Skip to main content

SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI



Saya nak berkongsi catatan dari buku Dr HM Tuah Iskandar 'Membina Hati Bahagia', 
tentang seorang lelaki bernama suami serta pandangan & pendapat beliau bersumberkan  dari jiwa beliau sendiri sebagai seorang lelaki & suami. 

Jika anda mulai berasa 'ada sesuatu yang hilang' dari hati suami & berasa suami  tidak menyayangi anda. Jangan melulu salahkan suami kerana mungkin juga andalah penyebabnya.

1. Ada suami yang gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh berkaitan dgn dirinya. Dia akan senang jika isterinya yang mencadangkan baju apa yang hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, memotong kukunya, dan sebagainya.


Dari situ anda akan tahu apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Anda tidak tahu bagaimana ibunya melayaninya dahulu, anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima dari ibunya.


2.Kebanyakkan lelaki cukup cerewet dgn kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang bak kapal pecah.


Sesibuk manapun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami, hadiahkan dia senyuman walaupun disambut dengan muka yang masam. Anda dapat pahala. Rugi ke senyum?


3. Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika dia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, "Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu," cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.


4. Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak begitu seberapa nilainya. Sekadar ucapan 'terima kasih' sangat bermakna dan berbekas dalam hatinya. 


Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucaplah terima kasih dahulu, baru beritahu. Misalnya, "terima kasih bang, belikan saya kain, cantiknya, saya suka, tapi lain kali abang nak beli saya nak warna kelabu pulak". Suami taklah tersinggung, ma;ah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri.


5. Suami akan bosan jika isterinya 'cerewet' dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa, dan sebagainya. Banyak tanya itu bagi mereka banyak berleter.


6. Jika anda menghidangkan makanan untuk suami, temanilah dia hingga selesai. Cukup sekadar duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.


7. Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam tindakan dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi. Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri yang berstatus surirumah sahaja. Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.


8. Jangan kuat membangkang pendapat suami. Kebanyakkan suami tak suka pendapatnya dibangkang. Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dulu. Kalau nak membangkang kena tengok pada nada suara dia & perhatikan nada suara anda sendiri. Isteri yg kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Kalau tak sependapat pun simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit sedikit mengikut kesesuaian masa & tempat. Pendek kata seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.


9. Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi berperananlah sebagai bidadari bukan duri yg asyik menyucuk perasaan suami hingga rumahku menjadi nerakaku. Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.


10. Kalau anda ingin suami lama-lama di rumah, jangan sambut kepulangan suami dengan berbagai-bagai masalah anak-anak & urusan dapur yang remeh temeh. Mulailah perbicaraan yang menyenangkannya kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.


11. Kebanyakkan suami suka jika isterinya kreatif dalam soal memasak & menghias rumah serta mengurus diri dan melayani dirinya.


12. Kebanyakkan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sikit dan berikan warna-warna yang digemari suami.


13. Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Kecilkan suara tv.


14.Suami suka isterinya yang pandai bermanja-manja tapi bukan mengada-ngada. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan saja mudah  mendapat semua yg dikehendakinya, malah menyenangkan suami.


15. Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang serabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat hampir sama dengan mengada-ngada. Jika suami sedang berserabut dengan masalah bolehkah dia memujuk?


16. Jangan pula banyak tanya, biarkan suami sendiri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram. Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi di masa-masa akan datang. Siapa yang rugi?


17. Selalu rangsang prestasinya. Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya.



Mungkin ada diantara anda yang telah melakukan kesemuanya tetapi suami masih begitu juga. Bersabar. Hanya ketakwaan anda yang dapat membantu suami anda membentuk peribadi muslim & suami yang ideal.

Lelaki tidak mudah tertambat hatinya dengan ungkapan cinta, tetapi cukup dengan keluhuran anda dalam berkorban untuk taat & menyayangi dirinya.




Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara