Skip to main content

RAWATAN SEMULAJADI UTK DEMAM/SELSEMA/JANGKITAN TELINGA - MINYAK BAWANG PUTIH

Dapat lagi satu informasi berguna...lepas ni kalau demam ke selsema ke...tak perlulah terlalu bergantung dengan ubat-ubatan...bukan bermaksud tak perlu jumpa doktor...kenalah jupa jugak...takut demam yg merbahaya kan...

Sesuai utk semua peringkat...dari baby...kanak-kanak ribena...mak-mak... bapak-bapak....juga boleh digunakan oleh wanita mengandung yang bimbang dan was-was untuk makan ubat.


1. Membantu merawat batuk / selsema 
    Sapukan minyak tersebut pada dada, belakang & tapak kaki anak.


2. Membantu merawat otitis media (jangkitan telinga)

   Jika ada masalah jangkitan telinga seperti otitis media, boleh gunakan   
   garlic oil yang mana disarankan tumbuk bawang putih dan campurkan ke 
   dalam minyak zaitun atau minyak kelapa dara dan titiskan pada telinga 
   yang dijangkiti penyakit. Tak perlu ditambah dgn habbatussauda.



KHASIAT BAWANG PUTIH

1.Bawang putih membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya      mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi      dan strok kerana ia akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding    saluran darah.

2. Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti Selenium yang     
    membantu mengurangkan radikal bebas di dalam darah yang akan   
    membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.

3. Bawang putih mengandungi Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan   
    antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob dan berfungsi untuk   
    mengatasi masalah jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Bawang putih mempunyai bahan anti inflammatory (anti keradangan) yang       dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan keradangan     pada artritis sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap masalah tiroid   
    kerana bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi.

6. Bawang putih membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan   
    kerana ia akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut.

7. Pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga   
    minggu akan meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system)   
    kerana aktiviti sel darah putih akan meningkat untuk melawan jangkitan    
    dan tumor.

8. Bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol di dalam saluran    
    darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Hebat kan bawang putih ni? Tapi awas, pengambilan bawang putih yang banyak boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak. 


Boleh jugak guna cara SOCK REMEDIES, klik situ:
http://hello-zura.blogspot.com/2013/09/rawatan-utk-demamselsemabatuk-socks.html




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan ...