Skip to main content

MELATIH OTAK KANAN..



Yang menggunakan tangan kanan...dia banyak gunakan otak kiri...yg kidal banyak gunakan otak belah kanan...

Otak kanan melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhannya dan lain -lain aktiviti yg seumpama dengannya.

Otak kiri bertugas dlm mengingati ilmu, data dan fakta, menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisis, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik.

Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri. Terlalu menggunakan otak kiri umpama melahirkan manusia robot, sedangkan dalam hidup manusia perlu banyak mencetuskan idea.


1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dan apa-apalah perkara yang baik dan positif. 

Ramas-ramas jari atau tangan anak semasa anak tidur, macam picit-picit supaya dia kembali berada dalam situasi tidur-tidur ayam. Buat setiap hari...jangan putus asa...

Semasa tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...tengah rilex... kalau tengah marah...tak jadi. 

2. Guna kad untuk ajar anak. Ajar ABC-Z, 1 2 3 atau gambar-gambar guna kad...potonglah mana-mana gambar dan lekatkan pada kad...buat banyak-banyak dan tunjuk kat dorang cepat-cepat...sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kita tunjukkan tu..

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, ajar anak 
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Satu lagi lukis sebelah gambar saja, contohnya rama-rama, dan suruh anak sambung lukis ikut apa yang dah dilukis kat sebelah lagi tadi tu...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....

Tahukah anda penggunaan chopstik oleh kaum cina dan jepun mengaktifkan kerja tangan dan sekaligus menggerakkan otak kanan.

4. Jangan marah-marah atau tengking anak........sebab benda-benda ini boleh disimpan semuanya dalam otak kiri....kalau termarah, pergi balik cara no 1 tadi dan  mintak maaf padanya.....

5. Develop anak punya imagination dengan  start bercerita dan suruh mereka sambung cerita tu, walaupun cerita tu jadi merapu ke laut....biarkan....kita pun bukan tak biasa merapu.... 

6. Main teka-teki dengan mereka, letak satu barang dalam kotak tisu dan 
suruh dorang teka apa benda tu. Untuk permulaan boleh bagi option...bagi tau colour, bunyi, lama-lama dorang boleh develop six sense by concentrating dan boleh teka apa benda dalam kotak tisu tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. 

Tapi ingat.....semua game ni cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam dan relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ke, basuh kain ke, tengok tv ke, men pesbuk ke, tak jadi....Buat kena ikhlas dan sepenuh hati


Tentang perkataan JANGAN. Sila ganti perkataan jangan ke perkataan TOLONG...kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.

Misalnya, Jangan bising gantikan kepada Tolong senyap.

Bagaimana dengan orang dewasa?

Disarankan supaya banyak melakukan aktiviti yang mengabungkan potensi penglihatan, gerak jari, bahasa tubuh dan juga pendengaran :

1. Hayati kisah sejarah. Kenapa?
    Sejarah membebaskan minda kita, secara otomatik kita akan mereka
    gambaran-gambaran silam mengikut pengetahuan yang tersimpan olehnya.
    Membina gambaran ini datangnya dari otak kanan.

2. Bebaskan kejumudan anda dengan mengambil tahu hal-hal semasa dan
    sekeliling, memberi saranan kendiri ataupun bermonolog.

3. Banyakkan mencuba sesuatu yg berhalangan seperti ekpedisi, mengembara,
    bermain computer game, bermain catur atau sesuatu yang mencabar minda
    dan aktiviti lasak.

4. Menatap, merenung dan membaca Al-Quran.

5. Cuba berfikir secara kreatif, analitis ataupun lateral.

6. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, 
    penghiduan dan merasa secara imaginasi.

7. Berfikir bertafakur tentang makhluk Allah dan alam semesta.

8. Suka berfikir dengan bertanya pada diri sendiri seperti apa, siapa, bila 


Selamat mencuba...




Comments

  1. saya pun ada anak kecik, boleh cuba buat kat anak ni.Tang 'ter'marah tu memang selalu :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara