Skip to main content

PAKSA DIRI UNTUK IKHLAS


Macamana nak datangkan rasa ikhlas itu...kalau tak cuba pasti tak tahu boleh atau tidak kan...
Cuba try acu
Cuba kita maafkan orang lain dengan sepenuh hati...ikhlaskanlah...apa yg kita dapat jika tidak memaafkan orang lain...hepi?...puas hati? atau padan muka?...samada kita sedar atau tidak...ntah-ntah diri kita ada menyakitkan orang lain juga...ntah-ntah diri kita sendiri ada orang lain  yg memendam dendam...kita ingat kita ni baik dah...tak de buat aniaya kat orang...mari kita cuba dulu memaafkan perkara-perkara yang kecil apatah lagi yang remeh temeh...manalah tau satu hari nanti kita boleh memaafkan perkara-perkara yg besar...

Paksa
Paksa diri untuk beri...mungkin seminggu sekali...setiap kali solat jumaat kat masjid...masuk duit dalam tabung masjid... RM1 pun dah ok...

Kalau nak nampak effectnya..bagi pada budak-budak..pasti dorang suka..atau beli sebungkus nasi lemak atau kuih seringgit bagi pada cleaner yang kita jumpa kat mana-mana..Orang macam ni, dorang akan appreciate, kadang-kadang ada yang siap terus berdoa...Bila dorang appreciate, lama-kelamaan akan rasa seronok untuk memberi...kita pon seronok melihat wajah ceria mereka tersenyum gembira...

Ataupun ketika tengah makan nampak kucing datang mengendeng...bagilah ia sedikit isi ayam...jangan pulak bagi tulang semata-mata...kesian ia...


Baik sangka 
Bila tengok budak-budak tahfiz datang nak minta derma atau orang minta derma nak buat masjid terus dalam hati kata..ni semua sindiket..ditekan tanya pulak tu...siaplah maka bersyarahlah pula kita pada mereka...Tu dia..sampai ke situ...Banyak buruk sangka dengan orang...Pemikiran masa tak ada duit... tapi bila dah ada duit, boleh pulak tukar...bagi je, lantak la dia nak tipu ke apa...itu urusan dia...yang penting kita beri dengan ikhlas...


Kedekut? Nak keluar duit sikit pun dah takut-takut...takut duit habis...karang tak sampai cukup bulan...melantak megilah gamaknya...Takkan tak tau, Allah yang beri rezeki..

Yakin
Paling penting, kita harus ada keyakinan yang tinggi pada Allah Yang Maha Esa. Perlu terasa kebergantungan padaNYA...

Kenapa kita jadi tak ikhlas? Kerana kita takut duit kita akan habis?...Rezeki sebenarnya siapa yang bagi?... Kenapa tak yakin Allah yang aturkan kesemuanya?

Tak yakin itu berpunca dari kurangnya bersyukur...Tak nampak dan tak alert apa yang Allah bagi pada kita. Bukan setakat Allah bagi rezeki yang bagus pada kita...macam-macam yg DIA bagi....tapi bagi kebanyakkan kita rezeki itu adalah duit...duit itulah adalah rezeki... 

Sehari berapa kali kita bersyukur? Sekali saja? atau diwaktu kita dapat apa yg kita hajati?

ALLAH PEMBERI REZEKI (Ar-Razzaq)
Orang yang selalu mengamalkan membaca ya Razzaq 10 kali di keempat sudut rumahnya setiap kali selesai solat Subuh, Allah akan menambah rezeki keluarganya.

Wallahu'alam

Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara