PUERH GREEN TEA Pada suatu ketika dulu, teh ini sangat eksotik di negeri Cina, namun sekarang telah dikenali seluruh dunia. Pu-erh adalah teh hijau yang dibiarkan matang atau menjadi tua secara perlahan-lahan menggunakan kulat. Proses penapaian ini akan memberikan rasa yang unik pada teh puerh. Bukan setakat rasa sahaja yang unik, proses ini juga berpotensi memberikan banyak manfaat serta kebaikan yang tidak dimiliki oleh mana-mana teh yang lain. Teh puerh dihasilkan dengan daun teh yang dipanaskan untuk memusnahkan enzim dan kemudian melalui proses penapaian. Aroma dan rasa teh puerh ini berbeza dari teh yang lain. Pu-erh teh berbeza dengan teh hitam, hijau, Oolong, ataupun Putih kerana prosesnya yang berbeza dengan keempat teh tersebut. Proses produksinya melibatkan waktu yang sangat lama , dalam hitungan tahun. Teh puerh akan melalui beberapa siri proses penapaian atau diperam (fermentation) yang biasanya mengambil masa 30 h...