Skip to main content

MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU

Tak sah kalau jalan-jalan tempat orang tak mencuba makanan dia kan...samada kena atau tak dengan selera tak rugi kita mencuba...bagi kuih muihnya sesetengahnya sama dengan kuih tempat lain... yang bezanya cuma nama panggilan  saja...

Nak kasi tau...sarapan kat Ganu ni ada sedikit kelainan...apa tu...

Jangan terperanjat kat sini pulut kuning dijadikan sarapan...macam makan nasi gitu...iye...masa baru pindah dulu hinggalah sekarang masih rasa pelik...kat tempat asal pulut kuning dibuat masa ada kenduri atau majlis kesyukuran...dan saya masih tak berani nak amik buat sarapan...kalau nak jugak saya bungkus bawak balik...lepas dah isi perut baru makan...almaklum perut tak biasa....

Selain nasi lemak ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi kuning, dan ada satu lagi kelainan iaitu nasi minyak...maunya tak lain...kalau tempat sendiri nasi minyak ni makan masa kenduri kawin je...kan...itulah lain padang lain belalangnya...

Semua dijual waktu pagi sahaja...tengahari jangan nak tanya nasi-nasi ni semua...tak jual ye... padahal menu tu sesuai jugak dibuat makan tengahari...

Di sini saya nak kongsi sikitlah apa yang saya tahu makanan yang perlu di cari...almaklum saya pon bukannya asal sini... dagang perantau...


Laksam
rojak betik
roti payang
nasi kerabu

jeli kelapa
sate ikan
ketupat goreng
sotong, udang & ikan goreng celop tepong
ketupat sotong
sata
apam kuah (apong kuah)
Rojak kateh (rojok kateh)

Ini je la yang teringat dalam fikiran...kalau nak cari kuih muih tempatan...cari kat gerai-gerai tepi jalan atau bawah pokok...ada macam-macam jenis...

Kalau makan tengahari...jangan lupa cubalah masakan singgang, gulai dan sayur timun masak bening (tak tahulah sini panggil apa..) kuahnya ada isi ikan...

Selamat menjamu selera...

Jom Jalan Di Kuala Terengganu (2), klik bawah ni:
http://hello-zura.blogspot.com/2013/05/tempat-yang-menarik-di-kuala-terengganu.html

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...