Skip to main content

SAMAN & GANTUNG LESEN


Sumber BH Jumaat 11 November 2013.

Berkuat kuasa Januari tahun depan, pesalah yg disaman menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dikenakan mata demerit Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) selain boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM300 jika lewat membayar saman.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad, berkata,
Jika mendapat 15 mata demerit dlm tempoh setahun, lesen memandu boleh digantung. Bagaimanapun, jika membayar saman dlm tempoh 3 bulan, mata demerit tidak akan dikenakan.

Kompaun maksimum RM300 dikenakan jika membayar saman selepas tempoh 30 hari drpd tarikh notis dikeluarkan. Manakala yg membayar dalam tempoh 1- 14 hari hanya perlu membayar RM150 dan yg membayar dalam tempoh 15-30 hari sebanyak RM200.

Kadar berkenaan hanya utk kesalahan memandu melebihi 1 kilometer hingga 40 kilometer sejam dari hadlaju yg ditetapkan & melanggar lampu isyarat merah.

Bagi yg melebihi 40 kilometer sejam daripada hadlaju, kadar kompaun kekal RM300 tanpa mengambil kira bila mereka membuat bayaran.

Melanggar lampu isyarat & melebihi had laju dikenakan 8 mata demerit.

Saman boleh  dibayar  melalui Sistem MySIKAP JPJ.


=================================================

Itulah...siapa yg susah sekarang ni?....daku pon risau dah ni...lampu merah dah tentu kompomlah daku ikut arahan tapi manalah tau terbawak terlebih laju dari hadlaju yang ditetapkan...terlebih 1 kilometer sejam pon dikira tau....

Cuba semua orang tak buat perangai... faham faham sendiri...makanya tak payahlah undang-undang macam ni direka cipta...

So jangan nak komplen komplen komplen...
eh..ehh...tetiba diketika ini maka muncullah seseorang yang  terfikir kan pasal orang lain kan....terfikir macamanalah org yg tak berduit tu... kesian pak cik pakcik kat kampung katanya....makin ramailah yg memandu tak de lesen....mesti kerajaan nak buat buat duit ni....yg bercakap mcmtu rupanya lebih sayang duit...bukan sayang nyawa org lain... ooppsss....dia pon tak sayang nyawa sendiri...peduli apa aku dgn nyawa org lain katanya.....

Dibuat lampu trafik utk kemudahan pun dilanggar...dibuat papan tanda pun ramai yg tak reti nak baca...

Tapi apa nak diherankan....undang-undang Allah pun ramai yang berani mati langgar...apatah lagi undang-undang ciptaan manusia...

Sekian...


Ringkasannya :

15 mata demerit dalam setahun boleh digantung lesen...(tolong bezakan perkataan boleh dan akan...memanglah tak de perkataan akan kat situ...tapi ada org fikir boleh tu akan... )

Jika bayar saman dalam tempoh 3 bulan, mata demerit tidak akan dikenakan.

Kompaun maksimum RM300 jika bayar habis tamat tempoh.
1 hari - 14 hari --> RM150
15 hari - 30 hari --> RM200
(hanya utk kesalahan melebihi 1km sejam - 40km sejam dari hadlaju & langgar lampu merah SAHAJA)

Bagi yang melebihi 40km sejam dari hadlaju, kadar kompaun KEKAL...no diskaun diskaun.

Sila hadam betul-betul...





Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...