi kalau orang yang tak kenal...macam tak ikhlas rasanya...lagi-lagilah pada orang yang mengutip derma di tengah jalan...yg kudung... yg tua...anak-anak yatim...dikata sindiket...derma bina masjid ntah dari pelusuk mana...tipu je lebih... kata kita lagi...kalau derma ni macam menggalakkan pula....dahlah tak cukup duit...nak derma lagi...karang mana aku nak cekau duit....oh itukan pemikiran bila tak de duit...tapi kalau ada duit...otomatik pemikiran itu akan bertukar...bagi sajalah...lantaklah deme nak menipu pon...bukan urusan kita...yg penting kita ikhlas...ye, jadi ikhlas sebab dlm poket byk duit... benarkah?


Kemaafan

Cuba fikir baik-baik...adakah kita ikhlas memaafkan seseorang?...sepenuh hati atau separuh hati?...lebih-lebih lagi kesalahan yg berat...berulang-ulang kali...boleh ikhlas ke nak maafkan...atau luaran saja...bila teringat...berapi-api balik dalam hati tu....jadi sakit hati bila terkenang....orang kata luka parutnya tetap kekal...ikhlaskah? atau perlukah hati bertukar menjadi batu?


Kenapa kita jadi tak ikhlas? 
Dari luaran nampak kita ni macam ada connection yg bagus dgn Allah tapi dalam hati kita tak yakin padaNYA.

Kenapa kita tak yakin?
Kerana tak peka dengan apa yang Allah dah bagi. 









Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara