Skip to main content

UBAT BATUK SEMULAJADI


Elakkan pengambilan madu/delima jika demam atau batuk disebabkan panas badan. Kerana madu/delima bersifat panas.

Mengenal batuk kahak 
Kahak jernih = badan sejuk 
Dirawat dengan madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas.

Kahak pekat/kuning/hijau = badan panas
Dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk.

Penambahan:

Jus delima (buang kulit, blend dan tapis ) boleh dicampur dgn air suam , minum untuk hilangkan kahak (umur 7-10bulan).

Bayi di bawah umur satu tahun tidak sesuai diberikan madu.
Bagi sesiapa yang mahu melakukan amalan bertahnik, tidak menjadi masalah, kerana bertahnik cuma mencalitkan sedikit madu pada lidah anak, bukan beri makan atau minum hingga sesudu madu.

Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang boleh menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.

Spora ini sangat sukar dibunuh juga ianya tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apakah “botulism”?

Botulism akan menyerang sistem saraf yang boleh menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?


Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Bagaimana pula dengan orang dewasa?


Madu adalah selamat untuk orang dewasa. Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simptom-simptom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal   
    symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan       atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)


Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.Jika muncul simtom-simtom ini segeralah menghubungi pakar kanak-kanak atau doktor. Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan.

Penawar batuk yg lain, klik di bawah ni :
http://hello-zura.blogspot.com/2013/09/rawatan-utk-demamselsemabatuk-socks.html

http://hello-zura.blogspot.com/2013/04/penawar-sakit-tekakbatuk.html

http://hello-zura.blogspot.com/2013/04/5-petua-limau-kasturi.html

Sumber dari Facebook  Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...