Skip to main content

SENAMAN KEGEL

Sila baca dan fahami ni dulu...penat tau mencari maklumat yang mudah dan senang orang nak faham..
Kegel ni mudah je tapi jadi payah sebab tak tahu teknik yang betul..
saya ada beberapa senaman yang memang saya selalu buat...
senaman tu bukan saja utk membentuk tubuh tapi memang sesuai utk kegel jugak..
sabar naa...saya kena carik gambar-gambar berkenaan..
kalau tak ada jugak..nampak gayanya saya kena jadi model lah gamaknya...

okay...
pelajari dan amalkan ni dulu...boleh dilakukan bila-bila masa saja...di mana-mana saja...
anytime anywhere bebeh! 
(tap!tap!tap! sambil petik jari ala-ala Kak Anita Sarawak)
sebab orang bukan tahu pon asalkan janganlah buat dengan mimik muka sekali...
tak sesuai...hikhikhik..

**************************************************************




Asal senaman ini dipelopori oleh Dr Arnold Kegel pada tahun 1945. Tujuan awalnya adalah utk terapi bagi menangani masalah tidak boleh mengawal kencing. Gangguan ini terjadi disebabkan masalah rahim turun disebabkan otot yang kendur.  Senaman ini juga sangat digalakkan bagi setiap wanita terutamanya yang telah berkahwin dan melahirkan anak.

Fungsi dan Faedah
- mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing
- mengurangkan kes peranakan turun
- meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
- meningkatkan kualiti hubungan kelamin
- menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium


Kaedah Asas (Permulaan)
Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Tahan dan kira sehingga 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.

Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.

#utk permulaan saja, jangan amalkan selalu, tabiat ini akan menyebabkan kencing tak lawas.


Untuk Pastikan Kaedah Anda Betul
Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja. Otot itulah yang anda perlukan utk lakukan senaman kegel ini.

Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.


Senaman Yang Sempurna
Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.

Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya. Jika melakukan sambil berdiri, pastikan berdiri tegak luruskan tulang belakang dgn betul dan bahu terletak elok jangan dijatuhkan. Jika berbaring, baring dengan santai letakkan lengan dilantai.

Jangan menahan nafas ketika melakukannya.

Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.


Keberkesanan
Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.

Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten.

Berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman Kegel kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam badan. Bagaimanapun, ia tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.

Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus.

Bagaimanapun kejayaan ini berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.




















Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...