Skip to main content

IBU KENAPA AYAH MEROKOK???




Satu hari dengan nada yang kecewa dan agak kesal anak bujangku bertanya  serta mempersoalkan kenapa ayahnya merokok sedangkan merokok itu sesuatu benda yang membazir, sedangkan ayahnya juga selalu berpesan jangan membazir...jangan suka membazir...

duhhh...haaa...kan...itulah ayahnya...budak sekarang bukan macam budak zaman kita dulu...


Apa aku nak kata ekk...supaya jawapanku tak kedengaran klise...'ohh...kalau gitu abang janganlah merokok macam ayah...' iishhh....dah biasa sangat....mana dia nak terima....fikir cepat... fikir cepat...


PLING!!!


'Abang...jangan kecewa sebab abang dapat seorang ayah perokok...perkara yang abang tak suka tu sebenarnya ada hikmah untuk ditunjukkan kepada abang...'


Wahh...baik punya ayat kan...tau je la budak sekarang...kena beri sebab yang nyata dan jelas, kalau boleh contoh depan bijik mata....barulah terbukak minda dorang ni...itu ler  cara anak-anakku...kalau main cakap gitu je bukannya masuk....


'Cuba abang perhatikan antara atok abah (abahku ler) dengan atok (mertuaku)...siapa yang merokok?...cuba abang tengok antara Pok De (adikku) dengan adik beradik ayah... siapa yang merokok?'


'Atok abah hisap rokok tapi Pok De tak hisap rokok...atok tak hisap rokok tapi adik beradik ayah hisap rokok...'


Ku dah nampak sesuatu pada riak wajah anak bujangku itu...sesuatu yang membuat dia macam berfikir...makanya ku sambung ayat dia tadi tu...


'Pok de dari kecik dah nampak dah contoh betapa tak bagusnya dan buruknya tabiat merokok...itu sebab dia tak merokok...sedangkan ayah tak nampak dengan jelas depan matanya akan keburukan menghisap rokok sebab atok tak merokok...itu yang buat ayah merokok...bila dah nampak dengan jelas.... sayangnya tak boleh nak berhenti.' 


'Jadi kedudukan abang sama macam Pok De masa kecik dulu la....'

errmm...nasib baik dia tak cakap hendak seribu daya...sebab Pak Long dia dah berhenti merokok.....gggrrr...apa aku nak jawap!...adoiii...kena fkir lagi...


O ye...baru ku teringat....dari kena fikir...baikku tinggalkan dia sendirian untuk dia memikirkan perbualan kami  tadi tu...sebab pakar ada cakap...budak lelaki kalau nak nasihat/tegur mereka kena fokus pada perkara tu saja...jangan melencong.... kalau tak ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri...dorang tak boleh fokus banyak benda dalam satu masa... itu yang kebanyakkan mak bapa termasuk kami ler...kata anak lelaki degil...padahal kita sebagai ibu bapa gagal dalam berkomunikasi....nak cakap/tegur semua dalam satu masa....macam tak nyempat-nyempat....kan..kan..

Merokok dengan hendak seribu daya tak sama kan...sudah jadi 2 topik....

#nun jauh di lubuk hati ku panjatkan doa.... mudah-mudahan semua anakku tak merokok macam ayahnya...aamiin....









Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara