Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

USIA 40 TAHUN

Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun,   Allah memberi perhatian khusus tentang angka 40 ini:  “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah  mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan  menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh  menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu/berserah diri).”-  (Al-Ahqaf [ 46 ] : 15) Ayat ini menyatakan umur 40, iaitu umur yang matang

RESEPI : STICKY WINGS

kalau kat kedai ada topi tu kurang ghasanya kan... makan pon tak puas... mari pakat buat sendiri...puas hati... 14 kepak ayam 4 sudu besar kicap pekat manis (kicap pekat biasa pon ok je) 2 sudu makan sos tiram 1 sudu kecik maggi seasoning 1 sudu besar sos ikan 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 6 sudu besar madu 1 sudu kecik blackpepper garam 2 in halia *ditumbuk 6 ulas bawang putih * ditumbuk 1 cawan air campurkan semua bahan kecuali air kacau rata campurkan pada kepak ayam perap lebih kurang 30 min (lebih lagi baik) panaskan sedikit minyak masukkan kepak ayam masak seketika masukkan 1 cawan air masak sehingga pekat (bila dh pekat kena kacau selalu) masak hingga sosnya melekat pada kepak ayam seolah-olah dibakar ok siapp!!!

MORALE OF THE STORY : MESYUARAT PIBG

~Morale of the story~ 1. Rajin-rajinlah datang mesyuarat PIBG sekolah anak-anak... 2. Masa mesyuarat bila cikgu beso cakap kat depan...silalah amik perhatian... jangan sibuk nak bersembang... karang tak tahu hujung pangkal... 3. Buku minit mesyuarat tu semak-semak le  (especially bagi kaum bapa yang selalu kirim si ibu hadir mesyuarat) 4. Apa saja isu  yang tak puas hati...bersuaralah kat situ... 5. dan apa-apa saja yang sama waktu dengannya hokayyyy....

NAK CANTIK TAPI BERKIRA

Nak isteri kekal cantik... kekal lawa...maintain gituuu janganlah berkira...hokayyyy.....^_^

NGIGAU DI SIANG HARI DI BULAN PUASA

Sedang tidur...tetiba terjaga...tengok-tengok...dah terang benderang...tengok jam pukul 8 pagi...alamak...terlambat lah...tapi terlambat nape ye...sahur?...dah sahur tadi...eh! anak aku nak g sekolahlah!!!...bangun berdezup lari ke bilik anak sbb nk kejutkan dia...ku terkejut sekali lagi...eh...mana anak aku...mana anak aku ni???..laaaa....bukan kah aku dah hantar dia g sekolah tadi...hahahaha.... itulah tak pernah-pernah sejak puasa balik lepas antar anak tidur...haa..amik kawww...mengigau....

MINUMAN PEMBUANG TOKSIN

Air masak yang di campur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum min um. Jom buat sendiri: 1) Teh hijau, pudina, limau nipis Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan 2) Strawberri, kiwi Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular, menyeimbangkan gula dalam darah 3) Timun, limau nipis, lemon Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan 4) Lemon, limau nipis, oren Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.

MIMPI NGERI DI BULAN RAMADHAN

Setiap kali bulan puasa...memang tak sah kalau tak bermimpi ngeri ni...adalah dalam 2 3 4 kali...memang ngeri betullah mimpi ni...punyalah kelibut dalam mimpi tu...sangat down je rasa...adakalanya sampai tersentak...mujurlah ianya hanya mimpi....tapi adakalanya memang jadi kenyataan... .T_T nanes tak berlagu dibuatnya...  ==========>>>>>>   MIMPI TERLAMBAT BANGUN SAHUR!! :P

TANDA SAKIT DI BADAN : TUBUH MEMBERI SIGNAL

Tahukah kita-kita semua...tanda-tanda sakit yang selalu kita alami ada berhubung kait dgn fungsi badan yg lain... Jom kita perhatikan tanda-tandanya: 1. Mata  (bertindak balas dgn hati) a. Mata menjadi merah   - hati mengandungi paras toksin yg tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dlm proses pembuangan toksin b. Mata menjadi kabur  - sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati berlaku c. Keluar tahi mata  - fungsi hati lemah, pembuangan toksin sdg berlaku. Ini juga menandakan badan mengandungi asid berlebihan d. Keluar air mata  - gangguan emosi yg bersangkut dgn hati atau bebanan kerja e. Ketegangan mata & kelopak  - t ekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 2. HIDUNG  (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong). a. Selesema  - proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

RESEPI : MURTABAK MINI PALING SIMPLE DALAM DUNIA

guna kulit popia je ni... Kuah bawang Inti : 100 g daging cincang * sebaiknya beli daging cincang timbang* 2 kentang potong dadu 1/2 bawang besar- dadu 1 bawang putih - dadu 1 1/2 sudu besar serbuk kari daging - dibancuh dgn sedikit air 2 biji telur daun sup kulit popia secukupnya cara-cara: tumis semua bawang hingga wangi masukkan rempah kari masak hingga pecah minyak masukkan daging cincang masak hingga masak masukkan kentang, garam, daun sup angkat masuk dlm mangkuk pukul telur masuk dlm daging tadi 1 sudu tepung gandum letak sikit je air utk dijadikan gam amik sekeping kulit popia masukkan inti daging tabur bawang cincang   * jika suka ler lipat & gam dgn tepung gandum tadi panaskan pan dgn sedikit minyak # buat terus diletakkan atas pan ye...jgn buat banyak-banyak sekaligus...karang pecah kulit popia tu...# KUAH BAWANG 1 bawang besar hiris nipis cuka, gula, air, pewarna merah *campur semua, edjaslah ra

SEMUANYA MENYESAL, TIADA YANG TIDAK MENYESAL

Sesuatu untuk kita renungkan bersama... Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan.  Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa. Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan. Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar. Sem

SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI

Saya nak berkongsi catatan dari buku Dr HM Tuah Iskandar 'Membina Hati Bahagia',  tentang seorang lelaki bernama suami  serta pandangan & pendapat beliau bersumberkan  d ari jiwa beliau sendiri sebagai seorang lelaki & suami.  Jika anda mulai berasa 'ada sesuatu yang hilang' dari hati suami & berasa suami  tidak menyayangi anda. Jangan melulu salahkan suami kerana mungkin juga andalah penyebabnya. 1. Ada suami yang gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh berkaitan dgn dirinya. Dia akan senang jika isterinya yang mencadangkan baju apa yang hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, memotong kukunya, dan sebagainya. Dari situ anda akan tahu apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Anda tidak tahu bagaimana ibunya melayaninya dahulu, anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima dari ibunya. 2.Kebanyakkan lelaki cukup cerewet dgn kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan

TEKNIK ELAK BEG KENA RAGUT

HAK ANDA UNTUK MEMAAFKAN ATAU TIDAK

Setelah seseorang melakukan kesalahan, kita berhak untuk memberinya kemaafan atau pun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya. Kita gembira dalam duka kerana mendapat pahala hasil perbuatannya terhadap kita...manakala dia pula memikul dosa-dosanya hingga hari kiamat...kerana kesalahan yang tidak selesai di dunia ini akan berlanjutan hingga ke akhirat...dihitung ditolak dibagi...akhirnya muflis... Bagaimana? adakah kita rasa lega? Memang tiada salahnya pendirian sebegini, sebab ia akan menjadi satu PENGAJARAN yang amat bagus kepada si pesalah tadi...serik...dan benar-benar menyesal... Tapi andainya andalah orang yang bersalah itu, bagaimana rasanya?anda bersungguh-sungguh meminta maaf tapi orang tidak maafkan... Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Seboleh mungkin janganlah melakukan kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hal-hal yang sangat besar kerana implikasinya juga sangat besar. Dan janganlah dijadikan perbuatan maaf itu sebagai

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

BACA....HAYATI...FAHAMI... & SEMATKAN DALAM HATI SERTA INGATAN

MANDI SONGSANG

ooppssss....oppssss...hep!!!...ni gambar bukan saya ye... incik google bagi... Mandi songsang? apakah itu? amalan songsang ke? hihihi... Selalu kalau mandi kebanyakkan orang bukak je shower...terus mandi kan..tak pon tadah air..guna gayung...terus ceburrr atas kepala..kan..kan...haa itu namanya mandi normal...yang songsang ni...terbaliklah...macam baby lahir songsang tu...faham tak??  Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki... basahkan lama-lama sikit pastu beransur-ansur basahkan bahagian atasnya pulak pastu atasnya lagi...atasnya lagi...dan akhirnya seluruh  badan... oopsss...kepala jangan dulu....sabar...sabar...mandi badan je dulu...pastu baru basahkan kepala sepuas-puasnya le...faham tak niii??... Nak tahu tak kenapa digalakkan mandi songsang ni...sebabnya mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.  Mandi biasa tu akan menyebabkan sistem saraf pendarahan otak akan

TOPENG APA YANG ANDA PAKAI

Setiap orang benci menyampah kalau tengok citer watak-watak jahat...watak watak curang...watak watak penggoda....watak watak zalim...watak watak busuk hati....penderhaka...pendek kata yang jahat & burok belaka dalam drama kan...macam nak sepak-sepak je...meluat..sakit hati...kan..kan... Dan kalaulah kita diberi peluang berlakon...agak-agaknya watak apa yang ingin kita lakonkan? mestinya nak watak hero kan..tak pon watak yang baik-baik belaka...tak seronoklah kalau bawak watak jahat... satu Malaysia tengok...mak ayah...saudara mara...kawan-kawan...malu...pelakon tu lainlah...itu dah memang kerja dorang... Tapi itulah rasa meluat menyampah benci cuma tengok dalam lakonan je...tapi realitinya ramai yang macam tu...melakukannya dengan bangga...anehkan dalam filem watak jahat yang dibenci tetapi dalam realiti watak jahat itulah yang menjadi identiti diri.

MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, gas ozon juga amat penting untuk tubuh badan. Kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi daripada waktu petang. Amalkanlah selalu mandi sebelum waktu subuh, ia bukan saja membersihkan badan malah memberikan kesegaran & manfaat untuk tubuh badan. Antara manfaatnya: 1. Kulit Lebih Halus & Lembut Bagi mengekalkan awet muda & menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan AIR SEJUK bukan menggunakan water heater. Kuku juga menjadi lebih sihat, kuat & tidak mudah retak. 2. Melancarkan Peredaran Darah Jika peredaran darah lancar maka tubuh badan akan menjadi lebih sihat & bertenaga. 3. Meningkatkan Kesuburan Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila anda mandi awal pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki & hormon estrogen pada wanita. 4. Mengurangkan Tekanan & Menjadi Tenang Air sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda y