Skip to main content

MANDI SONGSANG

ooppssss....oppssss...hep!!!...ni gambar bukan saya ye...
incik google bagi...
Mandi songsang? apakah itu? amalan songsang ke? hihihi...
Selalu kalau mandi kebanyakkan orang bukak je shower...terus mandi kan..tak pon tadah air..guna gayung...terus ceburrr atas kepala..kan..kan...haa itu namanya mandi normal...yang songsang ni...terbaliklah...macam baby lahir songsang tu...faham tak?? 
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki... basahkan lama-lama sikit pastu beransur-ansur basahkan bahagian atasnya pulak pastu atasnya lagi...atasnya lagi...dan akhirnya seluruh  badan... oopsss...kepala jangan dulu....sabar...sabar...mandi badan je dulu...pastu baru basahkan kepala sepuas-puasnya le...faham tak niii??...
Nak tahu tak kenapa digalakkan mandi songsang ni...sebabnya mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. 
Mandi biasa tu akan menyebabkan sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air yang tetiba kena kepala..{opocot...panjat gegirl...itu otak yang cakap ler...maunya tak terkejut...badan tengah panas...alih-alih kepala rasa sejuk...}. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan diatur dan di`setting’ kan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan. 
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN 
1. Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
2. Mengembangkan salur darah otak, menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5. Melancarkan perjalanan darah.
6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
7. Meninggikan daya ingatan.
8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
9. Menjadikan `state mood’ yang tenang dan ceria.
10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11. Memiliki daya ketahanan mental.
12. Menambahkan semangat berani.
13. Menguatkan gigi dan gusi.
14. Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila diamalkan.
Sesiapa yang menghidap migrain elok sangat amalkan gaya mandi songsang ni...sebab suami saya dulu masa bujangnya la kena migrain teruk...dia amalkan ni lah setelah dinasihatkan oleh seorang pakcik. Alhamdulillah sampai sekarang sudah pulih.
Kalau anak demam atau diri sendiri demam pon sangat digalakkan mandi gaya songsang ni...jadi panas badan boleh keluar dengan sempurna...wap kan meluap naik keatas....gituu...insyaallah...jadikan amalan...tak rugi & tak mudaratkan diri pon...kan..kan...

nantikan masa mandi songsang ni...kita dapat rasakan...panas dalam badan tu macam menguap keluar naik ke atas...muka kepala rasa panas...

kalau tengah pening kepala atau tak sihat...lagi terasa berdenyut kepala tu tau...
tapi lepas tu....lega rasa...
 tak caya...cubalah...
Saya memang amalkan dari bujang dulu dan dah nampak kebaikannya...berkat dengar pesan mak ni....Alhamdulillah...semuanya dengan izin Allah juga...tapi adakalanya ku main harong larong jugak...nak cepat....hihihi...
 ^_^V


Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara