Salam Jumaat...salam sejahtera...tak ada apa yang nak dibebelkan pagi ni...sajelah nak share satu ceritere...ok hepi reading!
==================================================
Seorang peguambela tengah menyoal siasat seorang saksi dalam satu kes rompakan.
Peguam tersebut bertanya pada saksi, bila agaknya rompakan itu terjadi.
Saksi pon menjawab, " Saya rasa....errr....jap nak pikir.."
Peguam dah nak marah. Kata peguam tersebut dengan nada tegas,
"Saya tak kisah dan tak nak ambik tahu apa yang you rasa..apa yang you pikir. Saya cuma nak tahu apa yang you tahu...Itu jer!.."
"Habis..kalau encik tak nak tahu apa yang saya pikir, lebih baik saya tak perlu ada dalam 'kandang' ni. Saya tak boleh bercakap tanpa berfikir dulu....
Saya bukan lawyer."
=================================================
berfikirlah seperti orang yang bertindak
dan
bertindaklah seperti orang yang berfikir...
Comments
Post a Comment