Skip to main content

PEKA DENGAN RAWATAN UNTUK ANAK...HINDAR TERSILAP DIAGNOSIS

gambar hiasan dari google

Kajian pada 2005 yg diterbitkan dalam Jurnal of the American Medical Association mendapati daripada kajian bedah siasat yang dilakukan, kebarangkalian untuk seorang doktor melakukan kesilapan 10 hingga 15 peratus.

Jika berlaku salah satu atau lebih daripada tanda di bawah ini, kita boleh syak ada kemungkinan besar tersalah diagnosis oleh doktor:

1. Penyakit anak tidak sembuh walaupun ubat yg diberi doktor sudah hampir habis di makan.

2. Anak menunjukkan gejala baru atau gejala sedia ada bertambah buruk.

3. Gejala yang dialami anak tidak kena dengan diagnosis yg dilakukan oleh doktor.
Di sini kita perlu melakukan sedikit homework di internet bagi mengetahui lebih lanjut penyakit anak.

4. Doktor mengaitkan penyakit biasa dengan penyakit serius. Contohnya, anak mengadu sakit kepala yang sebenarnya berpunca dari ketegangan urat mata tetapi doktor mengesyaki ada ketumbuhan otak.

Panduan hindar silap diagnosis

1. Ringankan mulut untuk bertanya lebih lanjut mengenai diagnosis yg dilakukan oleh doktor.

Adakah terdapat kemungkinan yg lain? kenapa doktor mengatakan demikian? Apa perlu dibuat jika gejala berlanjutan?

2. Sekiranya anda sangsi dengan diagnosis yg dibuat terhadap anak, dapatkan pandangan doktor kedua daripada doktor lain. Seelok-eloknya doktor pakar kerana doktor biasa mungkin tidak pernah atau tidak pernah mengendalikan kes seperti kes anak anda. Minta surat rujukan daripada doktor anda jika ingin ke hospital kerajaan.

3. Gunakan online symptom checker bg mengenal pasti penyakit anak anda sebelum berjumpa dengan doktor. Anda boleh gunakan enjin carian seperti Google atau yg lebih khusus seperti Isabel Symptom Checker ia mempunyai koleksi sebanyak 6000 jenis penyakit di dalam pangkalan datanya.

4. Bawa senarai soalan berkaitan penyakit atau gejala yg dialami.

 Tanya, tanya dan tanya lagi.

Terdapat pelbagai penyakit yg biasa dialami oleh kanak-kanak yang sering tersalah diagnosis oleh doktor seperti ADHD, alahan susu lembu, jangkitan bakteria, pneumonia, apendiks dan hirschprung disease.

Adalah penting bagi ibu bapa meminta pendapat kedua daripada doktor lain sekiranya diagnosis meragukan. Kesilapan dalam diagnosis mempunyai kesan langsung terhadap rawatan, ubatan atau terapi yg bakal diberi kepada anak.

*sumber BH 23 Jun 2013



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara...