Skip to main content

KEMBALI ANGGUN DENGAN BERPANTANG


Berpantang ni ada aturannya. Dalam proses berpantang ni bukan saja nak merapatkan  tetapi membantu pemulihan.

Bagaimana nak aset sentiasa wangi, badan sentiasa segar, susu bertambah dan berkualiti. Ini bergantung kepada pemulihan dalaman.

Tak guna rapat kalau bau mcm ikan masin, keputihan atau kekeringan.
Tak guna merapat kalau nafsu dingin, rahim sejuk dan turun.

Proses berpantang ni terbahagi kepada 3 iaitu:-

1- Perawatan rahim
2- Perawatan luaran
2- Perawatan lantai pelvis
3- Perawatan aura

PERAWATAN RAHIM

Perawatan dalaman adalah perawatan yang sangat penting dilakukan bermula hari pertama melahirkan dan hendaklah dilakukan sehingga cukup tempuh 44 hari berpantang. Perawatan ini sangat sangat penting bagi memastikan kesihatan ibu berterusan, mengurangkan risiko bentan, mengeluarkan air busuk yang boleh mengakibatkan miss v kita berbau, mengeluarkan darah kotor dan mengelakkan meroyan yang berpunca dari darah, menghilangkan kelesuan, melancarkan peraliran darah, dan membantu pengecutan otot perut dari dalam.

PERAWATAN LUARAN

Perawatan luaran adalah perawatan yang perlu diamalkan seiring perawatan dalaman. Pemakaian pilis , param, rempah barut, bertungku, dan bengkung.

PERAWATAN LANTAI PELVIS

Lantai pelvis ini mengandungi otot dan tisu yang menampung rahim, usus besar dan usus kecil. Kelemahan bahagian ini akan megakibatkan kita mengalami masaalah seperti lemah kawalan kencing, rahim sering jatuh, tombong dan mati putik kerana kelemahan otot ini akan memberikan rasa kurang grip dan kurang keselesaan apabila bersama.

PERAWATAN AURA

Perawatan aura adalah perawatan yang biasanya menggunakan herba yang direbus untuk mandi. Bau herba dari mandian ini akan memberi ketenangan, membantu mengawal emosi ibu.

Jadi amatlah perlu untuk memastikan kesemua perawatan ini diamalkan sepanjang tempuh berpantang bagi mendapatkan effect yg berkesan.

Kak Rai
Perawatan Pantang Jawa
Urutan TerapiQun_Urutan Tradisional
whatsapp 0139481918

#TipsPantang

Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara