Skip to main content

TIPS RAWATAN DEMAM PANAS



Sudah menjadi tabiat kebanyakan ibu-ibu termasuklah diriku ini...bila anak baru nak demam  terus berikan PCM dengan alasan takut melarat. Jadi, lama-kelamaan, sistem badan anak sudah jadi imun dan tidak lagi berupaya untuk melawan. Itu yang kekadang demam anak on off, lebih-lebih lagi waktu malam. Dan yang paling tidak bagus ubat SUPP (ubat demam masuk 'tut') dijadikan stok dan diberi pada anak supaya lekas sembuh. Tahukah ibu sekalian, ubat demam dan SUPP (ubat demam masuk 'tut') lama kelamaan boleh merosakkan organ hati. 

Sepatutnya kita fokus kepada usaha turunkan panas badan anak bukan dengan mencari jalan mudah bg ubat demam baiklah dia. Demam bukan penyakit tetapi cara tubuh badan melawan utk membina sistem ketahanan.


TIPS UMUM RAWATAN DEMAM PANAS :

1. Pastikan semak suhu sentiasa. Tidak boleh agak-agak.

2. Teknik Sponging/lap:
    Kawal darjah kepanasan dengan sponging. 
    Letak tuala lembab dengan air biasa di kepala atau jerlum kepala dengan 
    air asam jawa atau daun bunga raya putih. Sekali sekala, lap di bahagian
    pelipat, ketiak dan kelangkang.
    
    Untuk anak lelaki, lap di area 'ball' dia. Boleh juga terus letakkan tuala
    basah di sekitar tempat tersebut.

3. Pakaian dan Suhu Persekitaran:
    Pakaikan pakaian nipis, on Kipas atau air cond (jika tiada masalah alahan
    pada sejuk yang boleh menyebabkan batuk).
    Jika suhu makin tinggi, pakai diaper sudah cukup.

4. Teknik Mandian:
    Jika suhu lebih 37.8 : Mandikan dengan luke warm water (midly warm /
    tepid) iaitu air suam-suam kuku.
    Tapi, jika persekitaran tempat mandi tempat tebuka, air suam tersebut
    jangan terlalu suam atau terlalu sejuk macam air paip biasa, ini kerana air
    akan kena udara, sekejap sahaja boleh jadi sejuk. 

    Cara mandikan :
    Mulakan daripada kaki ke atas. Biarkan anak main dengan air dalam 10-15
    min. Jangan sampai menggigil. Anak harus relaxed. 

5. Socks Remedies
    Refer post ini utk mengetahui kaedah socks remedies dengan teliti:

http://hello-zura.blogspot.com/2013/09/rawatan-utk-demamselsemabatuk-  socks.html

http://hello-zura.blogspot.com/2013/10/rawatan-semulajadi-utk.html

6. Fokus Rawat Imun

    a. Kerapkan beri anak susu ibu (ibu juga perlu kawal diet)

    b. Liquid Diet : Air kosong, jus segar dari buah sebenar, one broth (sup
        tulang) / sup ayam sebagai penawar untuk elakkan dehydrate
        (kekeringan). 
        Virus hirup protein dalam tubuh, sup tulang ayam atau daging
        membantu mengekalkan protein, masak bersama antiviral foods juga,
        ianya boleh menaikkan sistem imun badan.

    c. Makan banyak antiviral foods, bawang putih, halia, kunyit, brocoli,
       makanan penyejuk badan seperti air kelapa muda, barli, kembang 
       semangkok, buah tembikai.

       Jika anak tak boleh lagi makan, ibu yang menyusukan boleh makan.

    d. Elakkan Gula
        Gula adalah makanan bakteria dan melemahkan sistem imun tubuh 
        keseluruhannya juga. Gula membantu pembiakan bakteria dan
        menyebabkan imun rendah sekaligus mengaktifkan virus.

    e. Makan vitamin C semulajadi - Jus Buah Segar.

Fokus untuk kuatkan sistem pertahanan badan. Demam is a good sign of working immune system. We should not focus on bringing the temperature down. Kita kena support proses demam tu. Support demam menjalankan tugasnya matikan kuman. Beri anak-anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan antioksida.

Jika anak demam selalu, beri anak makan probiotik , Virgin coconut oil atau Olivenol. Help body & not to give more burden on the system. 


*Pastikan anak kekal aktif.

* 'Mild fever' - 37.5° to 38°. Itu ukuran 'mild'. Rendah dari itu, dedar sahaja bak kata orang Melayu. 

*PCM cuma diambil jika suhu 38.5 darjah.

*Suhu 39 ke atas menghampiri 40 darjah bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

*Suppository (ubat demam masuk 'tut' ) cuma diambil jika suhu 39 darjah ke atas.

*Suhu bawah 38 darjah, TIDAK MEMERLUKAN PARACETAMOL.



ISU PARACETAMOL DAN SUPPOSITORY (Ubat bontot)

Bukan tak boleh bagi sirap paracetamol, cuma jangan terlalu cepat atau terlalu kerap, yang develop demam tinggi waktu malam, kebiasaannya di sebelah siang terlalu kerap dan terlalu cepat bagi ubat demam, nampak temperature naik, terus bagi ubat.

Manfaatkan waktu siang, kerana kita fresh & tak terlalu penat, boleh monitor baby dan cergas buat sponging. Waktu siang suhu sekeliling panas, boleh buat sponging guna luke warm water, heat dari badan baby akan tranfer ke lapisan air kat luar tubuh baby, air ni tersejat (evoporated) ke udara waktu siang, proses berulang-ulang.
Sponging waktu malam kurang berkesan. Doktor cakap tak boleh sponging kalau suhu tinggi sangat, secara logiknya takut salur darah kat kulit mengecut, menyebabkan core temperature semakin tinggi.

Paracetamol(PCM) adalah ubat demam+painkiller. Bila sudah beri suppository (ubat bontot) TIDAK BOLEH diberi oral/sirap PCM serentak atau jarak kurang 6 jam. 

Suppository umpama injection. Dadahnya terus masuk dalam darah. Toksid pada hati sekiranya dose melebihi level selamat pada suatu masa. Suppository harus ditangguh dan tidak sesuai untuk bayi umur bawah setahun. (ramai tak alert tentang ini,boleh confirm dengan membaca details di package insert). Hanya boleh diberi atas arahan doktor bila anda dah ke klinik,dan dah pastikan dengan doktor anda suppository boleh diberi pada bayi anda. SETIAP BAYI TAK SAMA.

Tak bagi PCM tak sama dengan BIAR ANAK. Jangan salah faham. Jadi ibu kena buat sesuatu untuk merawat suhu demam dari bagi anak makan ubat. PCM IS A SHORT CUT. 


Tambahan info: 

1. Cool fever TIDAK berkesan turunkan suhu, cuma mungkin boleh kurangkan
   pening/kepala tidak selesa sebab suhu yang tinggi. Gantikan dengan jerlum    asam jawa atau daun bunga raya (bunga raya putih lebih bagus). 
   Cool Fever cuma menarik haba pada suatu tempat sahaja, tidak seperti    
   teknik sponging yang lain, haba akan ditarik pada satu tempat contohnya di
   kepala dan ia membahayakan kerana boleh menyebabkan sawan berlaku.

2. Demam disebabkan virus TIDAK PERLU ANTIBIOTIK, antibiotik cuma 
    membunuh bakteria baik dan jahat. Tapi jika sudah terambil, perlu 
    habiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik 
    kekal dalam badan. Antibiotik adalah jalan terakhir digunakan jika sudah
    tidak terkawal (jika sudah nampak tanda-tanda akan berlaku infection
    seperti kes tonsil bernanah atau lainnya).

3. Elakkan sebarang pengambilan vaksin. 

DEMAM MELEBIHI 5-7 HARI PERLU BUAT UJIAN DARAH UNTUK PASTIKAN PUNCA DEMAM ITU.

Sumber : 
https://www.facebook.com/groups/GNRAM/


Comments

  1. Salam..totally useful information..selalu duk dengar2 org kata A lah B lah..kali ni lebih jelas..thanx!

    Jemput ke blog adaa juga ye utk info kesihatan

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  2. tq sharing..n saya nak share kat blog saya yea.. wawaezrill.blogspot.com..

    ReplyDelete
  3. Sangat meyakinkan saya bila baca info ni.. Minta jasa baik akk nk share dlm my blog spy mudah nk rujuk nnt.. Salam kenalan ya..;)

    ReplyDelete
  4. Info yang sgt berguna.every time anak demam sure akan google.tapi kali nih memang meyakinkan..can i print screen and keep it? Thank tou

    ReplyDelete
  5. Info yg sgt berguna.Macam sy sendiri kalau anak demam panas sy ambik air asam jawa dan lap dgn tuala basah.Tapi skrg sy lapkan dgn sabun BASIC H suhu badan cpt je turun..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes...usahakan turunkan suhu anak dulu..jgn terus bg ubat..sbb demam ni bkn penyakit..

      Delete
  6. PCM tu pun bullet jgk kan? Sebab tgk SUPP ada tulis paracetamol n ada jgk ubat bullet biasa yg tulis paracetamol tp xda tulis SUPP???

    ReplyDelete
    Replies
    1. pcm itu singkatan pada paracetamol...dan paracetamol ada byk jenis..setahu saya SUPP tu pon paracetamol tapi dlm bentuk cecair yg bkn utk ditelan dari mulut..9maafkan saya jika kurang tepat)..saya baru je masukkn entry pasal pcm/paracetamol..harap dpt membantu..klik link bwh ni..
      http://hello-zura.blogspot.com/2015/07/panadol-paracetamol.html

      Delete
  7. Hai rai zura....pencerahan yer...SUPP adalah ringkasan untuk suppository= ubat yang dimasukkan melalui lubang dubur,bukan cecair..selain paracetamol oral ada juga dlm bentuk supp..lagi satu ubat dlm bentuk supp adalah voltaren.

    ReplyDelete
  8. Hai rai zura....pencerahan yer...SUPP adalah ringkasan untuk suppository= ubat yang dimasukkan melalui lubang dubur,bukan cecair..selain paracetamol oral ada juga dlm bentuk supp..lagi satu ubat dlm bentuk supp adalah voltaren.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenQ2..aha betul tu..lama dah tak guna..tu yg lupa samada cecair atau mcm lilin tu :)

      Delete
  9. doc fb ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan memadai nak jadi doktor ye..saya cuma SHARING...mudah-mudahan menjadi manfaat atau sedikit pengetahuan utk saya & sapa2 saje ingin dptkan sedikit ilmu dlm menjaga anak...kan saya ada bgtau sumber dari mana...mereka pon dapatkan sumber dari doktor2 & pengalaman dorang berjupe dgn doktor2..lalu digabungkan dan dikumpulkan utk dijadikan panduan bersama...apa isunya di sini ye...saya suka amik sesuatu tu sebagai ilmu bukan isu...

      Delete
  10. Hai sy nk berkongsi pglmn anak sy dah 3 hri demam.bila siang suhunye x brpa tggi tp biler mlm trus nek 39c. Dia skrg dah x brpa nk mnum susu. Sy dah bg ubat demam tp demamnye dtg kmbli lpas kesan ubat hbis.mlm ni sy cek suhu nye tggi lg n sy trus bg ubat bntot. Hrap2 anak sy x de ape2 yg srius.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara