Skip to main content

KISAH PEMANDU BAS & ANAK KECIL

***********************************************************
Jom bercerita
***********************************************************


Nak dengar citer tak?

Suatu hari seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 7 tahun menaiki bas ekspress Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu telah berpesan pada pemandu bas, "Encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, cakap pada anak saya ya."


Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sangat. Setiap minit dia akan bertanya pada penumpang sebelahnya. "Dah sampai Ipoh ke belum?"


Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab, "Tidur aje la...belum sampai lagi ni...nanti kalau sampai pak cik kejutkan!"


Tapi si anak ini tidak mahu duduk diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk ke sekian kalinya, "Pak cik, dah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang dah letih menjawab soalan itu berkata, "Belum! Tidur ajelah! Nanti kalau dah sampai, pak cik kejutkan!..."

Kali ini, si anak itu tak bertanya lagi. Dia tertidur dgn nyenyak sekali. Kerana suara anak itu tak kedengaran lagi, semua orang dlm bas lupa pada dia, hingga ketika sampai Ipoh, tak seorg pun yg membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar, si anak masih tidur dan tak bangun-bangun lagi.


Tersedarlah si pemandu yang lupa membangunkan si anak. Lalu dia bertanya pada para penumpang, "Encik-encik dan puan-puan sekalian, bagaimana ni? perlu ke kita hantar semula anak ini?"


Para penumpang pun berasa bersalah. Akhirnya mereka bersetuju menghantar kembali ke Ipoh. Maka berpatah baliklah bas itu menuju ke Ipoh.


Sampai di Ipoh, si anak dibangunkan. "Nak! dah sampai Ipoh! cepat bangun!" kata pemandu.

Si anak bangun dan berkata, "Oh, sudah sampai ya!" Dia pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusannya.

Seluruh penumpang kehairanan, "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.


"Tidaklah, mak saya pesan, kalau sampai Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ini!".



Moral?



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...