Skip to main content

JOM JALAN DI KUALA TERENGGANU (2)

Jom...jom...saya nak bawak awak-awak semer berjalan-jalan. Free tak de cas...cuma banje saya minum ABC ke cendol ke milo peng pon dah ok....Payung, topi bawak sekali ye...cuaca panas ni...jangan jalan jauh-jauh...karang saya hilang...tak tahu eaa...hokay sudah ready semer...let's go bebeh...


1. TAMAN TAMADUN ISLAM


Mula-mula kita ke Pulau Wan Man...pada yang mabok laut...don wori...nama je pulau...nak ke sana tak yah naik  kapal/bot/feri...naik bas/motor/kete/jalan kaki pon boleh sampai... dari bandar Kuala Terengganu kalau tak silap perkiraan lebih kurang 4-5 km...tak jauh mana...

Antara monumen yang ada di sana ialah Masjid Nabawi & Masjidil Haram Arab Saudi, Taj Mahal India, Menara Kaylan Uzbeskistan, Masjid Negara Malaysia, Masjid Abu Nasr Pasra Afganistan, Masjid Sultan Omar Sharif Brunei,Masjid Xian China, Masjid Badashi Pakistan dan banyak lagilah. Sesetengah monumen tu boleh masuk dalamnya, bolehlah teroka tinjau-tinjau rupa bentuk sebenar dan ada jugak disediakan skrin teater untuk penerangan bukan tengok wayang ye...

RM10 untuk dewasa, kanak-kanak RM5 ...sapa nak berjalan silalah berpayung atau bertopi...panas ketung yuuu...sapa yg tak nak berjalan...boleh sewa basikal(RM3), trem(RM3), buggy (RM35-40 ikut saiz).

Dibuka 9am-7pm. Dah gerak cepat, karang nak amik gambar pon dah amik masa. Kalau nak ke negara asal besar belanjanya kan...jadi apa lagi posing sampai pengsan.. ^_^

2. RIVER CRUISE

ini semua gambar lama...2011 punya ^_^
Ok...dah melawat Taman Tamadun tu naik river cruise dulu baru ke Masjid Kristal...karang tak yah nak berpatah balik...penat nak berjalan kaki di tengah panas terik ni...

Dari jeti awak-awak sekalian akan dibawa menyusuri  Sg Terengganu ke pulau berpenghuni & tak berpenghuni, perkampungan nelayan, tempat pembuatan kapal-kapal besar hingga ke Pulau Warisan dekat Pasar Payang pastu patah balik le ke jeti...bukan hantar balik rumah ye. Perjalanan amik masa dalam 45 minit. Don wori be hepi masing-masing akan dibekalkan jaket keselamatan.

Dibuka 9am-6pm setiap hari kecuali Selasa, kalau musim cuti hari-hari buka.
RM20 untuk dewasa, kanak-kanak RM15, bawah 7 tahun free...hokay kira ada berapa orang semernya...


3. MASJID KRISTAL

warnanya berubah mengikut cahaya...kalau malam lagi cantik
Letaknya bersebelahan Taman Tamadun Islam. Masuk adalah percuma. Boleh bersolat kat sini.


4. MUZIUM


Keluar je dari TTI kita singgah sini pulak ye...

Merupakan muzium yg terbesar di Asia Tenggara....mesti amik masa berjam-jam jugak kan nak menelek barang-barang dalam ni...terdapat Galeri Tekstil, Diraja, Kraf, Senjata, Sejarah, Islam dan banyak lagilah galerinya. Kat situ ada jugak rumah tradisional, kapal & perahu tradisional.

Tiket dewasa RM5, kanak-kanak RM2, dibuka setiap hari 9am-5pm,  Jumaat 9am -12pm & dibuka semula pada pukul 3pm-5pm.

Jomlah...Saya tak pernah pergi lagi...tak de member...ni yang nak ajak singgah sini...harap si kecik Ameer je...karang sikit-sikit penat kaki katanya...ermmm...lagipun kalau saya g sorang...takut ler...muzium memang sesuatu yg mengerunkan bagi saya...antik la katakan...poyooo..


5. PULAU DUYONG



Hokay kite pirau ke Pulau Duyong pulak. Dari TTI nak menghala ke bandar tapi kite lencong naik Jambatan Sultan Mahmud. Sama jugak macam Pulau Wan Man tadi...tak yah naik sampan mudik ke hulu...

Hotel Riyaz Heritage ada kat sini...Monsoon Cup pon di buat kat sini...tapi sekarang bukan musimnya ler...Selain tu kat sini ada Kota Lama Duyung. Lebih kurang 7 km dari pusat bandar.  Reka bentuk Kota Lama ni mirip istana kecil raja melayu. Dalamnya ada dipamerkan artifak-artifak lama & peralatan memasak lama, hasil kraftangan dan kisah mengenai Kota Lama Duyong ni.

Errr...yang benonya saya pon tak g lagi Kota Lama ni...hihihi..selalu ke bandar lalu je atas jambatan Pulau Duyong ni...alasannya sama macam muzium jgk....hihihi... Hotel tu pernah ler...tapi tengok dari luar je...cantiikkk...pernah tengok tak drama Tipah Vavavoom (lebih kurang la gitu bunyinya)...kat situ la lokasi dorang buat.

Sudah puas menelek semua...kita ke area bandar pulak...



6. MASJID TERAPUNG/MASJID TENGKU ZAHARAH


Taman Awam Lagun Ibai

Jom bersolat dulu kat Masjid Terapung di Kuala Ibai...tak jauh dari Pantai Batu Burok. Belakang Masjid ni ada Taman Awam Lagun Ibai...cantik pemandangannya... selalu jadi tempat photoshot pantin pang kompang kompang bing ge bing ge bing...pengantin orang kawin kawin le...




7. PANTAI BATU BUROK



Solat sudah...kita lepak-lepak hampar tikar makan bekal kat sini...pastu main layang-layang... kalau perasan nak jadi cinderella di siang hari boleh naik kete kuda berhias...bayaran RM5 dewasa, kanak-kanak RM3. Pusing-pusing sambil nyanyi, "aku lah cinderella...cinderella.."..jangan nyanyi buai laju aku nak kawin dengan anak raja pulak...

Nak belajar jadi mat rempit pon boleh... ada ATV motor bayar je la RM15 bagi 15 minit lantak lah situ nak merempit tak kena saman punya... taman permainan untuk kanak-kanak pon ada. 



8. BUKIT PUTERI


Perot pon dah kenyang...kaki pon dah hilang lenguh...jom bolehlah kita naik bukit, kita lepak atas sana pulak sambil tengok pemandangan....Berhampiran Pasar Payang dengan Bazar Warisan. Laluan naik dari Bazaar Warisan. Ada ekskelator naik tingkat atas tu...pastu baru naik tangga..

Kat atas tu ada rumah api, loceng gergasi, meriam, kubu dan kubur-kubur lama. Dari puncak bukit boleh nampak  panorama pesisir bandar, Pulau Duyung dan Seberang Takir. Bolehlah nyanyi lagu industan atas tu...baik-baik jangan tergolek ke bawah pulak...

Dibuka setiap hari 9am-5pm. Masuk bayar RM1.



9. KAMPUNG CINA



Jom jalan-jalan ke Kg China pulak... Bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia berdekatan dengan Pasar Payang. Bangunan-bangunan ni telah diwartakan sebagai bangunan warisan dunia oleh pihak UNESCO. So tak leh sewenang-wenangnya nak dirobohkan. Dinasihatkan berjalan kaki menyusuri tempat ni. Oooppsss...hati-hati...jalan sibuk sini...

Ada banyak kedai kat sini macam-macam yang dijualnya...dan ada lorong yang telah diubah suai utk pelancong seperti Lorong Mesra Alam dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, Lorong Warisan Dunia dipaparkan maklumat menarik diseluruh dunia macam Taj Mahal, Machu Pichu dan lain-lain, Lorong Tau Kay Wee Sin Hee ada signboard lama, pondok talipon lama dan  batu lesung lama. Plak tokoh-tokoh masyarakat cina yg pernah berkhdimat di Terengganu di Lorong Kenangan. Belakang deretan kedai ni terletaknya Pulau Warisan/I-CT.


10. PULAU WARISAN/I-CITY




Merupakan pulau buatan, terletak di belakang Kg Cina. Kalau pergi siang hari nampak cantik dengan seni bina yang menarik. Dari sini nampaklah Pulau Duyong depan mata je...nak berenang ke sana silakan lah...kalau terhantuk kepala dengan kapal atau bot nelayan  jangan  nanes... 

Malam hari berubah menjadi taman ICT... kat situ pon ada aktiviti ATV bermotor. Masuk  percuma parking pon percuma.



11. PAYANG WALK





Merupakan tempat tarikan baru...tak dapat nak cerita dengan lebih lagi sebab selalu ronda hari biasa sunyi je...mungkin hari minggu atau musim cuti baru meriah....dekat persekitaran Pasar Payang dengan Bazaar Warisan tu la..

Katanya ada jual-jual barang (mungkin macam pasar malam)...ada khidmat beca boleh ronda dari Pasar Payang ke Kg Cina atau ke Masjid Abidin. Bayaran RM15. Ada jugak persembahan budaya katanya...

Dan katanya  jugak ada river cruise bermula 5pm-11pm setiap hari. Boleh makan-makan atas bot katanya. Perjalanan menyusuri sungai tu dalam 45 min-sejam RM15.



12. MASJID ABIDIN/MASJID PUTIH


Merupakan masjid tertua di Terengganu...dikenali jugak sebagai masjid putih..

Terletak dalam bandar Kuala Terengganu, berhampiran Stesen Bas & Pasar Payang.



*Sesuatu yang mungkin menarik perhatian*

1. RUMAH TIANG KEMBAR


Terletak di tengah bandar. Berusia 100 tahun. Pemilik asal kerabat diraja terengganu. Sekarang dijadikan Rumah Persatuan Sejarah Terengganu. Mempunyai  keunikan senibina, kerawang dan ukiran.


2. ISTANA MAZIAH




3. RUMAH HAJI SU 



Terletak di Kampung Losong. Lembaga Muzium Terengganu sudah ambil alih untuk pemulihan. Rumah peninggalan  Jutawan Melayu tersohor di Terengganu iaitu Su Mohammed Salleh Mohammed.  Memiliki 70 tingkap dan 12 pintu masuk. Nak tahu lebih lanjut cerita disebalik rumah ni...kenapa & mengapa terbiar sepi lama...cari info dalam tenet ye...panjang berjela nak cerita.


Ok puas hati tak...penat dah ni...lenguh kaki...lenguh jari...lenguh semuanya....nak recharge apa yang patut...adios amigos... hepi travelling!

*p/s : I'm sori ler...andai ada perbezaan harga tiket..


Tempat yang menarik di Kuala Terengganu (1), klik bawah ni:
http://hello-zura.blogspot.com/2013/03/tempat-yang-menarik-di-kuala-terengganu.html

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...