Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo

PEKA DENGAN RAWATAN UNTUK ANAK...HINDAR TERSILAP DIAGNOSIS

gambar hiasan dari google Kajian pada 2005 yg diterbitkan dalam Jurnal of the American Medical Association mendapati daripada kajian bedah siasat yang dilakukan, kebarangkalian untuk seorang doktor melakukan kesilapan 10 hingga 15 peratus. Jika berlaku salah satu atau lebih daripada tanda di bawah ini, kita boleh syak ada kemungkinan besar tersalah diagnosis oleh doktor: 1. Penyakit anak tidak sembuh walaupun ubat yg diberi doktor sudah hampir habis di makan. 2. Anak menunjukkan gejala baru atau gejala sedia ada bertambah buruk. 3. Gejala yang dialami anak tidak kena dengan diagnosis yg dilakukan oleh doktor. Di sini kita perlu melakukan sedikit homework di internet bagi mengetahui lebih lanjut penyakit anak. 4. Doktor mengaitkan penyakit biasa dengan penyakit serius. Contohnya, anak mengadu sakit kepala yang sebenarnya berpunca dari ketegangan urat mata tetapi doktor mengesyaki ada ketumbuhan otak. Panduan hindar silap diagnosis 1. Ringankan mulut untuk bertanya l

SERING TERTIDUR BUKTI MAKIN TUA

gambar hiasan sahaja...ehsan incik google London : Tabiat dan pendapat tertentu individu menjadi penentu utk menentukan bahawa seseorang itu sudah memasuki usia tuanya. Ini termasuklah apabila anda dikatakan sering kali tertidur ketika menonton televisyen. -  BH 23 Jun 2013 betullah kan...selalu nampak mak tengok tv tapi sudahnya tv tengok beliau...bila kita nak switch off tv..."eh...mak nak tengok tv lah..nape ditutup?" kita pon cakaplah..."kan mak tidur".... diikuti penafian beliau...hihihi... huhuhu....tapikan...tapikan...saya juga sedang mengalami frasa sedemikian... huwaaaa....hahahahaha...=D

NYAMUK AEDES DEMAM DENGGI & PETUA

Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan persekitaran. Malulah sikit dengan nyamuk aedes, mereka  ni pembersih tau orgnya sebab suka membiak dalam air yang bersih atau jernih yang bertakung. "Rumah saya tinggi tak kena punye..." jangan nak perasan...nyamuk pon cerdik tau nak carik makan... Nyamuk secara semulajadi tidak mampu terbang pada ketinggian itu, tetapi ia ada cara tersendiri dgn terbang mengikut mangsa menaiki lif dan singgah di tingkat tertentu seterusnya bertelur & membiak. Selepas menghasilkan telur, ia akan terbang di ketinggian lain pula utk mencari mangsa & tempat bertelur yang baru. - Dr Rose Nani Mudin, Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian kawalan penyakit KKM (BH 20 Jun 2013) Mereka sangat aktif sepanjang hari terutama waktu subuh & senja. Haa...nampak tak tu...pagi-pagi pon dorang dah cergas bekerja. Tak macam sesetengah orang kita...liat nak bangun awal-awal pagi...kan...kan... betul jugak kan kata org tua dulu-dulu...sebel

RESEPI: SHERPED"S PIE

tabur cheese...saya guna lebihan cheese utk pizza ada parmesan, morazella dan cheddar jangan membazir...hihi tak de sayur campor...guna carot je... garit-garitkan dengan garfu   seyesli...saya rasa sherped pie ni lebih sedap dari lasagna... lembut dan pastinya tak yah nk kena beli lasagna punye pastry... jimat lah jugak...sebab cheese je dah mahal kan... 300g daging cincang* lebih baik beli timbang punye 100g sayur campur 170g mentega 1/4 cawan tepung gandum 1 bawang besar didadu 4 ulas bawang putih dicincang 1 sudu besar lada sulah 3 sudu besar rempah kari daging daun sup/bawang keju mozarella 1 kg kentang *rebus dgn kulit+garam kentang yang dah direbus dibuang kulitnya lecekkan dengan  mentega masukkan tepung gaul sebati tumis bawang dengan sedikit minyak masukkan lada sulah, rempah kari masukkan daging cincang, garam gula masukkan sayur campur masak hingga masak alas loyang dengan kertas minyak masukkan sep

RESIPI : NASI AYAM CLAYPOT

tak de claypot...gasak situ..guna je periuk biasa... nasi ayam claypot periuk ok hapa...hihihi.. 1 cawan beras 11/2 stok ayam *masak ayam dulu...baru tanak nasi ye... bahan utk diperap: ayam dipotong kecil-kecil 1 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 5 cendawan hitam *rendam air panas bahan ditumbuk: 2 in halia 2 ulas bawang putih 1 sudu besar lada hitam campurkan semua dengan ayam & diperap 1/2 jam  cara-cara: tumis ayam perapan dengan sedikit minyak tuangkan air  masukkan 1 kiub ayam* optional masak hingga ayam empuk masukkan 1 sudu besar tepung jagung* dibancuh dgn sedikit air perasa garam tabur daun sup percikkan sedikit minyak bijan ketepikan masak nasi dengan stok ayam bila dah hampir masak curahkan ayam perapan tadi ke dalamnya tanak nasi hingga masak siappp!!

GOTCHA!!

Eh...nape nanes tu...lapar ke? pampers  diaper basah? nak susu? nak ibu?? huhu...saya sudah kena saman lorrrr....tak pakai seatbelt...huwaaaaa.....RM300 bakal melayang-layang....punyalah berjaga-jaga tapi haritu memang nak dijadikan cerita agaknya.... 8 tahun ada lesen...inilah kali pertama dan berharap sangat yang terakhir kena saman... Sebelum nak g bayar saman...dok hafal skrip bagai nak rak kononnya nak mintak kurang....hampehnya hati mempedal ayam.... rupernya tak laku....sekarang tengah hafal skrip nak bagitau dengan encik abang..... huwaaaa!!!!...nanes lagi T_T

SAYA PANGGIL BELIAU ABAH

SELAMAT HARI BAPA Saya percaya ramai yang mengalami situasi macam ni kan dengan ayah masing-masing.. sama-sama mengasihi tapi tak terucap dek mulut.. kita pon tak pernah dengar abah cakap macam tu kat diri kita kan.. ada kalanya kita tertanya-tanya... tapi.. seiring dengan kematangan fikiran... kita tahu yang sayangnya ayah sama macam sayangnya mak pada kita kasihnya ayah jarang diluah sayangnya ayah jarang dilafaz rindunya ayah jarang diungkap cintanya ayah jarang diucap Nak dengar  tau tak kisah saya dengan abah saya...jangan mara yaa...nak kasi tau jugak...tak kira... Dulu bila dah masuk sekolah rendah, ada masanya kadang-kadang timbul keinginan kena dokong dengan abah lagi...rasa tinggi je gitu...seronok...kalau saja-saja mintak gitu mana beliau nak layan kan...dah sekolah katanya... Satu hari tu...tertidur masa buat kerja sekolah...dulu buat kerja sekolah kan atas lantai...itulah meja itulah kerusi....dalam mamai-mamai gitu terasa macam ad

IBU KENAPA AYAH MEROKOK???

Satu hari dengan nada yang kecewa dan agak kesal anak bujangku bertanya  serta mempersoalkan kenapa ayahnya merokok sedangkan merokok itu sesuatu benda yang membazir, sedangkan ayahnya juga selalu berpesan jangan membazir...jangan suka membazir... duhhh...haaa...kan...itulah ayahnya...budak sekarang bukan macam budak zaman kita dulu... Apa aku nak kata ekk...supaya jawapanku tak kedengaran klise...'ohh...kalau gitu abang janganlah merokok macam ayah...' iishhh....dah biasa sangat....mana dia nak terima....fikir cepat... fikir cepat... PLING!!! 'Abang...jangan kecewa sebab abang dapat seorang ayah perokok...perkara yang abang tak suka tu sebenarnya ada hikmah untuk ditunjukkan kepada abang...' Wahh...baik punya ayat kan...tau je la budak sekarang...kena beri sebab yang nyata dan jelas, kalau boleh contoh depan bijik mata....barulah terbukak minda dorang ni...itu ler  cara anak-anakku...kalau main cakap gitu je bukannya masuk.... 'Cuba abang perhatikan

KISAH SI PEROMPAK

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..." Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja d engan gaya yang menggoda,  *Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." -berfikir lain daripada yang lain!  perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!" *Ini dipanggil sebagai "Profesional." -Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan! Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat." Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita

HANGIN SATU BADAN EDISI MAYBANK

Ini satu lagi hal...hangin yang boleh bertukar menjadi ribut topan torpedo!...sejak ku guna Maybank2U...dapatlah mengecek  check apa yang ada dlm account...tup-tup ku perhatikan ada potongan sebanyak RM 58 something dalam 2 3 bulan ni...itu yang aku perasanlah...sebab tak tahu ada history transaction kat dalam tu... haaa...itulah ko...poyo sangat...tak menelek apa yang boleh dibuat dgn Maybank2U tu...Ggrrr...kumarah ni...marah kat diri sendiri....ntah-ntah dah lama ada kot...huhh.. Dahlah dalam tu duit tak bape nak banyak...aku ni surirumah je...setiap sen yang ditolak sangat berharga bagi aku tau tak???...suka-suka hati ayam ko je ekkk main tolak-tolak tanpa pengetahuan...dahlah statement account ko tak bagi...ada gak yang kena simack ni...huh! Tak pe...tak pe...aku sabar sikit hari lagi...aku tunggu anak aku sihat...karang aku nak pergi tanya depan bijik mata dorang...jangan kata tak boleh buat semakan eh sebab aku buat account bukan kat sini....ini kan zaman teknologi...semua

HANGIN SATU BADAN EDISI BROADBAND aka BEROKBEN

Aku sebuah broadband...kegunaanku adalah untuk memasuki ke alam maya bagi melayari internet.... kau telah memilih diriku dengan kos setiap bulan sebanyak RM68 hengget yang perlu dilangsaikan sebelum 7hb pada bulan berikutnya... Lagi 2 minggu utk sampai ke 7hb aku akan bergerak slow dan slow dan semakin slow... ini kerana aku sudah nak mencapai had yang dibenarkan oleh majikanku MAXIS.  Semakin hari menghampiri....aku sudah tak terdaya utk melangkah masuk ke alam maya...semuanya sudah terhalang & dihalang... Dibayarlah awal macamana pon majikanku tetap tidak membenarkan aku memasukinya...kerana KAMI sangat komited & jujur dengan tugas serta polisi yang telah ditetapkan... GGrrrrr...kecik besar kecik besar ku tengok tokeh MAXIS...padahal aku jarang dan hampir tak de pon bukak Youtube....guna utk pesbuk + menjelajah blog (adakah blogger  blog kuat makan?) apalah salahnya kan...bila kita buat pembayaran seminggu awal (gaji usben kan kuar ujung bulan...jad