Skip to main content

YUNNAN PUERH TEA

PUERH GREEN TEA




Pada suatu ketika dulu, teh ini sangat eksotik di negeri Cina, namun sekarang telah dikenali seluruh dunia. Pu-erh adalah teh hijau yang dibiarkan matang atau menjadi tua secara perlahan-lahan menggunakan kulat. Proses penapaian ini akan memberikan rasa yang unik pada teh puerh. Bukan setakat rasa sahaja yang unik, proses ini juga berpotensi memberikan banyak manfaat serta kebaikan yang tidak dimiliki oleh mana-mana teh yang lain.

 Teh puerh dihasilkan dengan daun teh yang dipanaskan untuk memusnahkan enzim dan kemudian melalui proses penapaian. Aroma dan rasa teh puerh ini berbeza dari teh yang lain. 

Pu-erh teh berbeza dengan teh hitam, hijau, Oolong, ataupun Putih kerana prosesnya yang berbeza dengan keempat teh tersebut. Proses produksinya melibatkan  waktu yang sangat lama, dalam hitungan tahun. Teh puerh akan melalui beberapa siri proses penapaian atau diperam (fermentation) yang biasanya mengambil masa 30 hingga 40 hari, malah kadangkala sehingga berpuluh tahun.  Ianya disimpan selama 1,3, 10, 15 tahun atau sehingga 30 & 50 tahun sebelum digunakan. Semakin lama akan semakin meningkatkan kualiti teh Pu-erh.
Teh puerh biasanya di minum selepas beberapa tahun diproses, lebih lama lebih berharga & harganya juga semakin meningkat boleh mencecah harga ribuan ringgit. 

Pu-erh yang paling asli hanya dihasilkan di daerah Yunnan sahaja.  Teh puerh yang berasal dari daerah Yunnan, China telah iktiraf sebagai teh yang paling banyak memberi khasiat ke atas tubuh badan selama lebih 2000 tahun. 

Teh ini selalunya dalam pelbagai bentuk seperti blok segiempat atau bulat dan leper seperti sebiji kek dalam bentuk daun-daun kering Merupakan teh yang paling mahal sekali di dunia.

Apa yang unik tentang teh puerh ini adalah ia menggalakkan aktiviti mikrob yang dipercayai mempunyai manfaat perubatan, termasuk antikulat dan ciri-ciri anti radang.

Kajian terhadap teh puerh telah menunjukkan beberapa manfaat kesihatan seperti merendahkan paras kolesterol, tekanan darah dan gula darah, meningkatkan aliran dan peredaran darah, menenangkan saraf, mengurangkan tekanan stres, membantu menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser, membantu pencernaan makanan, memecahkan dan mengurangkan lemak dalam sistem, membantu membuang toksin, menurun berat badan serta meningkatkan flora bakteria dalam usus. Dalam perubatan tradisional cina, teh puerh dipercayai boleh mencergaskan limpa, dan mengurangkan haba dalam perut.

 Antara khasiat yang didapati meminum teh pu-erh secara konsisten adalah:
-membantu saluran pencernaan
-pilihan alternatif untuk supplemen dan vitamin
-membantu sistem penghadaman dan peredaran darah
-lose weight 
- reduce kolesterol level ( org high kolesterol wajar amal puer tea.) 
- kencing manis ( rasa tea boleh di terima even tak perlu tambah gula) 
- membantu process penghadaman ( orang ada masalah sembelit elok sgt amal.) 
- Juga bertindak sbg detox tea (buang toxin dr badan)
- darah tinggi ( membantu menurunkan tekanan darah)
- relaxing( aroma puer tea menyegarkan..membantu menghilangkan stress/tekanan.) 
-mengecilkan sel darah (mengurangkan risiko serangan jantung
dan mengurangkan risiko serangan stroke.)


Puerh teh yang sudah direndam dengan air panas




Pokok Puerh tea

 Teh puerh tiada tarikh luput sebab lagi lama disimpan lagi baik. Walaubagaimana pun teh puerh ini perlu dijaga dengan baik, kalau tidak ia akan rosak juga.


Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...