Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

KEMBALI ANGGUN DENGAN BERPANTANG

Berpantang ni ada aturannya. Dalam proses berpantang ni bukan saja nak merapatkan  tetapi membantu pemulihan. Bagaimana nak aset sentiasa wangi, badan sentiasa segar, susu bertambah dan berkualiti. Ini bergantung kepada pemulihan dalaman. Tak guna rapat kalau bau mcm ikan masin, keputihan atau kekeringan. Tak guna merapat kalau nafsu dingin, rahim sejuk dan turun. Proses berpantang ni terbahagi kepada 3 iaitu:- 1- Perawatan rahim 2- Perawatan luaran 2- Perawatan lantai pelvis 3- Perawatan aura PERAWATAN RAHIM Perawatan dalaman adalah perawatan yang sangat penting dilakukan bermula hari pertama melahirkan dan hendaklah dilakukan sehingga cukup tempuh 44 hari berpantang. Perawatan ini sangat sangat penting bagi memastikan kesihatan ibu berterusan, mengurangkan risiko bentan, mengeluarkan air busuk yang boleh mengakibatkan miss v kita berbau, mengeluarkan darah kotor dan mengelakkan meroyan yang berpunca dari darah, menghilangkan kelesuan, melancarkan peraliran darah, d