Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

VGEL

Ada tak pengguna krim ke tatt ni? atau NAK KESAN SEGERA? Boleh digunakan bila2 masa saje... bukan saje bg ke tatt malah merawat sekali masalah lainnya.. 1 botol RM70 2 botol RM120 sms/wasap ai 0139481917

BE SMART

-sekadar hiasan- Perkongsian: Sesuatu yg utk kite renungkan. (bukan utk dibahaskan/kritik atau bla bla bla hokeyyy...renung & fikir & bukak minda dgn jernih) Kebanyakkan isteri-isteri orang melayu ni byk sgt habiskan masa di dapur. Sebab apa? sebab dok berat tang makan. Breakfast saje pun gigih bangkit awal buat nasi lemak, bihun goreng, cengkodok dll. Makan tengahari & malam pulak kalau tak dak 6, 7 jenis lauk penuh meja tak sah. Pahtu kalut nak tumbuk sambal apa semua. Pahtu kalut nk mengemas urus anak & sebagainya. Dalam sehari 24 jam tu banyak masa dok abis tang makan. Walhal kita makan ni utk kenyang saja. Apa yang perlu sebenarnya makanan yg simple dan berkhasiat. Asal boleh bagi khasiat & tenaga dah cukup. Cuba tengok omputih. Walaupun isteri dorang tak bekerja, kebanyakan mereka ada masa baca buku ilmiah, g kelas-kelas ilmu mcm baking class sewing class, mengajar anak sendiri fulltime atau pon libatkan diri dgn aktiviti masyarakat &a

TIPS PENIAGA KECIL BELI RUMAH

Orang makan gaji mudah mendapatkan pinjaman perumahan dari bank. Mereka mempunyai slip gaji. Dari situ bank dapat mengira jumlah pinjaman yang selamat diberikan kepada orang makan gaji. Peniaga kecil tidak mempunyai slip gaji!  Inilah faktor yang menyebabkan banyak peniaga kecil sukar memohon pinjaman perumahan dari bank. . Peniaga-peniaga yang berjaya membeli rumah dengan pinjaman bank melakukan ini: + Daftarkan bisnes di SSM. + Kemukakan laporan untung rugi tahunan kepada LHDN. + Bayar cukai keuntungan. + Kemukakan resit pembayaran cukai keuntungan LHDN kepada bank. Itulah bukti sohih yang bank mahu tengok! Gitu..... Credit : Puan Ainon Mohd

KENA TIPU

Kes budak menipu tipah & meon --------------------------------------- Satu Malaya kecoh Satu Malaya tertipu Satu Malaya hangin satu badan (mujur ku tak amik pot pasal tu sbbnya...bdk2 yg dah beso2 ni ku tak perihatin sgt kalau pasal hilanglah itu lah ini lah..) Bagi saya sebagai seorang wanita & juga ibu...cukup-cukuplah...memang kite marah tapi pandanglah pada ibu dan ayah dia..kesian..malu... cukup-cukuplah diviralkan...dibuat lawak... mereka dulu pon mesti tak sangka tak menduga akan jadi macam ni... tak duga anak yg mereka didik dgn baiknya akan melakukan perkara yg semua orang tidak mengingini... Masing-masing ada anak kan... Masing-masing mendidik anak dgn baik kan... Masing-masing buat yg terbaik utk anak-anak kan... Masing-masing juga mendoakan & mengharapkan anak-anak akan membesar mengikut acuan didikan yg baik yang telah diterapkan pada anak-anak kan... Masing-masing sudah buat yang terbaik kan... begitu jugaklah mereka....

BERHATI-HATI DGN CTOS!

Apa itu CTOS Secara ringkasnya CTOS hanya merupakan salah satu sistem rujukan yang digunakan untuk menilai sama ada nama anda sebagai pemohon ada disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan anda dan lain-lain bayaran ansuran yang sedang ditanggung.  Jangan main-main dengan CTOS.  Nama nak masuk CTOS sangat mudah: + Tak bayar bill Astro, tak bayar bill Maxis, tak bayar hutang beli mesin basuh di Court Mammoth, tak bayar hutang beli mesin jahit di kedai Singer.... gerenti nama masuk CTOS. + Jadi penjamin pinjaman pelajaran MARA pun nama kita boleh masuk CTOS! + Jangan cakaplah kalau menjadi penjamin personal loan orang lain. . Nak keluarkan nama dari dalam senarai CTOS bukan main susah! + Kita kena bayar habis hutang yang tertunggak. + Sudah dibayar habis, bukannya nama kita terus dipadam daripada senarai CTOS.  Birokrasinya panjang. Kadang-kadang bertahun-tahun baru nama kita dikeluarkan. credit to : Puan Ainon Mohd