Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TAULADAN

JAP NAK FIKIR

Salam Jumaat...salam sejahtera...tak ada apa yang nak dibebelkan pagi ni...sajelah nak share satu ceritere... ok hepi reading! ================================================== Seorang peguambela tengah menyoal siasat seorang saksi dalam satu kes rompakan. Peguam tersebut bertanya pada saksi, bila agaknya rompakan itu terjadi. Saksi pon menjawab, " Saya rasa....errr....jap nak pikir.." Peguam dah nak marah. Kata peguam tersebut dengan nada tegas ,  "Saya tak kisah dan tak nak ambik tahu apa yang you rasa..apa yang you pikir. Saya cuma nak tahu apa yang you tahu...Itu jer!.." "Habis..kalau encik tak nak tahu apa yang saya pikir, lebih baik saya tak perlu ada dalam 'kandang' ni. Saya tak boleh bercakap tanpa berfikir dulu.... Saya bukan lawyer." ================================================= berfikirlah seperti orang yang bertindak  dan  bertindaklah seperti orang yang berfikir...

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.  Penceramah: Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda. Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.  Penceramah: Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.  Penceramah: Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut... Penceramah : Hapus 2 nama lagi...  Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.  Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.  Tiba-tiba penceramah berkata: Silakan padam 1 nama lagi! Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya. Penceramah : Silakan pilih 1 nama lagi! Lela...

KISAH SI PEMOTONG KAYU

Ada seorang pemotong kayu yang bekerja sendiri. Pada satu hari dia mendapat pekerjaan dengan seorang saudagar kayu. Upahnya cukup lumayan. Maka pemotong kayu ini pun berazamlah hendak bekerja dengan sebaik-baiknya. Pada hari pertama saudagar memberinya sebilah kapak dan menunjukkan tempat dia bekerja. Si pemotong kayu terus bekerja dengan gigihnya hingga dia dapat menumbangkan sebanyak 18 batang pokok. Saudagar berasa sangat bangga mendapat seorang pekerja yg cekap menjalankan kerjanya, "Bagus...bagus, teruskan begitu." kata saudagar. Terdorong oleh kata-kata perangsang, keesokan harinya, si pemotong kayu pun cuba bekerja lebih pantas dan berkualiti. Tetapi apabila hari berakhir, dia hanya mampu menebang sebanyak 15 batang pokok. Pada hari ketiga, dia berusaha lebih kuat tapi dia hanya dapat menumbangkan 10 batang pokok. Hari demi hari jumlah pokok yang mampu ditumbangkan semakin kurang dan semakin kurang. "Tentu aku sudah kehabisan tenaga," fikir si pe...

SALAH SIAPA? DIA?

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yg termasyur bernama Syaqiq telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan itu. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya, "Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli atau penanam?" Kemudian Syaqiq meneruskan kata-katanya, "Adapun si penjual sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barang yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang baik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada PENCIPTA buah tembikai ini.  Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNYA. " Pernahkah peristiwa begini berlaku pada kita? Jawapannya sudah tentu bahkan ...

AKU TIDAK BERSALAH

Yakinilah bahawa kita tidak pernah bersalah dalam hidup. Semasa kecil, kita selalu terjatuh ketika belajar berjalan, itu bukan salah kita tetapi salah ibubapa yang meminta kita belajar berjalan. Sewaktu di sekolah kita ditangkap kerana ponteng sekolah. Kita tidak bersalah kerana rakan kita yang memujuk kita untuk ponteng sekolah. Bila masuk ke tempat haram. Kita tidak bersalah kerana premis-premis demikian sudah sedia ada. Masuk ke universiti, pointer kita sering kurang memuaskan. Ini juga bukan salah kita, sebaliknya ini salah kerajaan kerana pendidikan tinggi tidak diberi percuma menyebabkan kita sibuk berdemo untuk menuntut 'hak' kita. Apabila bekerja, kita gagal mendapat pekerjaaan yang baik dan pendapatan yang selesa, ini juga salah kerajaan kerana tidak menyeragamkan gaji dan mengenakan syarat kelulusan minimum bagi mendapatkan pekerjaan. Sedarlah...kita tidak pernah bersalah dalam hidup! Bangau oh bangau kenapa engkau kurus? macamana aku tak kurus,...

BILA SUAMI SUKA MEMBANDING

Bila si Suami suka membanding-bandingkan isteri dgn perempuan simpanan... Si Suami : Ustaz..ppuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya...tapi isteri                 saya gemuk.. Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke?            tentu tak kan? sebab dia lebih sayangkan bentuk tubuhnya dari kamu.            Isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya utk  kamu             kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk  tubuh badannya. Si Suami : Tapi ustaz..ppuan simpanan saya lebih manja dan lemah lembut..                isteri saya jarang ada masa utk saya dan ada kalanya garang.. Ustaz : Perempuan simpanan kamu tak ada tanggungjawab utk dipikul            tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, maka...

KISAH SEBIJI BURGER

Alkisah sebiji burger… Malam itu, Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.  Tiada syiling pun untuk menelefon rumah atau sesiapa untuk meminta pertolongan. Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Fidah tiba di satu gerai burger, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah. Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit. Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya… “Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu. “Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Fidah dengan sipu-sipu. “Tak apa, pakcik belanja. Mari, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Fidah. Beberapa minit kemudian, Fidah mengalirkan air mata… “Mengapa dik?” tanya penjual burger. “Tiada apa. Cuma terhar...

HIDUP UMPAMA SEBUAH TIN KOSONG

"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!" Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & isteri, kawan-kawan, business, orang tua kita, 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah kisah tin biskut dan dua cawan kopi. Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas. Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh. Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!” Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf. Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penu...

TAK KAYA TAPI HATIKU SENANG?

Selalu orang akan kata.. tak kaya pon tak apa janji hati senang...ye..memang senang dikala tidak ditimpa apa-apa masalah yang besar...Dapat pegi umrah dan bawak anak-anak pegi melancong ok la tu...Tapi pernah tak bawak mak pak sedara atau adik beradik ke Mekah? Ibu bapa sendiri pun ada yang tak lepas...macamana nak bawak mereka...kan? atau bila mak pak sedara atau adik beradik tiba-tiba perlu duit sebab sakit...nak tengok gitu je ke? atau sekadar simpati? agak-agak hati tu rasa senang lagi ke tak dapat nak tolong dorang? lebih-lebih lagi orang yang disayangi? boleh senang hati lagi ke? atau tak kisah sebab itu semua tanggungjawab anak-anaknya sendiri atau tanggungjawab kerajaan?  macamana kalau tiba-tiba diri sendiri sakit... tak berupaya nak kerja, adakah hati yang senang dan tenang tadi tetap senang atau semakin kusut? DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA TETAPI  SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT

WHAT IS A MAN?

krikk... krikkk... krikkkk...

POLIS??

"Dah besar nanti nak jadi apa?" "Polis.." "Eh! jangan... polis jahat." duhhh....itulah dialog yang saya dengar bila ada org tanya cita-cita anak-anak saya masa dorang kecik dulu... nak je bersuara tapi mengenangkan orang tu lebih berusia...dan perlu dihormati...terpaksa diamkan diri...karang bercakap jadi masam muka.. Jenuhlah lepas tu kita terangkan pada anak... yang jahat tu perompak...pencuri...pukul org... bla.. bla.. bla... hello...taukah kesannya bila kita bercakap macam itu dgn seorg bdk kecil...incase kalau berlaku sesuatu hal...dari jauh dia dah nampak polis tapi oleh kerana dia telah ditanam dlm fikiran bahawa  polis jahat jadi diketika itu dia akan memilih dan mempercayai orang luar yg tidak dikenali utk meminta bantuan...ada faham? Siapa pun... walau apa pon jenis pekerjaan mereka...asalkan yg halal itu tidak salah...yg salah adalah individu itu sendiri...sikap sendiri...jadi tolonglah jangan dirosakkan pemikiran seorang budak ha...

SEMUANYA MENYESAL, TIADA YANG TIDAK MENYESAL

Sesuatu untuk kita renungkan bersama... Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan.  Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa. Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan. Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar. ...

SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI

Saya nak berkongsi catatan dari buku Dr HM Tuah Iskandar 'Membina Hati Bahagia',  tentang seorang lelaki bernama suami  serta pandangan & pendapat beliau bersumberkan  d ari jiwa beliau sendiri sebagai seorang lelaki & suami.  Jika anda mulai berasa 'ada sesuatu yang hilang' dari hati suami & berasa suami  tidak menyayangi anda. Jangan melulu salahkan suami kerana mungkin juga andalah penyebabnya. 1. Ada suami yang gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh berkaitan dgn dirinya. Dia akan senang jika isterinya yang mencadangkan baju apa yang hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, memotong kukunya, dan sebagainya. Dari situ anda akan tahu apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Anda tidak tahu bagaimana ibunya melayaninya dahulu, anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima dari ibunya. 2.Kebanyakkan lelaki cukup cerewet dgn kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutny...

KISAH SI PEROMPAK

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..." Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja d engan gaya yang menggoda,  *Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." -berfikir lain daripada yang lain!  perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!" *Ini dipanggil sebagai "Profesional." -Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan! Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat." Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita ...

KISAH PEMANDU BAS & ANAK KECIL

*********************************************************** Jom bercerita *********************************************************** Nak dengar citer tak? Suatu hari seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 7 tahun menaiki bas ekspress Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu telah berpesan pada pemandu bas, "Encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, cakap pada anak saya ya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sangat. Setiap minit dia akan bertanya pada penumpang sebelahnya. "Dah sampai Ipoh ke belum?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab, "Tidur aje la...belum sampai lagi ni...nanti kalau sampai pak cik kejutkan!" Tapi si anak ini tidak mahu duduk diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk ke sekian kalinya, "Pak cik, dah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang dah letih menjawab soalan itu berkata, "Belum! Tidur ajelah! Nanti kalau...