Skip to main content

SAYA PANGGIL BELIAU ABAH

SELAMAT HARI BAPA


Saya percaya ramai yang mengalami situasi macam ni kan dengan ayah masing-masing..
sama-sama mengasihi tapi tak terucap dek mulut..
kita pon tak pernah dengar abah cakap macam tu kat diri kita kan..
ada kalanya kita tertanya-tanya...
tapi..
seiring dengan kematangan fikiran...
kita tahu yang sayangnya ayah sama macam sayangnya mak pada kita

kasihnya ayah jarang diluah
sayangnya ayah jarang dilafaz
rindunya ayah jarang diungkap
cintanya ayah jarang diucap

Nak dengar tau tak kisah saya dengan abah saya...jangan mara yaa...nak kasi tau jugak...tak kira...

Dulu bila dah masuk sekolah rendah, ada masanya kadang-kadang timbul keinginan kena dokong dengan abah lagi...rasa tinggi je gitu...seronok...kalau saja-saja mintak gitu mana beliau nak layan kan...dah sekolah katanya...

Satu hari tu...tertidur masa buat kerja sekolah...dulu buat kerja sekolah kan atas lantai...itulah meja itulah kerusi....dalam mamai-mamai gitu terasa macam ada orang angkat...oh...abah rupanya....wahh...seronoknya kena angkat...jadilah kan...tak dapat dokong kena angkat pon best jugak...

Sejak dari itu saya ni selalu pura-pura tertidur masa buat kerja sekolah...nanti dengarlah mak suruh abah angkat... apa lagi membatukan dirilah...pura-pura tidur bila abah angkat...senyum je tapi dalam hatilah...sebab pernah tersenyum betul kooo...abah perasan...tak hagak-hagak terus beliau main letak je balik kita ni... adoiii...sakit...sibbaek lantainya papan....hahaha...kata abah, "pandai ye...nak tipu-tipu.."

Lepas jadi macam tu...abah selalu tak nak angkat kalau beliau nampak saya tertidur atas lantai lagi...dia kata saya pura-pura je tu...haha..memang betul pon....berharap sangat kena angkat lagi untuk sekian kali...hihi...ada masanya beliau tewas gak dengan pujukan mak dan lakonan anaknya ni...kihkih...maka...yehooooo...berjaya jugak....tapi kebanyakkan selalunya mak yang kejut...huhu... =P


"Ya Allah...Kau ampunilah segala dosa-dosa ibu bapaku
rahmati & berkatilah mereka
bukakanlah pintu syurgaMU seluas-luasnya utk mereka 
Kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi aku semasa kecil"
aamiin









Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara