Skip to main content

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES


Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata...


Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah.

===============================================


Teknik Hidroterapi Stokin Basah

Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai.

Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam.

Kenapa di kaki?

Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)

Selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria.

1. GARLIC SOCKS - MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM

Letakkan bawang putih pada stokin anak.

Cara untuk bayi atau anak kecil :

1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit spt jenis berkait atau yg     
    berlubang-lubang.

2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk 
    sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu
    ditakuti kaki anak terlalu kepanasan 
    (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi 
     kemerahan sbb kepanasan bawang putih).

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan  minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.

Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa :

Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.

3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau 
    bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu 
    menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Bawang putih sangat baik utk paru-paru. Ia juga akan melawan bakteria & virus dan pada masa yg sama juga meningkatkan imun badan.

2.ONION SOCKS

Menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.

Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.

3. LEMON SOCKS - MERAWAT DEMAM

Cara merendam stoking dengan jus lemon.

1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon 
    biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan 
    kembali pada kaki.

Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stoking kering).

Cara hirisan lemon :

1. Hiris lemon nipis-nipis.

2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut 
    dengan stoking.

3. Pakaikan stoking semalaman.

4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.

4. APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL - MERAWAT DEMAM

1. Ambil ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. 
    Atau ikut kadar 1:1

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan 
    kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)

*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.


Sebelum memulakan semua rawatan di atas
sila lakukan ujian pada kulit anak dahulu..
oleskan sedikit bahan yang mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..

Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?

Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

>>>Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .

>>>Jel LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.

Sumber dari : GROUP NUTRISI REMEDI ALAMI M'SIA
https://www.facebook.com/groups/GNRAM/









Comments

  1. errr...camanalah nk buat link tu boleh direct pegi ye...(sambil merenung buah cempedak di luar pagar)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. welkam...sharing is caring...join lah group itu..banyak info yg sgt berguna..

      Delete
  3. Tmksh yer.. Sy tgh cube ni. Ank 7 bln 38.5 hurmmmmm risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2...maaf baru dpt balas..tak perasan ada msg masuk...sekarang anak sudah 11 bulan ye...semoga anak membesar dgn sihat jadi anak yg menyenangkan ati kedua ibuayah

      Delete
  4. Wah Boleh dicoba ini tipsnya...
    Dan untuk membeli kaos kaki bayi dengan harga grosir dimana ya..

    ReplyDelete
  5. Thank you ais..info yg bagus.nak try mlm ni.susah hati bila anak batuk selsema..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2...buatkan saje minyak bawang putih tu..sapu pada dada anak jika batuk ngn seseme...pengalaman saya kalau anak batuk seseme...saya jarang atau tak mandikan langsung waktu petang...cuma mandi pagi...walaupon doktor saran suh mandi mcm biasa...batuk anak saya lebih cepat baik...

      Delete
  6. cam best je garlic sock tu..yg campur ngn minyak zaitun tu pun macam best..nnt mlm boleh cube utk ank la..hidung asyik berair je..

    ReplyDelete
  7. Salam kenal Gan
    Artikelnya menarik dan membantu dengan begini bisa merawat kaki lebih baik...
    dan kalau untuk belanja kaos kaki wanita yang murah dan berkualitas dimana ya

    ReplyDelete
  8. Terima kasih d atas info ..br nak cuba pd anak..mudah2an esk pg selesema anak akan berkurangn..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih info...ank umr 4thn lbh..btuk dh dkt 3mggu xbaik2..mkn ubt klinik jgk..hrp petua myk garlic tu bkesan..tgh mcuba dkt ank...risau hati ini bila anak xsihat...huhhu

    ReplyDelete

  10. Sebenarnya, punca selsema pada bayi dan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada faktor intrinsik dan ekstrinsik.

    Faktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • alahan kepada diet, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi
    • septum hidung yang bengkok

    Faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • infeksi seperti jangkitan influenza
    • perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
    • udara yang kering


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dr Akbar Abdullah atas perkongsian ilmu

      Delete
  11. Menarik perkongsian ilmu..dulu anak-anak saya kerap demam tapi kini tidak lagi ..alhmdulillah kami mengamalkan susu mineral utk anak2 dan sekeluarga ☺

    ReplyDelete
  12. Anak tengah demam suhu 38.9...boleh cuba letak lemon ni kat kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya pun demam..suhu 38.9..jerlum pun masih tinggi suhu..huhu..

      Delete
  13. Salam,nak tanya,stokin pertama jenis berkait atau berlubang kn,lepas tu stokin lg satu,yg bhgn luar tu jenis yg sama or kain yg lain ye.utk baby
    Thanks in advance 😉

    ReplyDelete
  14. garlic oil tu mmg sgt membantu..lps letakkan kat tapak kaki anak dan dipakaikn stokin terus dh x demam panas lg.sbb nya lps pakai tu confirm peluh2 kepala dia.pdhal sblm tu demam panas asyik on off je😯

    ReplyDelete
  15. Saya pon ada buat acv socks utk anak saya. Dia xsuka. Kdg2 xsempat smp pagi dah tercabot dah socks tu. 😁

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers