Tak sah kalau jalan-jalan tempat orang tak mencuba makanan dia kan...samada kena atau tak dengan selera tak rugi kita mencuba...bagi kuih muihnya sesetengahnya sama dengan kuih tempat lain... yang bezanya cuma nama panggilan saja... Nak kasi tau...sarapan kat Ganu ni ada sedikit kelainan...apa tu... Jangan terperanjat kat sini pulut kuning dijadikan sarapan...macam makan nasi gitu...iye...masa baru pindah dulu hinggalah sekarang masih rasa pelik...kat tempat asal pulut kuning dibuat masa ada kenduri atau majlis kesyukuran...dan saya masih tak berani nak amik buat sarapan...kalau nak jugak saya bungkus bawak balik...lepas dah isi perut baru makan...almaklum perut tak biasa.... Selain nasi lemak ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi kuning, dan ada satu lagi kelainan iaitu nasi minyak...maunya tak lain...kalau tempat sendiri nasi minyak ni makan masa kenduri kawin je...kan...itulah lain padang lain belalangnya... Semua dijual waktu pagi sahaja...tengahari jangan nak tanya na...