Skip to main content

KISAH SI PEMOTONG KAYU


Ada seorang pemotong kayu yang bekerja sendiri. Pada satu hari dia mendapat pekerjaan dengan seorang saudagar kayu. Upahnya cukup lumayan. Maka pemotong kayu ini pun berazamlah hendak bekerja dengan sebaik-baiknya.

Pada hari pertama saudagar memberinya sebilah kapak dan menunjukkan tempat dia bekerja. Si pemotong kayu terus bekerja dengan gigihnya hingga dia dapat menumbangkan sebanyak 18 batang pokok.

Saudagar berasa sangat bangga mendapat seorang pekerja yg cekap menjalankan kerjanya, "Bagus...bagus, teruskan begitu." kata saudagar.

Terdorong oleh kata-kata perangsang, keesokan harinya, si pemotong kayu pun cuba bekerja lebih pantas dan berkualiti. Tetapi apabila hari berakhir, dia hanya mampu menebang sebanyak 15 batang pokok.

Pada hari ketiga, dia berusaha lebih kuat tapi dia hanya dapat menumbangkan 10 batang pokok. Hari demi hari jumlah pokok yang mampu ditumbangkan semakin kurang dan semakin kurang.

"Tentu aku sudah kehabisan tenaga," fikir si pemotong kayu.

Lalu dia pergi berjumpa dengan saudagar utk meminta maaf kerana gagal menunjukkan prestasi yg meningkat, sebaliknya menurun dan terus menurun.

"Bila kali terakhir kamu mengasah kapak kamu?" tanya saudagar itu.

"Asah?" ternaik kening si pemotong kayu. "Saya tak ada masa nak mengasah kapak. Saya terlalu sibuk nak menebang seberapa banyak."


------------------------------------------------------------------------------

Itulah gambaran orang yang bekerja selama berpuluh-puluh tahun tetapi bukan semakin mahir malahan makin lembap membuat kerja. Mungkin juga boleh jadi pada orang yang tekun dan gigih tapi hasil kerjanya tidak setimpal dengan usaha yang dia lakukan.

Fikir-fikir...na..na..na..na..naa...




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...