Skip to main content

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan...
maaflah lambat...
nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan...
sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi...

Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong.

Itu sebab lah org tua dulu berpesan
perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat...
hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mungkin tenaga tu ada tapi ada bahagian dlm tubuh kite yg memang tak berdaya..
tapi tu lah orang-orang sekarang...payah nak dikata...ada je jawapannya...
memanglah benda ini tak membahayakan nyawa...
ikut andalah kan...

Punca-punca rahim turun
1. Jatuh terhentak yg kuat
2. Angkat benda yg berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti
6. Pergerakan yang lasak

Kesan akibat peranakan jatuh 
1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika 'bersama' suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

Tanda awal
1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.


Cuba Check
1. Baring lurus, jangan guna bantal. 
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa. 
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.


Rawatan
Biasanya mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan asal.


Cara utk menaikkan kedudukan rahim yang jatuh
Selain amalkan senaman kagel tu...cara ini pon boleh membantu...
tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan...
bagi yang dah teruk tu,sila dapatkan nasihat dari yang pakar..


kalau tak boleh tegak lurus pon tak apa..ikut kesesuaian diri...
praktice makes perfect!
kalau takut..minta bantuan sesiapa pegang kaki tu...
buatlah dalam kiraan 10-20. (slow ye kira tu) bernafas macam biasa...


Langkah ini hanya bersifat sementara je...sebaiknya dapatkan khidmat bidan utk sengkak rahim
1. Mulakan urutan sendiri pada perut kasi lembut urat perut.
2. Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
3. urut pelan-pelan dari bawah naik ke atas
 kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
4. rehat seketika sebelum bangun.


Hokay..sayangilah diri anda...
bak kata iklan Loreal
 "kerana diri anda begitu berharga" 

artikel sebelumnya, sila klik link bawah ni...maceehhh...
http://hello-zura.blogspot.com/2014/04/senaman-kegel.html

Nak tahu kisah tombong klik link pengasas jamu sendayu tinggi, Puan Rozita: 
http://jrm.com.my/kisah-tombong-atau-prolapse/

Rawatan yang bakal dilakukan pada kes tombong ni:





Comments

  1. Tq..sangat2 membantu..sbb sya ada kes mcm ni..peringkat teruk sdah..saya amalkan senaman itu juga..sbb rasa lega slepas buat tu..:-)
    Singgah la ke blog saya.. Arcabeuty.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. untuk urut bersalin dan bertungku area shah alam, blh call/whatsapp 012-3220691 (MIRA).

    ReplyDelete
  3. Tq atas perkongsian yg sangat berguna

    ReplyDelete
  4. Sy pregnat 5 bln..sakit dinding faraj..ada kemungkinan tak rahim jatuh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya pon tak pasti..lebih baik cek doktor /bidan yg berpengalaman utk kepastian

      Delete
  5. Salam.. sy dh 66 hari bersalin.. bile masukkan jari utk meruang(bersihkan faraj) pada ruas pertama dah rasa pintu rahim.. adakah itu tanda rahim jatuh ?

    ReplyDelete
  6. berkemungkinan..sbb masih baru bersalin kan....rahim belum mengecut spenuhnya...jgn angkat benda berat..cara duduk perlu dijaga...pakai bengkung..semua benda ni dpt membantu..,,pendekkata harus berpantang

    ReplyDelete
  7. hah masa anak kedua, bidan datang urut pon tak dapat sengkakkan naik rahim saya. macam ada ketulan kat bawah tu keras2. sakit gile. lepas tu saya pergi ke satu spa ni. mula2 memang masuk sauna, pastu elok lembut jek die naikkan.

    memang recommended sgt2 pa ni (iklan tak berbayor ni). so kalau ada sesiapa ada masalah peranakan tu jatuh, cepat2 la berubat. sakit wooo

    sini link die. http://ibucergas.com/spa-urut-tradisional-selepas-bersalin-yang-serious-sangat-best/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Farha sebab berkongsi pengalaman

      Delete
    2. Sis farha, ade mslah rahim jatuh ke.sy ade mslah tu.bidan dh urut sengkak.tp sy rse sama je.boleh rse ade bnda keras kt bawah.sis p sauna lpstu ok ke?

      Delete
  8. slm.. terima kasih atas tips yg diberi.. ingin cuba dan harap dpt membantu.. bila rahim jatuh kita akan rasa sgt xselesa.. underwear asyik basah jer..sakit tumit setiap pagi..kencing pon jadi xlawas.. haiii mcm2 masalah kaum hawa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslm...usahakan utk buat rawatan secepat mungkin ye...insyallah...masih boleh dirawat..

      Delete
  9. Salam.sy ad mslh tp xpasti adkh rahim sy turun @ firoid..beby sy dh nk masuk stahun,lps pantang xd mslh,cuma start 2 3 bln lps sy prasan something kt dlm faraj bila cuci.mcm benjolan.dh hampir ke prmukaan.tp yg sy konfius xde tanda2 mcm sakit ari2,mslh kencing dll..sy ad mkn jamu manjakani n Ade msa benjolan tu mngecil..tp skrg ni rse besar smla.maaf sy ibu muda xtau sgt mslh cmni.mohon bantu sy yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslm NuurZaty..lebih baik g cek doktor ye..penyakit ni kdg2 tak de bg signal alih2 ada je..pergi ye sblm jadi teruk..hrp2 ia bukan sakit apa2..

      Delete
  10. Salam.sy ad mslh tp xpasti adkh rahim sy turun @ firoid..beby sy dh nk masuk stahun,lps pantang xd mslh,cuma start 2 3 bln lps sy prasan something kt dlm faraj bila cuci.mcm benjolan.dh hampir ke prmukaan.tp yg sy konfius xde tanda2 mcm sakit ari2,mslh kencing dll..sy ad mkn jamu manjakani n Ade msa benjolan tu mngecil..tp skrg ni rse besar smla.maaf sy ibu muda xtau sgt mslh cmni.mohon bantu sy yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslam..maaf ye Nuur Zaty baru berkesempatan cek satu2 komen..mcmana keadaan sekarang..lebih baik buat pap smear dulu..nanti doktor akan bgtau jika ada masalah..so mudah utk carik rawatan (tradisonal atau moden)

      Delete
  11. Salam perkenalan..saya fida...Bugis+Cina+Arab+jawa=Melayu :)
    Artikel yang membantu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Fida..tak aci ni..dia lebih byk..hihihi..gurau2 ye :)

      Delete
  12. Salam perkenalan..saya fida...Bugis+Cina+Arab+jawa=Melayu :)
    Artikel yang membantu ..

    ReplyDelete
  13. As salam,
    Sis sy ada peob peranakan jatuh ,doc sah kn stlh buat scan ultrasoudn, doc cakap rahim sy sepatutnya dsni tp ada kat tmpt lain,
    Tp msh memungkinkn sy pregnant tak yer,ke kena berurut dl? Ade cara lain ke nak betulkn jd normal,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslam...tak de masalah utk mengandung..yg penting perlu rawat dulu bagi rahim kuat..mintak nasihat doktor sambil tu buat jgk rawatan tradisional..urut, pakai bengkong, dan amalkan jamu yg sesuai.

      Delete
  14. As salam,
    Sis sy ada peob peranakan jatuh ,doc sah kn stlh buat scan ultrasoudn, doc cakap rahim sy sepatutnya dsni tp ada kat tmpt lain,
    Tp msh memungkinkn sy pregnant tak yer,ke kena berurut dl? Ade cara lain ke nak betulkn jd normal,

    ReplyDelete
  15. Hi. Anyone tahu tempat untuk berurut?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. saya br bersalin 53 hari. bila baca artikel rahim jatuh, saya jadi fobia coz rasa ada daging di lubang faraj. bila meruang, jari bleh sampai ke ruas 3 masih tk jumpa bebola tu. utk puaskan hati, saya ke klinik jumpa doc dan doc sendiri yg periksa dan buat pap smear terus.doc kata pangkal serviks turun sikit tp tak serius. dia cakap daging tu bukan rahim tetapi kesan luka lama. adakala benjolan yg wujud adalah kesan parut lama yg menyebabkan ianya menjadi keras. ini apa yg di mklumkan oleh doktor yg merawat saya. baru rasa lega skit hati. dia cuma nasihatkan jaga pemakanan dan pantang dgn betul.kpd yg rasa ragu2 sy sarankan jumpalah doktor utk pemeriksaan lanjut.

    ReplyDelete
  18. Salam.saya sudah mencuba cara nak pastikan rahim saya jatuh atau tidak.saya merasa ada sesuatu yang bulat tapi agak kasar dalam faraj saya.bukan licin seperti yang saya baca dalam artikel.saya ada masalah keputihan,cepat lelah dan lemas setiap hari, mensturasi 2 kali sebulan dansering sakit dibahagian pinggul,paha,betis dan tumit.saya nak tahu, daripada semua tanda yang saya alami,adakah itu bermakna rahim saya jatuh??tolong bantu saya mengatasi masalah ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Di lakukan hrs brp mnit dan brp x ya guys

    ReplyDelete
  21. Sis, rahim jatuh ni berlaku pada org yg dah kahwin sahaja ke ?

    ReplyDelete
  22. info yang sangat berguna. bagi yang berminat untuk urutan naikkan peranakan, boleh terus whatsapps 019 691 8581(nourul)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara