Skip to main content

TANDA SAKIT DI BADAN : TUBUH MEMBERI SIGNAL


Tahukah kita-kita semua...tanda-tanda sakit yang selalu kita alami ada berhubung kait dgn fungsi badan yg lain...

Jom kita perhatikan tanda-tandanya:


1. Mata (bertindak balas dgn hati)

a. Mata menjadi merah  
- hati mengandungi paras toksin yg tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dlm proses pembuangan toksin

b. Mata menjadi kabur 
- sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati berlaku

c. Keluar tahi mata 
- fungsi hati lemah, pembuangan toksin sdg berlaku. Ini juga menandakan badan mengandungi asid berlebihan

d. Keluar air mata
 - gangguan emosi yg bersangkut dgn hati atau bebanan kerja

e. Ketegangan mata & kelopak 
- tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.



2. HIDUNG
 (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a. Selesema
 - proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).



b. Hidung sumbat 
- Paru2 mengandungi toksin berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c. Bersin
 - proses membuang toksin dibahagian kerongkong & menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK


a. Batuk keluar kahak 
- Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.


b. Batuk tanpa kahak 
-Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong
 - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.



4. KERONGKONG

a. Kerongkong kering
- Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b. Sakit kerongkong
- Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a. Bibir pucat
- Sistem penghadaman yang lemah 
- Perut mengandungi angin.
- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b.  Bibir kering dan pecah
- Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.)

a. Lidah atau gusi bengkak, sakit 
- Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). 
- Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c. Mulut berbau busuk 
- Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang.)

a. Telinga terasa tersumbat 
- Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b. Telinga berdengung 
- Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh 

a. Peluh masin 
- Badan mengandungi lebihan asid urik.

b. Peluh berbau 
- Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL  
- Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM 
- Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR 
- Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR
- Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b. Kebas tangan
- Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c. Kebas Tangan Kiri & Lengan
- Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d. Kebas Kaki
- Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e. Sakit Tapak Kaki
- Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f. Sakit Tumit Kaki
- Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g. Rasa Panas Di Tapak Kaki
 - Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h. Gatal Di Celah-Celah Jari Kaki
 - Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

a. Kepala
- Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b. Pening/Sakit Di Bahagian Depan Kepala
- Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c. Pening/Sakit Di Bahagian Belakang Kepala
- Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
- Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

d. Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga
- Menandakan penyakit migrain.

e. Bisul Terjadi Di Kepala
- Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f. Rasa Pening Yang Memusing
- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a. Loya/Muntah
- Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. Muntah Darah
- Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong 
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK 
- Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
- Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a. Kerap Kencing
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b. Air Kencing Berkapur
- Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c. Air Kencing Berminyak
-  Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d. Air Kencing Pekat Berwarna Coklat
-  Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e. Air Kencing Berdarah
- Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a. Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar
- Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b. Sembelit
- Membersihkan toksin dari usus kecil.

c. Najis Berdarah
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d. Najis Berwarna Hitam
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a. Rasa Sakit
- Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b. Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh
- Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku

c. Badan Terasa Panas
- Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d. Badan Terasa Ringan
- Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT 
- Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH 
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
- Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB 
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
- Sistem penghadaman yang lemah.


#
Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis












Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...