Skip to main content

AKU TIDAK BERSALAH



Yakinilah bahawa kita tidak pernah bersalah dalam hidup.

Semasa kecil, kita selalu terjatuh ketika belajar berjalan, itu bukan salah kita tetapi salah ibubapa yang meminta kita belajar berjalan.

Sewaktu di sekolah kita ditangkap kerana ponteng sekolah. Kita tidak bersalah kerana rakan kita yang memujuk kita untuk ponteng sekolah.

Bila masuk ke tempat haram. Kita tidak bersalah kerana premis-premis demikian sudah sedia ada.

Masuk ke universiti, pointer kita sering kurang memuaskan. Ini juga bukan salah kita, sebaliknya ini salah kerajaan kerana pendidikan tinggi tidak diberi percuma menyebabkan kita sibuk berdemo untuk menuntut 'hak' kita.

Apabila bekerja, kita gagal mendapat pekerjaaan yang baik dan pendapatan yang selesa, ini juga salah kerajaan kerana tidak menyeragamkan gaji dan mengenakan syarat kelulusan minimum bagi mendapatkan pekerjaan.

Sedarlah...kita tidak pernah bersalah dalam hidup!


Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
macamana aku tak kurus, ikan tak mau timbul.

Ikan oh ikan kenapa kau tak timbul-timbul?
macamana aku nak timbul, rumput panjang sangat!

Rumput oh rumput kenapa engkau panjang?
macamana aku tak panjang, lembu tak makan aku!

Lembu oh lembu kenapa tak makan rumput?
macamana aku nak makan, perut aku sakit!

Perut oh perut kenapa engkau sakit?
macamana aku tak sakit, makan nasi mentah!

Nasi oh nasi kenapa engkau mentah?
macamana aku tak mentah, kayu api basah!

Kayu oh kayu kenapa engkau basah?
macamana aku tak basah, hujan timpa aku!

Hujan oh hujan kenapa kau timpa kayu?
macamana aku tak timpa, katak panggil aku!

Katak oh katak kenapa panggil hujan?
macamana aku tak panggil, ular nak makan aku!

Ular oh ular kenapa nak makan katak?
macamana aku tak makan, memang makanan aku!
memang makanan aku!


Ini semua salah ular!...kalau tak...bangau tak mungkin kurus.





Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...